Aku sebenarnya seorang kaki pancing (dahulunya) tapi sekarang aktiviti ni jarang-jarang dilakukan apatah lagi selepas aku menjual secekak batang-batang joran kesayangan aku kira-kira 8 tahun yang lalu. Cuti (hari Jumaat) baru-baru ni aku melakukan kembali aktiviti berhantu tu walaupun tidak seghairah dulu, apatah lagi setelah bersama dengan kawan-kawan yang juga hantu memancing.
Dari awal pagi kami menuju Tasik Pedu namun tidak lama di sana kerana port tak best selain sukar mencari lubuk sesuai. Akhirnya kami beralih arah menjadikan jelawat dan lampam di sebatang anak sungai di Padang Terap sebagai mangsa. Beberapa ekor lampam berjaya diratah menjelang tengahari, isi lampam yang manis dan segar menjadikan kami berdosa (terlepas solat Jumaat minggu ini-ampunkan kami Tuhan). Tebing sungai tetap menjadi sejadah Zohor dan Asar kami. Manakala jelawat masih berlagak di dalam sungai, tidak mengapa kali ini.
Aku akui agak kekok memancing di sungai kerana dulu aku lebih terdedah kepada pertarungan di laut. Selain bertarung dengan ikan yang lebih garang, ombak laut juga perlu dihadapi. Namun hari itu aku cukup rileks dan hari cuti tidaklah sia-sia.
3 comments:
aku tak bole memancing.
aku cepat bosan. dikhuatiri aku akan guna tuba atau bom untuk tangkap ikan.
nak tuba ka bom ka...lepas aku sudah mancing ok..ellehh ko 'pancing' lain tak bosan la...
pancing lain tu tak la sebosan pancing ikan hahahaha
Post a Comment