Sunday, June 07, 2009

Potong Q dan Potong Kiri Paling Aku Hangin

Ini situasi paling aku hangin. Mau je aku pegi tampar pelempang sekor-sekor. Hari tu petang Khamis, macam biasa ada pasar malam kat satu tempat tu. Orang sekitar Alor Setar semua mesti tau ada pasar malam situ. Macam biasa la, kalau pasar malam kat sini, kalau boleh atas jalan tu nak diletaknya meja menjual itu ini. Kalau boleh nak tutup terus jalanraya tu. Apa punya perangai la diorang ni. Dah lama aku perhatikan, PBT macam makan gaji buta je. Ok lupakan pasal tu.

Ni pasal potong Q dan potong kiri ni. Biasanya 1km atau 2 km sebelum tempat pasar malam, jalan dah sesak dan kenderaan bergerak perlahan. Dah tau ada pasar malam kat depan, ehh dia nak potong Q juga, potong kiri juga. Akhirnya nanti makin sesak dan perlahan sebab diorang terhegeh-hegeh nak masuk lane balik di hujung jalan. Apa salahnya tunggu giliran, lama-lama nanti sampai juga. Adoii bengang betui aku dengan situasi macam ni. Sebab tu aku tak pernah bagi peluang kat kereta yang tak malu potong Q pastu terkial-kial nak masuk lane balik. Kalau ada lori balak kat depan biar lunyai kena langgar.

Kalau ada korang yang bertabiat macam ni, sorilah. Aku benci betul orang yang takde kesedaran sivik macam ni. Kalau ada ubah-ubahlah perangai tu, kot-kot nanti orang yang aku nak pelempang tu adalah kawan-kawan plak.



5 comments:

marmalade said...

hehehehehe sabarrrrr. baru alor setar, belum kl. belum india. belum hi chi minh.

frankie said...

mel - ho chi minh.hehhehee

shuko - btol bro, kalo ho chi minh...letih ko nak melempang sume motor2 tuh..hehehehhe..tp aku pon angin kalo tetibe ada bangang yg potong kiri...rasa nak pancit je taya dia~

Encik Moshuchi said...

hayati - kesedaran sivik kalau takde, kat jalan kampung pun jadi..bukan kira bandar kecik ke besar.

frankie - betul tu, bakar je tayar keta hehehe.

kalau nak bandingkan tahap pendidikan/intelektual malaysia dengan vietnam atau beberapa kawasan di india, kita jauh lebih baik dan maju..tapi kenapa orang2 kita nak jadi macam diorang???

Al Hadi said...

budaya atas jalan ni mana ada kira ijazah ke diploma ke..

kalo dah takde otak tu nak buat camana. kalo aku bawak Hummer H2 mmg aku langgar sekor-sekor.

Phoebus Athenos said...

ko langgar la depa macam ko langgar pokok kat dsg...huahuehauehuaeae

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.