Semalam, telah berlangsung majlis berbuka puasa ofis aku. Kira acara tahunan la ni. Alaa..opis korang pun tentu buat macam ni kan? Kalau tak pernah buat tu, ermmm ada masalah la tu hehe. Majlis ni mulanya nak buat pada 17hb. tapi tarikhnya sentiasa berubah-ubah. Hampir seminggu dok cari tarikh yang sesuai. Ada yang tak boleh datang sebab suami kerja malam la, ada yang nak pergi sana la sini la, hal itu la hal ini la..banyak songeh. Sehari sebelum tu, CC masuk bilik aku dok tanya pasal tarikh yang sesuai. "Kita buat petang esok" kata aku. "Panggil PT Kew mai jumpa saya" kata aku lagi. CC terkebil-kebil sambil berlalu pergi. Aku pula berjalan masuk bilik boss. "On" kata boss. Sempoi. PT Kew ditugaskan untuk tetapkan restoren yang sesuai dan juga senarai menu. "Jangan lupa sambal udang ya" pesan aku di akhir perbincangan. Petangnya pula, memo siap disain dan diedarkan.
Ermm takdak masalah pun akhirnya. Semua boleh datang dengan keluarga masing-masing. Macam hari raya pula. Meriah. Kalau nak tunggu nak cari tarikh yang sesuai yang semua kelapangan, sampai ke sudah la majlis tu tak jalan. Sebelum berbuka tu, diadakan sedikit tazkirah oleh ustaz yang dijemput. Lebih kurang 20 minit selepas tu, berbukalah kami. Alhamdulillah syukur rezeki Tuhan. Majlis diadakan di Restoren Sala Klasik, Alor Setar. Restoren ni terkenal dengan masakan Siam. Sambal udang yang besar-besar dan pedas tu tidak dilupakan. Dah habis majlis, aku bawa balik nasi dan sambal udang tu sikit buat bersahur nanti. Huhuhu tapi tak sedar, bangun pun lambat 6.10 pagi. Waktu sahur dah habis. Takdak rezeki untuk round kedua makan sambal udang tu. Apapun alhamdulillah atas rezekiNya.
7 comments:
alhamdulillah.... karya Hilmi dan Hayati dah dipublish!
kesian udang tu.
kesian juga kt i...huhu
PM - jahanammmmmmmm
J - ermmm..kesian kan kita..huhu
itu ke boss abang?
*kalau abang faham maksud pertanyaan yati nih, sure abang tersenyum simpul*
restoran sala klasik tu
kt ner bro?
aku balik kedah raya ni
jd mner tau nk try masakan siam kt situ...hehe
erm..aku nye opis punye la payah
nk bt majlis tu..sumenye mcm alasan
yg ko mula2 bgtau tu la..huhu
terus x pernah bt.
ni ramadhan ke2 aku kt opis ni
sis marmalade - hehehe yg tu la dia..amacam hihi?
KAI - restoren tu kat simpang kuala..jalan nak pergi pendang. kalau nak makan ramai2 cam bawa family ke..mmg cun la. masakan pun boleh tahan sedapnya. hehehe..opis ko taktau la camna kan, mungkin atas ko tu ada lagi boss2 lain..cam aku ni, aku second boss..so aku buat la macam yg aku buat tu. senang cite. kalau nak layan karenah dorg ermmm semuanya tak jalan beb.
cam kenal jer bos tu...cam penah tgk
Post a Comment