Individu berbaju kuning bertanggungjawab membawa/membuat pencemaran bau di pejabat
Nak rasa je...
Ermmm sedapnyaaa...
Minggu lepas, aku hentam durian lagi. Kali ni aku sorang-sorang je mengadap durian di rumah. Durian kali ini datangnya dari dusun Kampung Biak, Malau. Durian kampung. Namun paling istimewa ia datang bersama pulut kukus dan santan kelapa manis. Ermmmppp sedap dan nikmat sungguh. Dua biji durian yang besar-besar ulasnya berjaya aku bereskan.
Durian Malau yang enak berkrim
Licin. Sebiji 4 ulas je..tapi best
Awal Jun lalu, ketika selesai suatu mesyuarat penting, durian juga menjadi hidangan. Durian kali ni agak special kerana ia datangnya dari Siam. Seorang staf aku yang perkenalkan. Badannya panjang, ulas besar, sangat manis dan berwarna kuning. Katanya sesuai untuk meraikan hari lahir aku. Cehh. Sebiji saja berjaya aku habiskan tapi seolah-olah makan 4 biji durian kampung. Sedap tak ingat. Akhirnya aku ting tong seketika.
Puas nak habiskan durian Siam ni, bikin kepala ting tong...
Dan ini pula, kisah kira-kira setahun yang lalu. Peristiwa ketika mengikuti modul PBT di Ulu Cheka, Jerantut Pahang semasa DPA. Waktu begini juga kira-kiranya, bulan Jun. Waktu itu Jerantut sedang meriah dengan musim buah durian. Bayangkan di rumah keluarga angkat aku, siang malam dipelawanya makan durian oleh mak dan ayah angkat. Setiap menu masakan mak angkat pulak mesti ada campuran durian. Arrggghhh, masa tu kentut pun bau durian. Tapi masa tu memang nikmat melantak buah durian puas-puas.
12 biji berjaya dihabiskan..memang gila
Sebab asyik menghabiskan durian ayah angkat, akhirnya aku dilelong hahaha...
Inilah kisah makan durian aku. Semua orang suka makan durian. Sikit-sikit atau sangat gilakan durian. Makanlah buah-buahan tempatan.
8 comments:
kalau ye pun nak makan durian kat office, pilihlah tempat yang lebih strategik yakni bukan di bilik fail. hahahahahahahaha. takkan takde pantry kut???
hahah gambar lelong tuh bestlah =p
bilik fail itulah pantry juge...
lelong durian...sekilo rm0.50
sis m - pantry takde ruang utk angin masuk, bilik fail bleh buka tingkap..fuhh fuhh oksigen oksigen hehehe
ikraam - hehe betul..baru wangi sikit fail2 lama kat dalam tu.
momo, makan sampai kembung yek.. patut kau amik shot perut sebelum dan selepas
momo? jahanam...ko la tolong shotkan, guna kamera baru ko tu.
Durian Malau mmg la sedap... Kena gayanya simpan dgn kulit2 buat kenangan.
dagang Pak Malau dagang beradab,
durian dusun Malau mmg sedap.
hehehe...kulit dah buang, biji ada lagi, simpan biar tumbuh.
mner gambar d jerantut
thn lepas...???
hehe.hehe..
Post a Comment