Sengaja aku menarik perhatian korang semua mengenai isu ini. Tak salah kan sekali-sekala kita memikirkan hal-hal/isu-isu besar negara camni. Pada aku (samada kita terlibat secara langsung atau tidak langsung) kita patut memikirkan bersama-sama isu-isu besar negara. Di sini aku ingin berkongsi maklumat/hujah secara ringkas berkenaan isu kalimah Allah yang dimainkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Ringkasan hujah ini adalah petikan daripada taklimat yang disampaikan oleh pihak Kerajaan. Pada aku ini bukan status rahsia atau sulit atau terhad, tapi maklumat yang harus diketahui oleh semua kalangan kita terutama yang beragama Islam.
Sebelum itu, isu ini berbangkit apabila Herald The Catholic Weekly hendak menggunakan kalimah Allah dalam terbitan di Sabah dan Sarawak sebagai rujukan kepada God yang sepatutnya diterjemahkan kepada Tuhan. Ini menunjukkan mereka mempunyai agenda dan muslihat tersembunyi untuk mengelirukan orang Islam.
Isu ini dikupas berdasarkan dua perspektif iaitu dari aspek psikologi orang Melayu dan juga aspek perundangan. Dari aspek yang pertama, orang Melayu adalah kaum yang masih muda iaitu hanya bermula sejak 600 tahun dahulu ketika zaman Parameswara yang memeluk Islam dengan gelaran Sultan Iskandar. Seluruh rakyat jelata yang ketika itu beragama Hindu dan mengamalkan animisme kemudiannya telah memeluk Islam. Oleh itu, wujudnya Melayu adalah kerana agama Islam. Latar sejarah ini telah mengakibatkan secara psikologinya orang Melayu dan agama Islam tidak boleh dipisahkan. Walaupun mungkin Melayu tersebut tidak mengamalkan Islam secara keseluruhan, namun jika disentuh agama mereka iaitu Islam, maka secara automatiknya mereka akan melenting kerana amat sensitif dengannya.
Setelah merdeka, untuk menjaga keistimewaan Melayu sebagai penduduk asal negara ini, Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan telah memasukkan definisi Melayu dengan jelas dalam Artikel 160 yang menyebut - "Melayu ialah mereka yang menganut agama Islam, lazimnya berbahasa Melayu dan mengikut adat resam Melayu...". Orang Melayu bukan rasis tetapi inclusive. Ini kerana jika seseorang itu beragama Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu, maka Melayu lah dia.
Manakala Perlembagaan Malaysia Artikel 11 (1) dan Artikel 11 (14) menjelaskan mengenai kebebasan beragama tetapi undang-undang negeri (enakmen) dan persekutuan boleh menyekat doktrin atau pengembangan agama lain ke atas orang Islam. Enakmen yang mengandungi larangan penggunaan kalimah Allah, Solat, Baitullah dan lain-lain oleh penganut agama bukan Islam telah pun wujud di sepuluh (10) buah negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan serta Sabah dan Sarawak. Bagi negeri-negeri yang terkecuali ini, Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk menyekat penerbitan yang mengandungi kalimah-kalimah tersebut oleh penganut bukan Islam berpandukan Akta Penerbitan Dan Cetakan 1984.
Mereka mengatakan ia bukanlah suatu kesalahan menterjemahkan penerbitan Herald The Catholic Weekly dalam bahasa Malaysia kerana ia merupakan bahasa kebangsaan. Ya kita bersetuju namun terjemahan God perlulah diterjemahkan sebagai Tuhan dan bukannya Allah. Mereka pertikai lagi, mengatakan apa salahnya menggunakan kalimah Allah, ia hanya bahasa Arab. Sejak bila Bible diterbitkan di dalam bahasa Arab, Bible dalam bahasa Inggeris dan Injil yang asli pun bukan dalam bahasa Inggeris tetapi dalam bahasa Hebrew. Lagipun, sejak bila mereka (penganut Kristian) berminat dengan bahasa Arab. Kita semua sedia maklum, non-Malays sebenarnya tidak pernah berminat langsung dengan bahasa kebangsaan, bahasa Malaysia. Tapi tiba-tiba saja bila timbul isu penerbitan majalah ini, mereka beria-ia kata apa salahnya menggunakan bahasa kebangsaan. Kita boleh nampak mereka ada agenda tersembunyi.
Herald The Catholic Weekly sebenarnya beribu pejabat di Singapura. 15 tahun dahulu, suatu pertubuhan telah didaftarkan di Singapura iaitu Persatuan Melayu Kristian yang bertujuan menunjukkan kepada bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia bahawa Melayu di Singapura bebas memilih agama selain Islam. Suatu peristiwa di Geneva apabila Malaysia dikecam kerana tiada kebebasan beragama. Mereka mengatakan Melayu tidak bebas memilih agama lain selain Islam untuk dianuti. Ternyata jelas niat jahat mereka sejak 20 tahun yang lalu.
