Solo Camping atau berkhemah secara solo/seorang diri. Saja aku nak mengimbau kenangan sewaktu menjalani kursus di Outward Bound School (OBS) dulu. Salah satu modul kursus yang perlu dilengkapkan ialah solo camping ni.
Tentu rakan-rakan sekursus mempunyai kenangan dan ragam masing-masing sepanjang sehari semalam menjalani solo camping ini. Aku percaya itu tentunya menjadi kenangan terindah dalam hidup masing-masing, kerana sepanjang hidup tidak pernah mengalami pengalaman bagaimana rasanya solo camping.
Semasa kursus tersebut, tidaklah dianggap solo camping yang sebenar-benarnya kerana kita masih mempunyai rakan-rakan di sekeliling, kita tahu rakan-rakan kita berada dalam jarak 10 ke 20 meter dari kita. Walaupun begitu, apabila berada di dalam hutan seorang diri, apabila kelam hutan serta unggas malam berbunyi, tentunya membuatkan hati tak tenteram. Perasaan takut adalah perkara biasa.
Ketika menjalani modul tersebut, aku adalah orang terakhir dalam kumpulan. Bermakna aku adalah orang yang paling dalam/jauh kedudukannya dalam hutan. Kedudukan pula di kawasan yang sedikit berbukit dan dari khemah aku boleh melihat kawasan hutan sepenuhnya. Khemah/kedudukan orang kedua terakhir juga dapat dilihat sedikit dari tempat aku. Tetapi untuk pergi kepadanya atau ke khemah rakan-rakan yang lain tidak sama sekali kerana itulah peraturannya. Tetapi sebelum matahari jatuh, ada seorang dua rakan yang datang ke tempat aku.
Aku rasa seronok solo camping ini walaupun pada awalnya hati tak sesedap mana. Maklumlah masuk ke kawasan/hutan baru, yang kita belum biasa/kenal. Sewaktu kecil aku selalu mengikut TokWan (datuk aku yang kini berusia 104 tahun) masuk ke hutan mencari kayu dan herba. Katanya jika hutan sudah mengenali kita, takkan ada masalah. Sebab itulah, sebelum aku mendirikan khemah, aku telah membersihkan kawasan tersebut serta 'memagarnya' di empat penjuru. Itu juga yang pernah dipesankan oleh TokWan aku dulu.
Solo camping adalah sangat bagus. Samada di dalam hutan, di tepi sungai atau tasik, di tepi pantai dan sebagainya. Ia menuntut untuk kita bermuhasabah diri, mengenal kekuatan diri sendiri, kekuatan semangat dalam diri dan untuk kita menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Pengalaman solo camping tersebut cukup indah. Sebelum matahari terbenam aku menyiapkan khemah. Kemudian menikmati saat indahnya langit sewaktu matahari jatuh. Selepas itu membuat unggun api dan siapkan makanan. Unggun api cukup besar dan marak. Batang-batang kayu sebagai habuan api telah aku cari sejak petang, cukup untuk api makan sehingga dinihari.
Sebenarnya solo camping bagi kumpulan aku (watch Beremban) pada hari Khamis, bermakna malam Jumaat. Cukup menarik. Malamnya sekitar pukul 9.00 malam angin kencang dan hujan lebat turun berserta kilat. Cukup menguji ketahanan mental dan semangat. Hujan tidak lama mana, akhirnya berhenti. Aku kembali menghidupkan unggun api kerana bara-baranya masih hidup. Api kembali menjulang. Ketika selepas hujan, di waktu malam dan di dalam hutan, suatu pemandangan yang indah terbentang di langit. Itu yang aku nikmati pada malam itu. Sayangnya rakan-rakan yang lain bersembunyi diri dalam khemah masing-masing.
