Wednesday, November 19, 2008

Jangan Cuba Menjual Negara Sendiri

Adakah ini satu contoh patriotisma sebagai seorang rakyat Malaysia? Ponnusamy Waytha Moorthy ke Washington D.C. untuk memaklumkan kepada Kongres US tentang samannya ke atas kerajaan Britain tersebut. Mengapa sampai perlu ke Amerika Syarikat? Adil sangatkah mereka sehingga sanggup melanggar Iraq, mengsengsarakan rakyat Afganistan, meranapkan ekonomi Mexico dan memporakperandakan dunia?

Menurut 'pengkhianat bangsa' ini, masyarakat India di negara ini terpaksa menelan "years of pain, suffering, humilliation, discrimination and continuous coloniallisation under the current Malaysian government”. Apakah maksudnya? Siapa yang sengsara? Jika etnik India di negara ini masih terus dijajah mengapa dirinya berjaya menjadi seorang peguam, antara kerjaya yang sangat dihormati di negara ini? Bagaimana pula dengan kejayaan Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan? Rakyat Malaysia kenal akan nama ini terutama yang melanggan Astro dan Maxis. Beliau dilahirkan pada 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur dan mempunyai kekayaan melebihi USD 6.0 bilion. Hina lagikah beliau? Bagaimana pula dengan 'insan-insan Bersamamu TV3'?

Ketika negara ini masih baru mencapai kemerdekaan hasil kesepakatan seluruh etnik di negara ini (Melayu, Orang Asli, India dan Cina), Tun VT Sambanthan ketika ucapannya di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 menyebut :-

"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and in East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon , is not welcomed in Burma . Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand , in Vietnam , in Cambodia , in all the other areas.

What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma , as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, "We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens". And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens."

Ini yang dikatakan sebagai Kontrak Sosial. Persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain. Pada hari ini, terutama generasi muda telah lupa apa yang dikatakan sebagai Kontrak Sosial. Mereka tidak pernah didedahkan dengan perkara ini sehingga sudah ada antara mereka yang mula mempersoalkan undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnya perkara seumpama ini didedahkan melalui mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah. Guru-guru sejarah seharusnya menerangkan dan memahamkan perkara ini kepada para pelajar dengan bertanggungjawab, dan tidak hanya menumpukan perkara-perkara yang akan masuk ke dalam kertas PMR atau SPM sahaja.

Tetapi jika dipandang dari sudut yang lain pula, sekiranya setiap etnik India di negara ini berjaya mendapat £1 juta hasil saman tersebut, mungkin etnik Melayu juga boleh memfailkan saman terhadap Kerajaan Britain kerana membawa masuk orang India dan Cina ke Tanah Melayu yang menyebabkan etnik pribumi tersebut terpaksa berkongsi kuasa, kekayaan, tanah dan segalanya dengan etnik lain. Sehingga TV3 terpaksa membuat rancangan Bersamamu untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa ramai lagi orang Melayu yang masih hidup dalam kedaifan walaupun sudah ada rakyat Malaysia yang mempunyai kekayaan berjumlah berbilion-bilion US dollar.

Ponnusamy ada menyebut bahawa 70% daripada masyarakat India di negara ini masih miskin. Selain daripada kerajaan, tidakkah 40 orang terkaya di Malaysia yang antaranya juga daripada kalangan etnik India mempunyai social obligation bagi membantu rakyat Malaysia yang masih hidup dalam kedaifan ini? Umum mengetahui bahawa peniaga-peniaga Cina mempunyai jaringan mereka sendiri bagi membantu etnik Cina yang memerlukan bantuan. Begitu juga dengan konglemerat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.

Sekali imbas perkara ini mengingatkan saya peristiwa robohnya Kota Melaka 450 tahun yang lalu akibat daripada sikap khianat Nina Chattu dan Uthimutha yang menjual rahsia Kota Melaka kerana termakan dengan janji manis Portugis. Mereka berdua ini adalah rakyat Melaka (berasal dari Benua Keling) tetapi kerana hasad dengki dan tamak haloba maka mereka sanggup berpaling tadah menjual bangsa dan negara kepada bangsa asing. Ini yang berlaku kini.

Ada cubaan oleh bangsa Malaysia sendiri untuk mengancam Perlembagaan Persekutuan. Jika Perlembagaan ini menjadi tidak sah maka segala undang-undang negara ini tidak sah. Parlimen tidak sah. Segalanya menjadi tidak sah. Politik negara menjadi tidak stabil. Ekonomi akan runtuh. Rakyat tidak akan lagi menikmati ketenteraman dan keamanan pada hari ini. Keadaan akan menjadi huru hara. Mungkin tragedi di Bosnia akan berulang di Malaysia.

Apabila ini berlaku, ada kuasa asing yang akan mengambil kesempatan untuk bertapak di negara ini di atas nama keamanan dan hak asasi manusia. Selepas itu, kita akan kembali menjadi anjing suruhan orang di tanah air yang merdeka ini.
(Daripada nukilan seorang teman)

6 comments:

marmalade said...

yati setuju dengan pengenalan kepada subjek perlembagaan persekutuan di sekolah sebab masa inilah, kita kena faham apa itu perlembagaan dan kontrak sosial. mengapa kaum india dan cina diberi kewarganegaraan. semua ini penting kalau setiap orang kat malaysia nih faham akan sejarah dan latar belakang kontrak sosial.

