Aku teringat suatu kisah yang diceritakan oleh Ustaz semasa di sekolah rendah dahulu. Kisah tentang Rasulallah dan para sahabat dalam satu perjalanan yang jauh dan memenatkan. Mengharungi padang pasir yang maha luas serta panas terik memaksa para sahabat meminta Rasulallah memohon perlindungan dan kekuatan daripada Allah S.W.T. Permohonan baginda diperkenankan. Sekumpulan awan tebal yang menghalang terik matahari mengiringi mereka di sepanjang perjalanan. Begitulah lebih kurang kisahnya.
Beberapa hari lalu ketika aku dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, melalui lebuh raya Utara-Selatan, melalui Daerah Pendang, di kiri kanan lebuh raya terbentang sawah padi yang maha luas dan langit cerah membiru tanpa sekepul awan pun. Namun mata aku menangkap suatu pemandangan; sekumpulan awan putih tebal seolah-olah berlegar-legar di suatu tempat sahaja. Di bawahnya kelihatan sepulau kampung (atau mungkin sebuah rumah) di tengah-tengah sawah. Lama aku perhatikan, awan itu tidak bergerak-gerak. Teringat kembali kepada cerita Ustaz dulu.
Sesungguhnya Allah Maha Besar.
2 comments:
hang orang kedah ka????
Hehe..
Orang Malaysia yang dilahirkan dan membesar di Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah. Kemudian membesar lagi dan menjadi dewasa di Kuala Rompin, Pahang.
Kemudian menjadi semakin dewasa dan matang di Kuala Lumpur selama bertahun-tahun. Dan kini kembali semula ke tanah tumpah darah untuk menjadi lebih matang di samping berkhidmat untuk Malaysia.
Selepas ini entah ke mana pula perginya untuk menjadi lebih dewasa dan lebih matang sebagai seorang hambaNya.
Amacam, okay tak jawapan aku untuk soalan pendek hang tu?
Post a Comment