Sunday, March 13, 2011

Mencari Sedikit Ketenangan

aku agak letih petang tadi. mata juga memang terasa mengantuk. kepala pulak berpusing-pusing terasa pening. tapi kaki berjalan-jalan. hendak ke mana aku pun tak tahu arahnya. berfikir dan berfikir. di mana tempat untuk aku tenangkan hati dan diri, rehatkan kepala yang pening dan letih ni.

oh ya, aku tahu ke mana harus aku pergi. teksi aku tahan dan naik. tidak lama kemudian, aku sampai. betul, melepasi saja pintu gerbangnya seperti tersentak hati aku. seperti terasa ada makhluk halus berdekatan kita, bulu roma terus mencacak. begitulah rasanya.

keadaannya tidak banyak berubah. aku berjalan kaki menyusuri jalan-jalan kecil serta laluan-lauan yang pernah aku lalui suatu ketika dulu. walaupun terasa letih tapi hati sedikit terubat. aku berjalan hanya mengikut kaki sambil fikiran melayang mengimbau kenangan-kenangan lama yang pernah berlaku di sekitar laluan aku. setiap satunya masih segar dalam ingatan.

walaupun kini rumput-rumput padangnya dipijak oleh orang lain dan segalanya digunapakai oleh orang lain, tapi suatu masa dulu aku juga pernah memijaknya, aku juga pernah menggunapakai segalanya. di padang itu aku pernah beraksi cemerlang. segalanya...

aku akui petang tadi di sana aku beroleh sedikit ketenangan. rehatkan kepala otak ni. sedangkan aku sendiri seperti tidak percaya yang aku ke sini. mungkin kenangan dan kerinduan yang menarik hati ke sana tanpa disedari.

aku ke mana? petang tadi aku ke universiti malaya. tempat aku menimba ilmu dan pengalaman hidup selama lebih empat tahun. aku merasakan di kuala lumpur ini tidak ada tempat lain yang lebih menenangkan hati dan jiwa ini selain di sini, di kampus ini.

Moshuchi Kata : berjalan-jalan di DTC meruntun jiwa...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.