Sunday, February 15, 2009

Laguku Untukmu

Inilah lagu untuk anda semua terutamanya pemimpin-pemimpin Melayu..daripada setinggi-tinggi PM sehinggalah peringkat paling bawah yang asyik berbalah sesama sendiri, orang-orang Melayu tak kiralah apa fahaman sekalipun dan anak-anak Melayu yang muda-mudi yang sentiasa hanyut.

Lagu ini tidaklah best mana pun dan tidak pula dinyanyikan oleh penyanyi tersohor tanah air; hanya dinyanyikan beramai-ramai di kem-kem motivasi/kursus peringkat sekolah yang bunyinya bermacam ragam dan nada. Namun yang pasti lagu ini boleh menegakkan bulu roma jika dinyanyikan dengan penuh semangat jatidiri dan keinsafan.

Sekitar tahun 1997, aku pernah menyanyikan lagu ini sambil menangis di tengah malam bersama puluhan rakan yang lain. Sedikit sebanyak peristiwa itu membentuk diri aku, bagaimana aku dan di mana aku sekarang. Jika tidak, aku sendiri tidak tahu. Elok jika lagu UMNO yang ada sekarang ditukarkan kepada lagu ini. Sama-samalah kita sedar dan hayatinya.


WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

3 comments:

Al Hadi said...

Lagu ni sgt nasionalis. Aku suka! Dan juga lagu "Menara Bangsa"

j.e.j.a.r.i. said...

kalau tak salah nyanyi lagu ni masa BTN dulu. dengan megahnya...!

Encik Moshuchi said...

pengejar masa - betul tu. Bro ada tak lirik lagu Menara Bangsa? Masukkan... Teringat kat BTN haha..best betul Penghulu masa tu kan..*cehh*

jejari - ya kita harus bermegah siapa kita tapi dalam masa sama kita perlulah sentiasa insaf dan mempertahankannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.