Friday, February 19, 2010

Kami Miskin

Kami miskin
kami orang susah
kami bukan orang senang
Kami biasa berlapar dahaga
kami biasa mengikat perut dan keinginan
kami biasa tidak mendapat kemahuan

Sedari kecil
kami biasa berpayah-payah
kami biasa bersusah-susah
tanpa membuang cita-cita
tanpa membuang impian
untuk berjaya dalam hidup
untuk mengubah nasib keluarga

Kami tidak malu mengakuinya
kami tidak segan silu asal-usul
ingatlah itu andai ingin bersama kami
terimalah seadanya siapa kami
kami tidak memaksa
kami tidak mendesak

kami rela melepaskan apa saja
kerana air mata kami
telah lama biasa tumpah

Moshuchi Kata : Biar miskin harta, tidak budi bahasa.

2 comments:

frankie said...

halo hai! ko msg aku mlm tu aku tgh driving. tkleh nk reply sgt.huhuhu.

Encik Moshuchi said...

takde hal..jadilah pemandu yang berhemah bro..bagus2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.