Thursday, May 28, 2009

Kenangan Lalu

Kelmarin ketika aku mengemas bilik, kelihatan sesuatu yang cukup menyentuh hati dan perasaan. Aku terduduk. Sambil memegangnya, ingatan aku kembali kepada kenangan-kenangan lepas. Ternyata dia menjadi teman paling setia aku (kita semua) selama 6 bulan; pagi, petang, ke gunung, ke hutan, ke laut, ke pulau.

Selama 6 bulan tersebut, kita mengenali dunia walaupun sudah berpuluh tahun kita hidup, kita mengetahui arah tuju dan ke mana hala hidup kita, apa tanggungjawab dan bebanan digalas, kita mengenali kelebihan dan kekurangan diri sendiri, kita mencabar diri sendiri, ada kalanya kita kecewa dengan diri sendiri, kita memberi dan menerima, kita berpakat bermuafakat, kita menyokong dan disokong, kita terkongkong hingga berbohong.

Kita mengenali manusia yang menjadi kawan dan taulan, yang menjadi rapat dan akrab, yang menjadi jujur dan setia, gelak dan tangis bersama, kita bergelak ketawa kita bermuram kecewa, kita bergembira kita dicerca mencerca, kita ingin di depan kita dipijak jatuh ke belakang, kita ingin menjadi baik kita ditaik-taik, kita membina semangat kita menguatkan kudrat, bermacam-macam kelakuan dan ragam, kita menghormati dan dihormati, kita melawan dan ditawan.

Sehingga kini kita masih bersama, namun ada yang hilang entah ke mana, setiap dilakukan ada kebaikan, setiap arahan ada tujuan, setiap detik dan kenangan menjadikan kita dewasa, menjadikan kita matang dan tenang, membolehkan kita menilai dan menimbang, setiap jawapan dan keputusan..segala-galanya.



5 comments:

Al Hadi said...

Baju obs aku masih dlm plastik lagi hahhha

jay jamil said...

kenangan dpa aku ialah t-shirt-t-shirt modul yang ada dalam luggage bag.

frankie said...

sume baju dpa aku tak pakai dah kecuali baju askar sbb tampak cool :D

Encik Moshuchi said...

aku masih pakai baju batik, t-shirt askar n bomba yg merah tu n obs..yeahh nampak cool. yang dpa hitam tu, terlipat kemas je hehehe..

Khairul Amri Ishak said...

dpa itam sgt panas woo..
baju batik pun jarang aku pakai..kainnya iron byk mner pun mcm x iron gak nmpak..huhu...

baju2 modul lain mmg aku layan pakai..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.