Dari sini, kelihatan sawah yang terbentang luas saujana mata memandang
Dari ruang pejabat ini, aku boleh menikmati pemandangan yang indah
kehijauan yang menghampar bumi menyegarkan mata kepala dan mata hati
lopak-lopak air bergenang melembapkan akar-akar halus padi
untuk terus membesar dewasa, bulat membunting dan menunduk berisi
sebelumnya, dataran ini kering kontang dan berdebu pahit
tatkala mentari rembang memancar, tiada yang sanggup merentasinya
sekalipun helang sawah apatah lagi pipit-pipit sebesar ibu jari
namun segalanya berubah apabila giliran musimnya tiba.
Kehidupan kita juga amat luas umpama hamparan sawah yang menghijau
kita sentiasa inginkan kesegaran dan kehijauan itu
dan kita segar kini, kita berkerjaya kini, kita berbangga kini
tapi pasti jejak laluan yang kita tinggalkan penuh berliku
kerana kita juga melalui saat-saat kering kontang dan berdebu pahit
saat yang menjadikan kita bukan siapa-siapa dan bukan apa-apa
namun kita berusaha, bersusah payah dan membanting keringat
untuk berada di mana kita bersila panggung sekarang
bersyukurlah.
Dari ruang pejabat ini, aku boleh menikmati pemandangan yang indah
tentang alam kurniaan Tuhan yang tidak pernah menipu
alam pemberi kedamaian yang sangat ikhlas.
4 comments:
Yup, berShukorlah dgn kurniaan tuhan.
ya harus..
walaupun tak semua yang kita nak akan kita dapat, tapi sedar atau tidak, kita telah dapat apa yg orang lain juga inginkan. kerana kita insan-insan terpilih, haruslah bersyukur.
cantik awan tu
awan saje...penjejak awan kot can watak dalam komik pedang setiawan hehe...
Post a Comment