Wednesday, November 12, 2008

Mereka Yang Hebat

Ditujukan khas kepada rakan-rakan seperjuangan yang berjaya mengikuti dengan jayanya Kursus Diploma Pengurusan Awam, INTAN Sesi 1/2008. Tahniah.

Mereka Yang Hebat

Mereka bermacam-macam
pelbagai minat, pelat dan adat
hitam, putih, kuning, merah dan coklat
bulat, bujur, manis, masam dan kelat
pertemuan pertama berjabat-jabat
tanda masing-masing orang hebat

Mereka bersama-sama
dalam tempoh meneguk ilmu di dada
buat itu dan ini setiap masa
ada yang aktif menyinga macam raksasa
ada yang tenang senyum bersahaja
ada yang pasif biasa-biasa

Mereka punya tanggungjawab yang besar
tanggungjawab yang kadangkala tidak tertanggung
tanggungjawab yang kadangkala tidak terjawab
namun mereka dilatih dan dididik
untuk bijak bertanggung
untuk bijak berjawab

Mereka adalah harapan
harapan untuk sebuah impian
bakal mewaris bakal pelapis
pada sebuah pentadbiran yang bersih
kadangkala tiris
Mereka, tetap mereka yang hebat.

INTAN Bukit Kiara
15 Julai 2008

3 comments:

marmalade said...

puisi ini memang hebat =)
yati masih ada tulisan tangan puisi ini.

Encik Moshuchi said...

Tulisan tangan itu yang paling berharga sebenarnya..simpan elok-elok ya.

marmalade said...

sudah tentu =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.