Thursday, March 24, 2011

Antara Dua Darjat

antara dua darjat tidak hanya berlegar dalam ruang lingkup harta kekayaan saja tapi juga dari segi pemikiran, sikap dan budi bahasa. namun kita seringkali mengaitkan darjat dengan harta kekayaan dan kemiskinan. tapi sebenarnya skopnya cukup luas.

orang yang kaya dan berpelajaran tinggi, tinggal di bandar dan berumah besar sememangnya darjatnya tinggi berbanding orang yang miskin tinggal dalam rumah usang di kampung-kampung dan tidak berpelajaran tinggi. betul.

tapi bila kita 'pusing balik' rupanya darjat orang miskin yang tinggal di kampung itu jauh lebih tinggi daripada orang kaya dan berpelajaran tadi dari segi sikap, budi bahasa dan budi pekerti. jauh lebih mulia darjatnya.

semuanya berdasarkan pengalaman 'bercampur-gaul' dengan dua kelompok ini. namun tidak semuanya begitu walaupun ia sememangnya banyak berlaku. jadi benarlah, manusia itu semuanya sama saja, hanya iman yang membezakan setiap satunya.

Moshuchi Kata : kenapa ya...?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.