Sunday, May 10, 2009

Chek Sayangkan Mak

Ibu..ibu
engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
engkau hiburkan selalu
Ibu..ibu
engkaulah ratu hatiku
Tiada lain yang ku harapkan
wahai ibu

Selamat Hari Ibu - ditujukan kepada semua ibu walau di mana berada. Terima kasih kerana melahirkan insan yang bergelar anak, terima kasih kerana membesarkan serta mendidik mereka, memberi kasih sayang dan segala-galanya. Kepada kenalan-kenalan wanita yang bergelar ibu, bakal bergelar ibu dan pastinya akan menjadi ibu kelak, terima kasih dan jadilah seorang ibu yang baik.

Mak, setiap titisan susu mak masih terasa mengalir dalam tubuh ini, pengorbanan dan kasih sayang yang tiada nilainya di dunia ini. Mak, chek sayangkan mak. Ampunkanlah segala dosa dan salah silap chek selama ini. Semoga mak sentiasa sihat dan gembira selalu. Mak, chek sayangkan mak melebihi segala-galanya di dunia ini. Selamat Hari Ibu mak.
* Chek - saya

5 comments:

IkraamSuarez said...

sedihnya tak dapat berjumpa mama pada hari ibu....

Encik Moshuchi said...

huhu mmg sedih...nasib baik patah-patah perkataan berjaya terbang merentasi banjaran titiwangsa dan sampai ke telinga mak di Rompin...

Al Hadi said...

alhamdulillah... ko mimpi fariq lagi tak? hahahaha

frankie said...

hahahaha....jgn mimpi aku lg..takot aku..hahahaha

Encik Moshuchi said...

haha..Brokos jeles aku tak mimpikan dia la tu.
Farico, cukuplah sekali aku mimpikan ko, banyak2 kali kang susah plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.