Sunday, May 17, 2009

Perihal Cikgu-Cikgu Aku

Selamat Hari Guru 2009 diucapkan kepada guru-guru di seluruh negara..guru-guru aku mahupun guru-guru korang ataupun guru-guru yang kita langsung tak pernah kenal. Tapi mereka adalah guru-guru kita anak Malaysia.

Semalam hari meraikan guru. Aku cuma meraikan mereka dengan menghantar ucapan tahniah dan terima kasih melalui SMS sahaja. Itupun kepada cikgu-cikgu yang aku ada nombor telefon bimbit mereka. Ada la dua tiga orang. Selebihnya, dengan SMS juga aku meraikan sebilangan rakan-rakan lama samada semasa di sekolah menengah ataupun semasa di universiti dulu yang sekarang ni bergelar guru. Ramai rakan aku yang bergelar guru. Bagus..bagus.

Sesungguhnya zaman menjadi murid dahulu memang saat paling menyeronokkan. Apatah lagi bila kita adalah murid yang menjadi perhatian guru. Berikut adalah perihal cikgu-cikgu yang aku sentiasa terkenangkan mereka.


Cikgu Salmah
cikgu kelas aku masa aku darjah 4, ngajar BM, cantik, sentiasa ajak aku makan bersama dia di kantin sekolah waktu rehat, bayar yuran sekolah aku, bawa aku pegi rombongan sekolah yang mana aku hanya bawa 'telur' aku je hehe.


Cikgu Roslan
ngajar BM masa darjah 6, dalam kelas suka kentut..kuat plak tu, pastu aku yang selalu kena tuduh..kadang-kadang budak lain, pengotor betul.


Cikgu Jani
cikgu pendidikan seni tingkatan 3 dan 4, selalu luku kepala budak..sekali kena berbinau kepala, semua dah merasa peluku dia sebab kalau baik dia akan cari salah supaya kena luku gak..dia selalu ajak aku 'conteng' seluruh bangunan sekolah. Sampai sekarang masih ada beberapa mural hasil tangan kami di dinding2 sekolah.


Cikgu Hashim
kecik kemetot je, ngajar geografi tingkatan 5, anggap kami cam member2 je di luar waktu sekolah, rumah sewa dia macam rumah sewa kami, bagi kebenaran kat kami guna library waktu malam..tiap2 malam jadi cam filem Night At Museum, kacau bilau..akhirnya kami semua berjaya gak dalam SPM.


Cikgu Amran
cikgu sastera tingkatan 6, tak mengajar aku tapi sangat baik dengan aku, selalu galak aku bersastera, berbahasa, menulis..selalu baca, edit dan komen karya-karya aku, sangat menghormati aku seperti mana aku menghormati dia.


Cikgu Kamsaini
cikgu kekasihku, ngajar subjek geografi kemanusian tingkatan 6, gewe kelate, manis, member2 gossipkan aku dengan dia..jelous la tu sebab aku selalu dapat markah tinggi dalam subjek ni, lagi satu bila dengan aku dia susah nak marah, member2 lain emmmm panas telinga..hehe.

Cikgu Farid
merupakan cikgu (walaupun tak ngajar aku), kawan, mentor, bekas bos aku..sekarang adalah pengarah di lembaga muzium negeri pahang, banyak membantu aku semasa zaman awal di universiti, banyak mengajar tentang banyak perkara kehidupan dan banyak lagi...

Begitulah kisah beberapa guru pilihan aku. Yang lain tetap juga berjasa namun mereka inilah yang memberi kesan dan kenangan yang agak mendalam dalam mencorakkan aku, murid mereka. TERIMA KASIH CIKGU.

11 comments:

marmalade said...

hmmmm cikgu yang yati rasa betul2 berkesan pada yati setakat nih.... takde. boleh tak? i think my most effective teacher would be experiences. heheheh.

oh thanks eh, for your help =)

jay jamil said...

senang jer shuko ko nak menghargai jasa cikgu.

kawen la dengan cikgu. cikgu laki dah la kurang, cikgu perempuan plak takmo posting jauh-jauh.

hhehehehehe.

Encik Moshuchi said...

hayati - betul pengalaman adalah cikgu paling penting..tapi kadang2 cikgu pengalaman akan menyusul selepas kita belajar dengan cikgu yg nyata tu.

min - hehe..dulu ada sorang cikgu ni, cun gak arr..tau je aku ni PiTiDo, terus blah..aku pun blahh la. hang tak mau aku pun tak hingin...padan muka dia. muahahahaa...

Al Hadi said...

carik la cekgu.


cekgu bahasa Siam. untuk memudahkan trip kita ke Haatyai kelak. :P

Encik Moshuchi said...

Brokos, kat hatyai apa2 bahasa pun diterima..cakap je..kehkehkeh

Al Hadi said...

hehehhe... semua bahasa jadi universal ye?

IkraamSuarez said...

aku suker cikgu cina...huhu

Encik Moshuchi said...
This comment has been removed by the author.
Encik Moshuchi said...

cikgu cina pompuan kan? hehehe...

papaYA said...

Aku tak ingat dah name2 cikgu aku, bleh tak?? Memory aku kurang sihat sekrang ni, sume pun lupe..

Tapi aku paling ingat cikgu Kimia aku mase matriks yang akan denda student ketuk ketampi kat depan kuliah bile tak dapat jawab soalan kimia.. N sebab die gak Kimia matriks aku cemerlang..

Dah lame tak ketuk ketampi

Encik Moshuchi said...

papaya - kecik2 ketuk ketampi, besar2 tepuk lalat hehehe...ketuk ketampi tu supaya kimia2 dalam badan turun cepat ke bawah..kehkeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.