Segelintir pihak menuduh dan mengatakan Kerajaan sengaja membawa isu ini ke Mahkamah. Sebenarnya bukan Kerajaan yang membawa isu ini ke Mahkamah Tinggi tetapi seorang Arch Bishop Roman Catholic Shah Alam yang menjadi orang pertama membawa isu ini ke Mahkamah. Wujud lagi segelintir pihak yang mempertikaikan kenapa Kerajaan mahu merayu sedangkan Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan membenarkan Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah. Secara logiknya, jika keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, adakah mereka akan membuat rayuan? Sudah tentu mereka akan membuat rayuan. Kerajaan akan terus membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan jika keputusan masih tidak menyebelahi, rayuan di Mahkamah Persekutuan pula akan dibuat. Buat masa ini, Kerajaan berada di landasan yang betul dan konkrit.
Kenapa kes begitu mudah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi? Semestinya hakim yang mempunyai kepentingan yang sama telah dipilih. Hakim yang mengendalikan kes ini telahpun disiasat latarbelakangnya. Beliau merupakan bangsa Cina beragama Kristian dan hujah penghakimannya tidak konkrit dan didukung oleh fakta yang tidak kukuh malah beliau juga tidak mengetahui wujudnya enakmen-enakmen di sepuluh (10) buah negeri di Semenanjung yang menyekat pengembangan agama lain ke atas orang Islam dan melarang penggunaan perkataan khusus untuk Islam.
Ada pula sesetengah pihak yang pertikaikan mengapa Malaysia kecoh-kecoh pasal isu ini, tidak seperti Indonesia sedangkan Indonesia mempunyai bilangan penganut Islam terbesar di dunia. Sejak bila Malaysia sebahagian daripada Indonesia? Jangan samakan Malaysia dan Indonesia, kedua-duanya jelas tidak sama. Indonesia tidak pernah menyatakan Islam sebagai agama rasmi untuk Republik Indonesia dalam perlembagaan mereka, Indonesia hanya berpandukan kepada Pancasila.
Dengan sebab itu kita perlu mempertahankan sistem Kesultanan Melayu kerana Sultanlah yang akan menjaga orang Melayu dan agama Islam. Ketuanan Melayu bukanlah bermaksud bangsa lain menjadi hamba dan Melayu tuan tetapi ia bermaksud kewujudan sistem Kesultanan Melayu. Sebab itu kita panggil raja Tuanku = Tuan aku, tuan orang Melayu. Sebagai contoh, bila isu ini timbul Baginda terus panggil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan arahkan laksanakan undang-undang yang telah terkandung dalam enakmen negeri. Jadi tiada sesiapa yang boleh pertikaikan arahan Baginda kerana undang-undang telah sedia ada.
Sebuah perumpamaan mudah untuk kita fikirkan. Jika Melayu sepak kepala lembu seperti sebiji bola, orang India tentunya/pasti akan marah walaupun tiada undang-undang yang melarang kita menyepak kepala lembu. Tapi demi menjaga sensitiviti 7% penganut beragama Hindu, Kerajaan akan menggunakan Akta Hasutan demi mengelak berlakunya kekecohan. Tetapi dalam isu kalimah Allah, undang-undang telah sedia ada, salahkah Kerajaan melaksanakannya untuk 60% orang penganut agama Islam? Kenapa penganut agama-agama lain tidak boleh menghormati sensitiviti orang Islam, sedangkan kita boleh berbuat demikian.
Moshuchi Kata : Entri ni agak panjang untuk dibaca..dan panjang juga untuk direnungkan. Sama-samalah kita fikirkan/renungkan.
3 comments:
Setau aku pihak Vatican City pun x penah mintak nak guna kalimah Allah.
komen hadi comel: pihak vatican city. hahahah sungguh governmental-ish =) hahahahahah.
yati setuju dengan pendapat zaharuddin.net =) perspektif Islam.
pada pendapat yati yang takdelah best nih, penggunaan Allah oleh orang2 itu tidaklah menjadi masalah buat yati - personally. sebabnya, bagi yati, Tuhan itu adalah Allah dan Allah itu adalah Tuhan. tapi setelah yati renungkan kembali dan membaca sedikit sebanyak tentang implikasi yang mungkin timbul disebabkan penggunaan Allah oleh agama lain, maka yati bersetuju bahawa Allah itu adalah inclusive untuk agama Islam sahaja.
sebabnya, bak kata seseorang yang discuss dengan yati berkenaan hal ini, kalau penggunaan Allah itu digunakan oleh agama lain, nanti timbul kekeliruan. macam Allah ada anak, namanya Jesus. Allah itu adalah Jesus dan Trinity, all in one. konsep ketuhanan Islam dan agama lain sangatlah berbeza, kerana ini melibatkan soal akidah.
jadi, atas alasan untuk keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat, memang patut Allah itu dijadikan inclusive untuk Islam sahaja.
hadi - ya pendapat ko mmg comel..ringkas tapi cukup menerangkan segalanya. betul, seingat/setahu kita vatican city pun tak pernah timbulkan perkara ini.
yati - betul, kalau penggunaan Allah itu digunakan oleh agama lain, nanti mmg akan timbul kekeliruan..macam Allah ada anak. Allah itu adalah Jesus dan Trinity, all in one.
Allah tidak beranak dan diperanakkan. Surah Al-Ikhlas pun dah jelaskan mengenainya.
Sememangnya ada agenda tersembunyi di sebaliknya, agenda utk memecahbelahkan keharmonian dalam negara yg akhirnya akan menggugat keselamatan negara. Agenda politik? tak mustahil.
Post a Comment