masa pegi btn dulu, yati tidaklah bertekak tapi mempersoalkan juga sebab yati tak nampak apa rasionalnya kontrak sosial ni. tapi fasi terangkan dengan cara yang paling mudah and it made me think for quite some time lah. kewarganegaraan tuh besar ertinya bagi kaum india dan cina yang tidak diterima (seperti yang abang mention) masuk ke mana-mana negara. sebagai balasan, kaum bumiputera mendapat beberapa keistimewaan. that was the agreement kan?

tapi macam yang yati pernah sebutkan sebelum ni, kita orang melayu pun harus sedar yang keistimewaan ini diberikan bukan untuk menindas kaum lain, sebaliknya untuk kepentingan kaum kita juga. sebagai contoh, orang bumiputera lebih senang mendapat scholarship, belajar tinggi-tinggi ke luar negara berbanding dengan kaum lain yang hanya terbaik sahaja (itupun segelintir) untuk menyambung pelajaran.

tapi instead of mengambil peluang nih dengan belajar sunguh-sungguh, pulang ke malaysia bawak degree, ada yang tak lulus, ada yang tak layak pun diberi scholarship tuh - malah ada yang tak mahu pulang. jadi perkara-perkara mcm nih, effect pada kaum melayu dan of course, kaum india dan cina not very happy wif it sedangkan mereka bertungkus-lumus and earn it.

bila orang cina dan india mempersoalkan kembali tentang kontrak sosial nih, maka orang melayu mula rasa defensive. rasa macam keistimewaan tuh dipersoalkan, sedangkan kita tidak mahu mengaku bahawa kita memang lemah. why can't we just admit it? and instead of being defensive, we should embrace the weakness and work together to make us a strong race. untuk mempertahankan keistimewaan orang melayu, tiada cara lain tetapi juga dengan buktikan pada kaum lain bahawa keistimewaan ini bukanlah satu penindasan untuk kaum lain di malaysia nih.

tapi bila politik dan ekonomi dicampuradukkan... so? porak perandalah bangsa, ranaplah negara.

maaf sebab yati campuradukkan bahasa =) i just want to make sure my points get across.

papaYA said...

Melayu harus sedar, if Malaysia diambil oleh bangsa lain, tiada lagi hak keistimewaan, adakah kita akan sama taraf dengan bangsa yang ada..

Mak saya daripada bangsa Cina..Saya ada makcik2 and sepupu2 berbangsa Cina..Mereka berusaha sangat keras untuk dapat kerja lepas mendapat ijazah..Bangsa Melayu kata mereka tak ditawarkan kerja yang setaraf dengan kelulusan mereka so ended up unemployed..sedangkan sepupu saya berbangsa Cina sanggup bekerja hanya sebagai pembantu di kedai kek dengan gaji kurang 1ribu, bekerja hampir 14jam sehari walaupun mempunyai ijazah..Tapi mereka bersyukur masih mendapat pekerjaan..

Mungkin Melayu sentiasa merasa ada pihak yang akan membantu mereka di kala kesusahan jadi tidak berusaha segigih bangsa lain.. Janganlar kesedaran itu datang hanya setelah negara diambil orang....

Encik Moshuchi said...

ya, setiap daripada kita kena sedar samada melayu sendiri, cina mahupun india. orang melayu misalnya haruslah mempertahankan, memelihara dan menjaga keistimewaan yang ada sebaik mungkin.

dalam banyak hal, cubalah berusaha bersungguh-sungguh seperti mana bangsa lain supaya menjadi perkasa dalam segala bidang..agar juga tidak terus leka dengan keistimewaan yang ada.

bangsa lain pula haruslah menghormati kontrak sosial yang telah lama menjadi akar tunjang keharmonian negara ini. mahu tidak mahu soal keistimewaan orang melayu harus dihormati dan diterima. cubaan-cubaan mempertikaikannya sehingga menimbulkan kekacauan dalam negara juga harus dielakkan sama sekali.

orang melayu adalah bangsa yang cukup bertoleransi (satu-satunya di dunia ini, mungkin). jika tidak, malaysia yang seperti sekarang pasti tidak akan wujud. bangsa lain diiktiraf dan bebas hidup bersama, bebas membina kejayaan dan kekayaan.

perumpamaan dalam sebuah keluarga; abang yang sulung akan sentiasa bersikap baik dan manja dengan adik tengah dan adik bongsu..tetapi adik tengah dan adik bongsu jangan sekali-kali memijak kepala abang yang sulung.

dan dalam mana-mana keluarga sekalipun, abang yang sulung tentunya akan mendapat lebih keistimewaan daripada adik-adiknya. jika konsep ini dipatuhi, sesebuah keluarga (negara) pasti akan aman dan stabil.

setiap daripada kita; melayu, cina dan india haruslah bersyukur dengan apa yang ada dan bersama-sama menjadi rakyat yang baik dalam negara makmur ini.

leLabu said...

~uh,uh wa pening-pening. apsal hari ni suma org mau cakap benda serius ha?

apa apa pun yg korang tulis, aku setuju! tulisan pemuda PPP ini sangat menyentuh!

*baju koperat kaler merah, sejibik mcm baju pemuda PPP. hahah.

Encik Moshuchi said...

amboi lelabu, ini dah kira cuba menimbulkan ketegangan kaum ni hehehe..oitt apa daa, cantik apa baju korporat tu..
untuk kesejahteraan negara, memang kena serius..betul tak?

Anonymous said...

abang sulung, adik tengah dan adik bongsu?

hmmm... menikam kalbu. macam kenal je adik beradik nih. hihihi.

secara kesimpulannya, kita semua kena tau peranan masing-masing dalam membangunkan negara ni. chewahhh ayat macam nak kasik ucapan bajet jek! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.