Monday, June 22, 2009

Bersidang di RASTA

Selang beberapa hari selepas bersidang di Bangsar, kami (aku, Brokos dan Frankie) bersidang lagi. Kali ini di Rasta, TTDI pula. Sebabnya Brokos dan Frankie nak hisap shiishaa. Itulah tempat terbaik kata mereka untuk 'menjadi Arab sesat' selain kat Uncle Don, Uptown. Persidangan kali ini lebih meriah kerana turut dihadiri si cantik manis Lovely Fingers dari Kementerian Pelancongan dan Sis Marmalade dari Kementerian Kewangan. Frankie sedikit lewat dan Brokos sememangnya lewat.

Aku memang merancang untuk menjemput Sis Marmalade kerana agak lama tidak bertemu dengan beliau. Sebelum-sebelum ini pun dia kerap bersidang bersama Brokos dan Frankie. Kadang-kadang bersama wakil lain juga. Mulanya jemputan ditolak kerana mengetahui Frankie juga hadir bersama. Berlaku sedikit krisis mungkin. Namun akhirnya Sis Marmalade datang juga, mungkin kerana kesiankan abangnya hehe. Terima kasih. Kepada Frankie, sila selesaikan krisis yang timbul dan jangan selalu wujudkan krisis dengan Kementerian Kewangan.

Manakala Lovely Fingers pula datang bersama aku. Kesempatan ini untuk aku perkenalkan beliau kepada Brokos, Frankie dan Sis Marmalade. Memang seronok, setelah sekian lama hanya bersidang melalui alam maya, akhirnya dapat juga bertemu muka. Brokos paling seronok kelihatannya. Persidangan berjalan lancar. Pelbagai topik dan isu diperkatakan sambil asap shiishaa menerobos lubang hidung Brokos dan Frankie. Aku? Sesekali dengan kepulan asap yang jarang-jarang seperti jerebu dibasuh hujan hehe.

Sis Marmalade tidak lama. Selepas licin sepinggan nasi goreng ikan masin dengan kangkongnya ditolak ke kepala pinggan, dia minta diri berangkat pulang. Kelihatannya seperti keletihan atau juga mengantuk. Maklumlah dia memang jenis yang masuk awal ke dalam sarang. Atau mungkin kerana adanya Frankie hehe. Jangan selalu berkrisis, tak baik. Tapi aku gembira, dapat juga berbicara dengan beliau tentang itu ini setelah sekian lama tak jumpa. Akhirnya Sis Marmalade bersama Kelisa Maroonnya meninggalkan meja persidangan.

Tak lama selepas itu, lampu-lampu di Rasta terpadam. Gelap-gelita beberapa ketika. Kemudian, satu persatu cahaya lilin muncul menerangi setiap sudut. Meja persidangan kami juga disinari sebatang lilin putih. Kelihatan agak romantik waktu itu. Dengan hanya cahaya lilin yang samar-samar, Brokos dan Frankie mula menunjukkan skill menghisap shiishaa. Maka terbentuklah pelbagai aksi; naga puaka, banjir menyapu tanah, jerebu di kaki langit, keretapi arang batu dan sebagainya. Aku turut menikmati shiishaa perasa nenas dan epal itu. Namun kepulan asap yang aku hasilkan tidaklah membanggakan malah memeritkan terowong tekak saja. Selepas beberapa kali penjaga shiishaa datang menukar dan menambah ketulan-ketulan perasa shiishaa, kami pun menamatkan persidangan ketika gelap malam masih yang sama namun tarikh haribulan saja akan bertukar.

Terima kasih kepada Brokos kerana menaja makan minum malam itu. Lain kali taja lagi. Sebelum berpisah, sekeping kenangan terindah sempat kami abadikan. Sayangnya Sis Marmalade tiada. Mungkin masa tu dia dah nyenyak tidur. Kami berpecah ke kereta masing-masing. Frankie dengan Civic yang baru dimandikan di Rasta terbang ke Sungai Besi. Brokos juga hilang dalam pekat malam terbang menuju Jalan Gasing, PJ. Aku dan Lovely Fingers menuju Hentian Duta kerana aku akan tidur dalam bas Transnasional.

Persidangan malam itu sungguh mengasyikkan. Pasti lebih meriah jika lebih ramai ahli-ahli persidangan yang hadir. Mungkin dalam persidangan-persidangan akan datang hasrat itu akan tercapai. Terima kasih kepada Brokos, Frankie, Sis Marmalade dan juga Lovely Fingers.


Bergambar kenangan selepas persidangan; Frankie, Brokos, aku dan Lovely Fingers

8 comments:

jay jamil said...

wah brokos ko belanjo yo?
aku pun nak gak la.

Anonymous said...

lovely finger nmpk montel yuk...hehehe

j.e.j.a.r.i. said...

hasil amalan gaya hidup sihat
hahahaaa!!

ProdigyRabbitry said...

hmmm...

Al Hadi said...

Hahhahha! Aku memang pemurah lagi pemalu! Sidang akan bersambung 24hb ni.

Btw, aku suka ungkapan "banjir menyapu tanah" tu. Hahahahhhaha!

frankie said...

Sidang MKN akan bersidang pada 24 ni..saya ingin membawa ahli sidang MKN ke cyberjaya menikmati sisha berperisa kasih sayang..kepada sesiapa yang ingin bersama memberi kasih sayang, marilah kita bersama-sama ke cyberjaya pada petang 24 jun 2009.

Di samping sisha kasih sayang, tomyam nya juga sedap..amat susah untuk menjumpai tomyam yang sedap di kedai mamak..sehubungan itu, dipanjangkan invitation ini kepada ahli-ahli sidang MKN dan juga ahli-ahli bersekutu (bloggers) untuk hadir bersama di sidang tersebut..sila lihat blog saya untuk venue pada 24 jun ini..sekian terima kasih

Encik Moshuchi said...

jj - brokos mmg pemurah *idea2 sickos*

yusnarni - minta la tips

jejari - yeahhh

aniszx - hmmmm...tiba2 muncul bang?

PM - aku tak suka banjir, banyak keja wooo....

frankie - wahh...bab2 penajaan mmg lu best la bro hehehe...

ProdigyRabbitry said...

teringin gak nak buat blog.. hehe.. 24 takleh dtg la.. boss rules~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.