Tuesday, February 24, 2009

Perihal Bermula dan Berakhir

Setiap yang bermula pasti akan berakhir bergantung samada sekejap atau pun lama. Hidup di dunia ini, ada kelahiran dan pasti ada kematian. Begitu jugalah halnya tentang sebuah hubungan atau ikatan (perkahwinan atau hubungan kekasih), ia bermula dan apabila sampai suatu masa ia akan berakhir. Terpulanglah samada berakhir hidup (berpisah) atau berakhir mati.

Jika yang berakhir dengan kematian, ia merupakan hubungan yang dianggap berjaya dan merupakan memori sedih yang indah kerana hanya maut yang memisahkan. Tetapi jika berakhir tanpa kematian pula, tentulah merupakan memori sedih yang sedikit pedih (atau teramat pedih). Soalnya di sini, adakah kita mengakhirinya dengan cantik sebagaimana kita memulakannya?

Cantik di sini bermaksud perpisahan itu dilakukan dengan baik, tidak menyakitkan hati kedua-dua pihak, tidak meninggalkan perasaan benci sesama sendiri dan orang lain (yang rapat) di sekitarnya. Kebanyakkan hubungan bermula dengan gabungan hal-hal yang cantik dan indah, jadi apabila berpisah seharusnya juga biarlah cantik (walaupun sedikit kerana perpisahan amat menyakitkan).

Perpisahan bukanlah suatu kesalahan. Jika sudah tidak boleh bersama lagi setelah menilai kewajaran dan sebab-musababnya dengan rasional, itulah jalan yang terbaik. Sebagai seorang Muslim, sedarlah kita pada fitrah agama bahawa jodoh dan pertemuan itu ketentuan Tuhan, dan sebagai bangsa Melayu, kita ada nas-nas adat budaya yang cantik serta indah.

Bagi kaum lelaki, untuk menjadi lelaki yang baik (melakukan perkara yang cantik seperti di atas) bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi soalnya adakah lelaki berusaha ke arah itu; menjadi lelaki yang baik? Seharusnyalah berusaha menjadi lelaki yang baik.

Tetapi perpisahan boleh tercetus oleh lelaki mahupun perempuan. Yang penting lelaki dan perempuan harus menilai diri sendiri, mungkin ada kesilapan yang tidak disedari. Yang bermula pasti akan berakhir dan selepas berakhir pasti ada suatu permulaan semula.
* aku sendiri pernah merasai 'bermula' dan 'berakhir'...malah aku juga sentiasa berusaha untuk menjadi lelaki yang baik.

2 comments:

j.e.j.a.r.i. said...

Yang bermula pasti akan berakhir dan selepas berakhir pasti ada suatu permulaan semula..

btol btol btol!
tapi permulaan semula tu dibuat bukanlah rentetan kecewa, sedih atau sunyi. kerana keputusan untuk permulaan semula yang dibuat ketika kita dalam situasi sebegitu selalunya akan salah.

biar permulaan semula itu mencari arahnya sendiri...

Encik Moshuchi said...

btol btol btol...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.