Monday, November 10, 2008

Orang Melayu Bukan Dominan, Bukan Majoriti Tapi...

...adalah penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia), bangsa yang membina tamadun sejak beratus-ratus tahun dahulu sebelum datangnya Portugis, Belanda dan Inggeris. Bangsa yang mempunyai sistem pentadbiran, pemerintahan, undang-undang, pertahanan, diplomatik dan kehidupan yang teratur serta terkenal di Nusantara.

Hari ini ramai yang terkeliru mengenai status orang Melayu termasuk sesetengah ahli politik. Konsepnya mesti betul, sesiapa yang menyatakan bahawa orang Melayu adalah dominan atau majoriti adalah salah. Orang Melayu lebih daripada itu, orang Melayu adalah segala-galanya..orang Melayu adalah 'Lord' (tuan tanah) bagi Tanah Melayu, tidak boleh sesiapa atau bangsa apapun mempertikaikan perkara ini.

Jadi, jika ada individu atau kumpulan yang ingin mempersoalkan mengenai status orang Melayu, hak-hak keistimewaan orang Melayu atau apa saja yang berkaitan dengan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, lupakan hasrat itu dan jangan cuba mengeruhkan suasana aman damai dalam negara.

Semua rakyat Malaysia pelbagai kaum termasuk ahli politik perlu tahu dan faham sejarah pembentukan negara. Orang Melayu telah sekian lama bertolak ansur dan berlemah lembut - semangat yang perlu dihormati dan dihargai oleh kaum/bangsa lain.

Frank Swettenham pernah berkata " Orang Melayu sangat bersopan santun dan lemah-lembut tetapi boleh juga memenggal kepala - hebat di darat dan laut"...(lebih kurang begitu).

3 comments:

marmalade said...

melayu memang mendapat pelbagai keistimewaan dalam banyak perkara. tapi sebagai peringatan, janganlah disalahgunakan keistimewaan itu untuk kepentingan masing-masing.

Encik Moshuchi said...

Ya betul, bukan saja disalahgunakan tapi juga tak pandai nak guna dan mempertahankannya.

marmalade said...

tapi tak ramai yang sedar akan kepentingan keistimewaan nih. kalau sedar pun, dimanipulasikan. mana tak orang lain geram dan rasa dipergunakan. hmmm...

entahlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.