Baru-baru ini aku ke Langkawi, bukan bercuti tapi atas urusan kerja/rasmi iaitu membuat lawatan (naziran) ke atas sasaran-sasaran penting Kerajaan. Turut sama ialah ahli-ahli dari beberapa jabatan penting lain yang juga menganggotai jawatankuasa naziran ini. Lawatan berkala ini dilakukan ke atas beberapa sasaran penting Kerajaan/aset bernilai Kerajaan. Tak perlulah cerita lanjut berkenaan semua tu kerana ia adalah rahsia Kerajaan hehe..padan muka.
Aku cuma nak cerita tentang betapa cantiknya Langkawi. Kata orang, boleh kerja sambil melancong. Tapi aku tak sempat buat kedua-dua tu, cukuplah utamakan hal kerja dahulu. Lagipun sorang-sorang taknak la aku melancong dalam kesangapan. Nanti-nanti boleh datang lagi. Brokos, lu nak ikut tak?
Dari atas menara radar yang mengawal keselamatan perairan utara
Pemandangan dari pulau/bukit menara radar, ketinggian kira-kira 1400m
Pemandangan dari pulau/bukit menara radar, ketinggian kira-kira 1400m
Tanjung Rhu, kawasan paling utara pulau Langkawi. Jika cuaca cerah, boleh nampak negara Thailand
Di sana aku lepak kat Hotel Langkawi Seaview. Tak sangka sesuatu terjadi di sana, aku digoda lagi. Nasib baik tiada perkara buruk menimpa aku sepanjang 3 hari 2 malam kat sana. Kisahnya, semasa nak check-in hotel. Masa tu semua hotel penuh sebab Langkawi jadi tuan rumah Sukan Badan Berkanun Malaysia. Hotel-hotel kecil besar semua penuh dengan 'atlit-atlit melancong' ni. Sambung balik cerita di lobi Langkawi Seaview. Aku nak check-in la, tapi kata minah receptionist tu untuk bilik katil queen dah habis cuma yang tinggal bilik yang ada dua katil single je. Dengan tiba-tiba datang sorang mamat ni pula ambil alih tugas. Si minah ke tepi buat kerja lain. Mamat ni lagaknya macam supervisor kot, uniform dia pun lain sikit.

Mamat tu (dirahsiakan namanya) : Ohh, sorang je ke? Nak yang katil queen eh?
Aku : Aa ahh..ye.
Mamat tu : Ohh boleh boleh, awak punya pasal saya bagi yang katil queen.
Aku : Ehh ada ke? Ha oklah. Berapa eh?
Mamat tu : Ada. Special untuk awak. RM160.
Aku : Kakitangan Kerajaan?
Mamat tu : Ohh..saya bagi awak RM120. Boleh tengok ID?
Ermm laju je dia menaip itu ini sambil melihat-lihat ID/pass kerja aku. Tersenyum-senyum memandang aku. Ahh..aku macam nak cancel je tapi..arrggghhh lantaklah.
Mamat tu : Ok, ni bilik 401. Saya bagi bilik yang paling cantik view dia untuk awak. Bilik saya pun di tingkat 4 juga tau.
Aku : (Ahh..apakah semua ini?) Ermm..ok. Thanks.
Mamat tu : Malam ni awak buat apa? Kalau nak pergi berjalan-jalan, pergi spa ke saya boleh bawa. Pergi pantai Chenang ke?
Aku : Malam ni saya ada meeting. Ok terima kasih ya.
Baru je baring-baring, telefon hotel berbunyi. "Awak, kalau free atau nak pergi jalan-jalan kasitau saya, saya boleh temankan. Nama saya ..., ini nombor telefon saya ..., ok". Aduhh, untuk kesekian kalinya (kali ketiga rasanya) aku telah digoda..oleh sang lelaki.
* Bilik 401 memang cantik, selesa dan view yang sangat menarik. Terima kasih kepada .... Fuhh.
9 comments:
HAHAHAHAHAAHHAHAHA! sinilah, kasi yati number phone dia. hahahahahahaha. best nih kacau tatkala bosan. tapi kalau tengok gambar abang yang second tuh, dengan dada macam tuh memang patutlah kena ngurat oleh sang lelaki. hahahahahahahahah
shuko : hmmm...biasa la kene kacau dgn lelaki bro...skali skala tukar flavor :D hahahahhaha!
mala : dgn dada camtu, pompuan pon bole cair..btol tak mala? ehehehe..
hayati - sudah sudah..kalau nak kenakan abg mmg no.1...mana gambar my duplicate yg kat Pattaya tu..tunjuk2..
frankie - tukar flavor? palahotak..(lu terpikat ngan gua tak bro?) hehehe...
ShukO, kan aku dah bagitau, kau ni menjadi igauan anak dara, mak janda, dan gay. Betul tak kata aku? hahahahha
Mala, rupanya u cair ngan dada Shuko ek?
Fariq, jom kita kacau Mala pasal ni :P
i tak kata apa-apa pun pasal i cair dengan dada hilmi ok? hadi mmg nak kena sulaaaa! hahahaha i geli laaaaaaaa
abang, mana ada yati kenakan abang. inilah kebenarannya! hahahah
PM - itulah pasal, apa yg dorang nampak kat aku ni..tak paham aku. Brokos, lu sama frankie jangan nak buat onar ok..
hayati - yelah yelahh...
woiit berdiri menyandar camtu pun seksi ke? lain la kalau bergunung kehkeh...gunung kat belakang tu cantik la...
dah brapa tahun aku tak jejak langkawi...bilakah ada masanya...
Mala - eleh, tak ngaku konon. nak aku buat entri pasal dada hilmi ke?
ShukO - nantikan entri dada itu!
ohh la la..
Post a Comment