Tuesday, February 02, 2010

Perihal Eskot (Berkonvoi)

Sejak dari minggu lepas, aku masih bekerja..non-stop sehingga ke hari ini. Cuti jumaat sabtu (Kedah cuti jumaat sabtu) pun kerja juga..masuk ke ahad, isnin dan ke hari ini. Cuti Hari Wilayah lagilah tak merasa ehehehe. Saja nak kongsi pengalaman bila mana berada dalam situasi 'eskot'. Samada kita yang 'dieskot' atau kita sebagai 'pengeskot'. (Maaflah bahasa yang tidak sepatutnya).

Selama tiga hari berturut-turut; jumaat, sabtu dan ahad lepas, aku berpeluang mengeskot seseorang, big boss dari Pusat. Dalam masa yang sama aku juga dieskot oleh anggota keselamatan yang lain hehehe. Selain mesyuarat, agenda lain program adalah melawat kawasan-kawasan tertentu yang menjadi kepentingan utama kepada negara.

Sekadar gambar hiasan

Ke lokasi pertama mengambil masa lebih kurang 35 minit (1 jam bagi perjalanan biasa-tanpa eskot). Perjalanan sangat lancar kerana laluan melalui lebuhraya yang lurus dan besar. Ke lokasi kedua pada hari berikutnya juga lancar dan mengambil masa 1 jam sahaja kerana jaraknya agak jauh. Juga melalui lebuhraya. Kalau perjalanan biasa mengambil masa hampir satu jam setengah. Ketika ini aku merasa alangkah bagusnya kalau nak pergi ke mana-mana dieskot begini. Senang. Rasa hebat.

Teringat sewaktu berada di negara jiran untuk menghadiri mesyuarat dan program, kami rombongan/deligasi Malaysia dieskot begitu ketat oleh tentera negara jiran sepanjang masa. Walaupun hati ada ketikanya risau dan takut kerana waktu itu pergolakan di sana sangat meruncing, namun timbul juga dalam hati..wahh seronoknya dieskot dan diberi perhatian begini.

Hari ahad, ke lokasi ketiga yang jaraknya mengambil masa hampir 2 jam perjalanan biasa. Tambahan pula jalan di sepanjang laluan ke sana sedang dibaikpulih. Bukan lebuhraya yang lurus dan lebar lagi. Jalan menjadi sempit, berdebu, berbatu dan agak sesak dengan kenderaan lain. Juga melalui beberapa pekan kecil yang penduduknya seperti berpesta di jalan raya. Untuk sampai ke lokasi ketiga ini, konvoi beberapa kali terputus. Akhirnya sampai ke lokasi secara dua kumpulan kerana terputus di perjalanan.

Ketika berada di dalam kenderaan mewah sepanjang perjalanan ini, aku mula berfikir macam-macam. Berfikir tentang perasaan aku, perasaan orang lain, perasaan orang kampung, perasaan kanak-kanak dan segalanya. Kereta peronda di hadapan yang laju sambil membunyikan siren mudah mengarahkan kenderaan-kenderaan lain di kiri dan kanan jalan memberikan laluan. Ada juga yang berhenti di tepi jalan. Kami dapat lalu dengan senang dan laju.

Aku melihat kenderaan-kenderaan lain kalut dan bergegas ke tepi atau berhenti. Aku cuba menyelami perasaan mereka, bagaimana rasanya. Mungkin mereka tidak kisah dan faham kerana tentulah yang sedang lalu itu adalah pemimpin-pemimpin penting negara. Atau juga mungkin ada antara mereka yang tidak faham; memaki-hamun gerombolan kenderaan mewah, besar dan laju yang sedang berkonvoi itu denga kata-kata kesat dan sebagainya.

Aku juga dapat melihat kanak-kanak di sepanjang jalan yang tidak mengerti apa-apa melambai-lambaikan tangan kepada konvoi sedangkan mereka tidak tahu siapa orang di dalamnya. Apabila terdengar bunyi siren kereta peronda dan diiringi oleh kenderaan-kenderaan besar dan mewah, mereka jadi tertarik. Ia memberi hiburan kepada mereka. Aku tersenyum. Di waktu kecil aku juga begitu.
Sekadar gambar hiasan

Sepanjang perjalanan tersebut pergi dan balik, aku berfikir. Tentu ada kalangan penduduk kampung (rakyat) yang marahkan gerombolan kenderaan yang sedang berkonvoi ini. Paling ketara mungkin di kalangan pengguna jalanraya yang lain kerana terpaksa memberi laluan kepada kami dan gerombolan berkonvoi ini senang-senang 'mendahului' perjalanan mereka. Bukan sebuah dua tetapi hampir 20 buah kenderaan yang setiap satunya ada orang-orang yang penting kepada negara. Aku faham jika mereka berperasaan begitu.

Tetapi orang di luar sana juga harus faham, gerombolan berkonvoi/eskot tersebut bukan saja-saja pergi makan angin. Ada urusan penting yang harus diselesaikan/diuruskan demi kepentingan dan keselamatan negara jua. Orang-orang yang dieskot adalah orang-orang yang 'Berkhidmat Untuk Negara', berkorban masa dan tenaga kerana bekerja untuk negara, sentiasa berkejar masa untuk menyiapkan itu dan ini yang semuanya untuk negara.

Kita mungkin dalam perjalanan nak pergi ke pasar malam atau berjumpa kawan berborak kosong sambil minum teh tarik mamak atau pergi berjumpa mata air, apa salahnya memberi laluan kepada orang-orang yang bekerja sepanjang masa untuk negara, tak cuti, berjauhan dengan keluarga dan sebagainya. Sekejap saja, tak lama pun gerombolan lalu.

Moshuchi Kata : Aku meletakkan diri aku dalam kedua-dua pihak; orang dalam gerombolan kereta mewah/besar yang selesa dan juga orang dalam kenderaan biasa yang terpaksa bergegas 'turun' ke tepi jalan untuk memberi laluan. Aku faham perasaan kedua-duanya.

3 comments:

Resm A. said...

dulu waktu kat penang aku slalu geram dengan eskot dot dot dot kat greenlane...and kalau ko tau penang, greenlane itu jemnya ngalahkan KL...so bila terpaksa bagi laluan kat this particular orang, memang agak sukar la...and orang naik darah especially bila polis eskot itu ketok keta ko suh ko bukak jalan...erkkkk...flyover 2 lane nak bukak jadi 3 lane? hurmmm...

Al Hadi said...

yerp, kalau org x paham mmg akan mencarut2. apa nak buat, takleh nak puaskan hati semua org.

Encik Moshuchi said...

akmal - alahh buka sikit jalan je, bukan lama pun. lagi satu aku sedih masih ramai yg liat nak bagi jalan kalau ambulan lalu..pastu mula mengekor dari belakang...rasa nak langgar je.

hadi - berpeluang utk mencarut..mmg susah nak puaskan hati sume org..ada je yg tak kena.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.