Sunday, March 13, 2011

Lelaki Pemendam Cepat Mati

ada fakta mengatakan bahawa jangka hayat lelaki adalah lebih pendek dari jangka hayat wanita. banyak kajian mengenai nisbah warga emas turut menjelaskan bahawa fakta tersebut adalah benar. kenapa begitu? aku tak ingat sangat (walaupun pernah membaca mengenainya dulu). tapi salah satunya kerana sistem reproduksi. sebagai contoh wanita yang melahirkan ramai anak mempunyai jangka hayat yang panjang. lahirlah ramai anak ye hehe. begitulah...(selain faktor taraf kesihatan yang semakin baik dan bertambah maju).

seterusnya, kenapa pula jangka hayat lelaki lebih pendek? dan apakah faktor-faktor penyebabnya? aku tak ingat lagi...(kadang-kadang aku ni pelupa..apakah itu juga faktor pendek umur?) jangka hayat lelaki pendek mungkin juga kerana faktor bebanan tugas di sepanjang tiga per empat hidup mereka, samada bebanan secara fizikal mahupun mental. banyak faktor lain mungkin...

apakah faktor memendam rasa juga boleh menjadi punca lelaki pendek umur? bukan memendam rasa sekejap-sekejap saja tapi memendam rasa sejak sekian lama, sejak dari zaman kanak-kanak, remaja, dewasa malah sehingga ke tua mungkin boleh menjadi penyebab. munkin juga kan?

mereka lebih selesa memilih memendam rasa dan jarang-jarang bertindak (berterus-terang) dengan tegas untuk mempertahankan hak atau pendapat atau apa saja. jika berterus-terang pun mereka akan cuba meluahkan sebaik dan selembut mungkin. tapi selalunya memendam jugalah jalan terakhirnya.

mereka mungkin berjiwa halus dan sensitif, apa sahaja yang dipendamkan dibiarkan lenyap dengan sendirinya dalam hati. itulah penyelesaiannya bagi mereka walaupun ada kalanya mereka sengsara. apa yang dipendam biasanya tidak dijadikan dendam tapi sebagai pengajaran dan semangat kepada mereka. pada mereka biar kalah tak mengapa asalkan tiada peperangan, biar tak menang tak mengapa asalkan keadaan kembali tenang. memendam adalah ubat (atau mungkin racun) penenang bagi mereka.

cuma mungkin secara tidak sedar ia sebenarnya menjadi barah yang memusnahkan 'hati' secara senyap tanpa disedari yang akhirnya boleh memendekkan jangka hayat seseorang lelaki. entah, aku tak tahu. mungkin betul mungkin salah. bukan mudah untuk memahami orang begini kerana kadangkala mereka juga tidak memahami diri mereka sendiri. apatah lagi orang lain.

lelaki pemendam mempunyai jangka hayat yang pendek? mungkin betul, siapa yang tahu. tapi kembali kepada hukum Tuhan, soal mati tidak kira siapa lelaki atau perempuan, tua atau muda kecil atau pun besar. bak kata orang-orang tua "mangga yang gugur ada juga yang putiknya".

Moshuchi Kata : Kaji lelaki...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.