Thursday, February 25, 2010
Cinta Ini
agungkan aku bagai seorang puteri
selalu kau puja diriku ini
melayang aku tak memijak bumi
Namun terkadang ku rasakan
apakah sikapmu tak berlebihan
aku wanita tak sempurna
bukan sekilaunya batu permata
Marilah bersama jalani cinta kita apa adanya
saling mengerti dan sudi menerima
kita manusia biasa
Marilah menjaga kesucian cinta rahmat yang kuasa
saling berpadu hati kita berdua
dalam dakapan mesra
Nikmat suka berbagai duka
seiring dengamnu aku bahagia
genggam jemari dan berjanji
setia selamanya sampai akhir nanti
Moshuchi Kata : sebuah lagu, sebuah puisi, sebuah cinta, sebuah hati (yang di dalamnya ada dua jiwa)
Tuesday, February 23, 2010
Solo Camping
Semasa kursus tersebut, tidaklah dianggap solo camping yang sebenar-benarnya kerana kita masih mempunyai rakan-rakan di sekeliling, kita tahu rakan-rakan kita berada dalam jarak 10 ke 20 meter dari kita. Walaupun begitu, apabila berada di dalam hutan seorang diri, apabila kelam hutan serta unggas malam berbunyi, tentunya membuatkan hati tak tenteram. Perasaan takut adalah perkara biasa.
Ketika menjalani modul tersebut, aku adalah orang terakhir dalam kumpulan. Bermakna aku adalah orang yang paling dalam/jauh kedudukannya dalam hutan. Kedudukan pula di kawasan yang sedikit berbukit dan dari khemah aku boleh melihat kawasan hutan sepenuhnya. Khemah/kedudukan orang kedua terakhir juga dapat dilihat sedikit dari tempat aku. Tetapi untuk pergi kepadanya atau ke khemah rakan-rakan yang lain tidak sama sekali kerana itulah peraturannya. Tetapi sebelum matahari jatuh, ada seorang dua rakan yang datang ke tempat aku.
Sunday, February 21, 2010
Eight Below
Moshuchi Kata : Sedih bila manusia pula yang tidak punya kasih sayang dan perikemanusiaan - buang bayi merata-rata sedangkan anjing pun tidak begitu.
Kita & Budaya Senaman
Aku bekerja pagi (hari) ini. Tapi kebanyakkan yang lain masih bercuti. Waktu pagi begini tentu ada yang masih sedang enak tidur, tentu ada juga yang sedang bersenam (berjoging dan sebagainya) di lokasi kegemaran serta tentu ada juga yang sedang menikmati teh tarik dan roti canai di warung. Semuanya pilihan kita.
Petang semalam aku melalui taman rekreasi tempat selalu aku berjoging, hanya melalui saja kerana aku ada hal lain. Tapi hari sebelum tu aku memanaskan badan juga walaupun tidak sekerap dahulu (dahulu seperti gian berjoging). Seperti biasa tak ramai manusia yang bersenam (joging) sebaliknya lebih banyak yang mundar-mandir, melepak, berkumpul dan berborak, duduk-duduk sambil makan/minum di gerai-gerai dan sebagainya.
Friday, February 19, 2010
Kami Miskin
kami orang susah
kami bukan orang senang
Kami biasa berlapar dahaga
kami biasa mengikat perut dan keinginan
kami biasa tidak mendapat kemahuan
Sedari kecil
kami biasa berpayah-payah
kami biasa bersusah-susah
tanpa membuang cita-cita
tanpa membuang impian
untuk berjaya dalam hidup
untuk mengubah nasib keluarga
Kami tidak malu mengakuinya
kami tidak segan silu asal-usul
ingatlah itu andai ingin bersama kami
terimalah seadanya siapa kami
kami tidak memaksa
kami tidak mendesak
kami rela melepaskan apa saja
kerana air mata kami
telah lama biasa tumpah
Moshuchi Kata : Biar miskin harta, tidak budi bahasa.
Thursday, February 18, 2010
Isu Kalimah Allah
Tuesday, February 02, 2010
Dada Atau Paha
Sehingga sekarang, aku masih sukakan dada berbanding paha. Walaupun kedua-duanya mempunyai isi yang pejal dan lembut. Bagi aku dada sungguh menyelerakan dan penuh nikmat apabila menikmatinya.
Perihal Eskot (Berkonvoi)
Sekadar gambar hiasan
Ke lokasi pertama mengambil masa lebih kurang 35 minit (1 jam bagi perjalanan biasa-tanpa eskot). Perjalanan sangat lancar kerana laluan melalui lebuhraya yang lurus dan besar. Ke lokasi kedua pada hari berikutnya juga lancar dan mengambil masa 1 jam sahaja kerana jaraknya agak jauh. Juga melalui lebuhraya. Kalau perjalanan biasa mengambil masa hampir satu jam setengah. Ketika ini aku merasa alangkah bagusnya kalau nak pergi ke mana-mana dieskot begini. Senang. Rasa hebat.
Teringat sewaktu berada di negara jiran untuk menghadiri mesyuarat dan program, kami rombongan/deligasi Malaysia dieskot begitu ketat oleh tentera negara jiran sepanjang masa. Walaupun hati ada ketikanya risau dan takut kerana waktu itu pergolakan di sana sangat meruncing, namun timbul juga dalam hati..wahh seronoknya dieskot dan diberi perhatian begini.
Sepanjang perjalanan tersebut pergi dan balik, aku berfikir. Tentu ada kalangan penduduk kampung (rakyat) yang marahkan gerombolan kenderaan yang sedang berkonvoi ini. Paling ketara mungkin di kalangan pengguna jalanraya yang lain kerana terpaksa memberi laluan kepada kami dan gerombolan berkonvoi ini senang-senang 'mendahului' perjalanan mereka. Bukan sebuah dua tetapi hampir 20 buah kenderaan yang setiap satunya ada orang-orang yang penting kepada negara. Aku faham jika mereka berperasaan begitu.
Tetapi orang di luar sana juga harus faham, gerombolan berkonvoi/eskot tersebut bukan saja-saja pergi makan angin. Ada urusan penting yang harus diselesaikan/diuruskan demi kepentingan dan keselamatan negara jua. Orang-orang yang dieskot adalah orang-orang yang 'Berkhidmat Untuk Negara', berkorban masa dan tenaga kerana bekerja untuk negara, sentiasa berkejar masa untuk menyiapkan itu dan ini yang semuanya untuk negara.