dah pun bulan tiga (mac) ye..kejap je. aku pun dah agak lama tak update menatang alah ni. ada cerita tapi tak sempat nak menulis, terus hilang dibawa angin macam tu je.
hujung minggu lepas aku ke kuala lumpur, giliran aku pulak pergi berjumpa isteri. sebelum ni isteri dah balik ke alor setar berjumpa si suami. macam tu la bila hidup berjauhan ni..takpelah buat sementara waktu kan. hidup mesti ada perancangan dan sehingga apa yang kita rancangkan belum tercapai, kita kenalah bersabar. hidup dan sabar adalah dua perkara yang tak boleh jauh. kehidupan adalah kesabaran dan begitu juga sebaliknya.
mulanya ada perancangan bersama hadi untuk ke cameron highlands bersama teman-teman lain, tapi disebabkan kekangan masa mereka, perancangan terbatal. tapi malam tu sempat juga melepak bersama hadi dan fariq di chawan, bangsar sambil pekena keropok lekor. agak lama tak berjumpa mereka. bersembang macam-macam.
cuti hujung minggu dihabiskan sepenuhnya bersama isteri tersayang. itulah yang terbaik kan. aku ambil cuti pada hari ahad (ahad kerja di kedah) untuk bersama dengan isteri. seperti biasa menonton wayang adalah salah satu aktiviti kemestian. bulan mac ni agak banyak filem baru yang ditayangkan. tapi kami sempat menonton dua filem sahaja. cukuplah untuk minggu ni.
filem pertama kami tengok 127 hours di mid valley. cerita yang berkisar tentang kisah benar sememangnya best. cerita ni mengisahkan aron lee ralston seorang pendaki/penggemar aktiviti lasak terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri selepas tangan dia tersepit di celah batu semasa melakukan aktivitinya di celahan-celahan rekahan bumi/kanyon selama 127 jam. dan akhirnya mengambil keputusan dengan mematahkan tulang tangan serta memotong tangannya sendiri. moralnya; ketabahan, kesabaran dan semangat untuk hidup/survival yang tinggi patut dicontohi. selain itu juga, jika hendak ke mana-mana untuk melakukan sesuatu mestilah memaklumkan kepada orang-orang tersayang. kalau terjadi apa-apa senang orang nak cari/bantu hehehe.
keesokkannya di the curve pula kami tonton filem the mechanic lakonan jason statham. cerita ni takde apa yang menarik sangat kecuali adengan lasak/letupan/pertarungan yang ditonjolkan. biasalah kalau statham adalah pelakonnya. mengisahkan seorang pembunuh upahan yang melakukan kerjanya tanpa meninggalkan kesan/jejak yang akhirnya tersalah bunuh iaitu membunuh orang yang dipercayainya/mempercayainya. moralnya aku pun tak pasti, layan je. cuma kadang-kadang terpikir, kalaulah di malaysia ada orang macam ni bagus juga, 'musuh-musuh negara' boleh la 'lenyap' satu persatu hehehe..otak jahat.
cuma tak sabar nanti nak tengok the rango si johny depp/sesumpah hijau..macam best je preview filem ni hehehe. tak lupa juga hikayat merong mahawangsa..ntah macam mana hasilnya, nak juga tengok si merong yang tak 'berapa nak merongnya' tu kan.
di the curve ketika melalui lorong street market tu, terdengarlah suara ketawa berdekah-dekah lelaki dan wanita. berborak rancak kemudian berdekah-dekah semula. tak lain tak bukan saja nak tarik perhatian orang yang lalu lalang. mungkin menanti perlawanan manchester united dan liverpool dan dengan bangganya sambil meneguk air kencing syaitan berbuih-buih gelas dan mulut. anak-anak muda melayu tu..haihh apa nak jadi.
kemudian kami bergerak ke laucky garden untuk pekena sup sayur kegemaran isteri di syed bistro/mamak syed. sup sayur dia memang sedap. aku makan nasi goreng kampung sambil tengok longlainya manchester united di anfield sehingga separuh masa pertama. lepas tu kami balik.
moshuchi kata : pegi MPH juga hehehe..rindu bau buku
3 comments:
sorry malam tuh yati tak sempat jumpa you guys. masa tuh dah nak ke bali. kalau datang lagi, kasitaulah ye.
ke bali plak ye..wah berjalan sungguh hehehe. ole-ole dari bali ye...:)
insha Allah, alamat masih sama kah? :p
Post a Comment