Aku berada di luar khemah; menikmati malam dan panas unggun api, menikmati biskut dan teh panas, memandang seluruh alam hutan, memandang langit yang berbalam-balam sambil bermuhasabah diri. Lebih kurang pukul 2 pagi barulah aku masuk ke khemah dan tidur. Aku merasakan telah berjaya mencapai maksud/tujuan solo camping tersebut. Aku rasa puas dan tenang. Ini bukan solo camping yang pertama aku, atau bukan kali pertama aku bermalam di dalam hutan, tetapi solo camping inilah yang betul-betul memberi kepuasan kepada aku. Sedangkan rakan-rakan yang lain melepaskan peluang untuk menguji betapa kuatnya semangat diri masing-masing.
Bila teringat balik ragam rakan-rakan ketika solo camping, geli hati juga dibuatnya. Ada yang berkata ternampak hantulah, ada hantu mencakar-cakar khemahlah, ada pula siapkan makanan awal-awal, makan dan terus masuk dalam khemah tak keluar-keluar sehingga keesokkan harinya, ada juga yang meminum ubat batuk melebihi dos supaya cepat mengantuk dan cepat tidur dan sebagainya. Pilihan masing-masing. Solo camping adalah bertujuan untuk kita bermuhasabah diri dan juga menikmati malam/alam ciptaan Tuhan dengan tenang, itu saja.
Moshuchi Kata : Ketika bertapa (modul terakhir untuk melengkapkan ilmu persilatan dahulu), langsung tak boleh tidur. Hanya duduk bersila sambil berzikir sampai ke pagi. Padan muka hehehe.
14 comments:
Benda yang da lepas memang seronok ingat balik. Tapi masa nak pergi tu, hati berdegup kencang macam nak terkeluar >_<
Hari nak bertolak ke tapak, pagi tu hujan lebat dari subuh sampai jam 12. Bayangkan betapa basahnye kayu api T____T Lebih malang, budak RMC dah bersolo camping beberapa malam sebelum kitorang, lagi takde kayu api.
Kesimpulannya, solo camping mengingatkan aku pada mati. Gelap dan bersendirian. Betul2 menginsafkan.
"..solo camping mengingatkan aku pada mati. Gelap dan bersendirian. Betul2 menginsafkan".
betul tu yaya..mmg tujuan solo camping pun antaranya utk kita menginsafi diri. Tapi tentunya ia pengalaman yg tak dapat dilupakan/indah kan..
anak sapa la yang gi khemah ko tu...
aku tgh tunggu surat yg aku tulis masa solo camping tu..
sampai sekarang tak sampai2 lagi...
tapai - ntah, anak sapa la kan hehehe...
lelabu - hahahahaa..ntah la mana pegi semua surat2 tu..diorang dah buang ke laut kot hehehe...
terima kasih kerana berikan eye-mo.. heheeh...
jojo - hehehe..mata yg dah sedikit sepet bertambah sepet kan..
paling seronok time makan..siap bercatu, pastu makan guna daun pisang...hahaha best.
ya Allah, korang tak terima lagi surat dari OBS ke? pergh. lama gile.
aahh..tak sampai pun..ntah posmen buang ke mana ntah hehehe..
Surat aku tak sampai lagi sebab aku tulis kat situ, sila pos pada 26 April 2012..
Ape2hal, aku serang Fauzi ex-OBS instructor itu kat FB..hehehehe
aku bersih kawasan, "pagar", buat khemah, masak, makan, tido. terjaga kul 6 pagi.
Mahathir azan subuh, tapi bunyi mcm dia menjerit mintak tolong hahahahha
aku adalah seorang yang penakut...oleh itu aku sangat benci solo camping...
sekian, terima kasih.
mal, solo camping cam ko pegi holiday sorang2 la..dari satu dudut agak boring, takut, risau, sunyi, sendirian..dari satu sudut lain plak kita rasa tenang, pikir macam2 ttg hidup kita, masa lampau kita, masa depan kita, kenal diri sendiri dll..paling penting beranikan diri je...setuju tak?
setuju pasal mengenang diri sendiri itu...tapi aku kalau pi travel sorang sorang pon masih berada dalam lingkungan manusia...dok kat bekpekers lodge cam kat bangkok dulu adalah dalam dorm...so masih ada orang...dan kekadang ada orang yang aktif berborak sampai tak ingat hari dah siang...tapi aku memang sangat penakut...huhuhuh
Post a Comment