Thursday, December 06, 2012

Janggut Suami Suburkan Isteri


Kalau anda perempuan, apa pandangan anda; lelaki yang berjanggut lebih kacak (atau sekarang ni orang selalu sebut macho..apa-apalah) atau tidak? Terpulang kepada anda. Ada yang kata ya, tak kurang juga yang kata tidak. Penerimaan masing-masing. Aku pernah simpan janggut (pendek dan rapi) tetapi dilicinkan bahagian atas bibir (misai/kumis), isteri aku kata “okey, nampak lebih hensem”. Hehehe.

Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa Rasulullah SAW juga bergaya sebegitu iaitu berjanggut dan tidak bermisai atau bermisai nipis. Ini bertepatan dengan Sabda Rasulullah SAW antaranya;

”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat Muslim)

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Jelaslah bahawa hadith-hadith di atas bukan sahaja Rasulullah SAW menyuruh kita supaya berjanggut, tetapi menegah kita dari menyerupai orang-orang kafir iaitu mereka yang memelihara misai dan mencukur janggut.
Malah menurut Islam juga, menyimpan janggut (ada pendapat ahli agama mengatakan menyimpan segenggam janggut) merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Jika sunnah, tentulah mendapat pahala jika diikuti atau diamalkan. Sebenarnya, menyimpan janggut mempunyai fadhilatnya yang tersendiri. Ia bukan sunnah yang biasa-biasa sebaliknya mempunyai manfaat yang tersembunyi setelah diselidiki secara saintifik. 

Menurut Dr. Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan dan pendakwah, satu kajian telahpun dijalankan oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body (pernah disiarkan dalam rancangan National Geographic) dan kajian itu mendapati bahawa janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. 

Buktinya? Bagaimana caranya? Hanya melalui sentuhan saja. Dengan hanya membuat sentuhan-sentuhan ‘janggut’ ke tubuh isteri semasa bersama, ia mampu merangsang dan meningkatkan tahap kesuburan isteri. Ia mampu menstabilkan kitaran haid isteri selain menggalakkan pertumbuhan telur (ovum) wanita yang aktif dan banyak.

Oleh itu, ia sangat berguna bagi sesiapa yang menghadapi masalah kesuburan (belum mempunyai anak) atau yang mengalami jarang anak dan ingin mendapatkan anak lagi. Kalau yang suami tidak menyimpan janggut, isteri bolehlah minta suami simpan janggut dan belailah selalu janggut suami tu. Tapi kalau suami jenis yang tak berjanggut (ada juga lelaki yang sukar tumbuh janggut atau janggut nipis), janganlah pula memaksa suami membuat itu dan ini agar janggut suami tumbuh atau panjang. Janggut bukanlah segala-galanya.

Hari ini ramai lelaki yang berjanggut dan ramai juga yang tidak. Berjanggut kerana apa? Jika kerana mengikut fesyen, baik tak payahlah. Atau membiarkan janggut penuh di dagu kerana malas nak menguruskannya, itu lagi sedih. Jika menyimpan janggut kerana niat mengikut sunnah Rasullullh SAW, nescaya akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Sebab itu ada juga lelaki yang jenis tak subur janggut, tetapi tetap ingin menyimpan walaupun janggut boleh dibilang sehelai-sehelai, kerana nak ikut sunnah Rasulullah SAW.
Menurut Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, Profesor Toksikologi dari Universiti California pula, menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan hormon testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi, menyimpan janggut dan jambang akan menyebabkan kandungan testosteron akan bertambah. Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram dan mendapati testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang.



Walaupun begitu, ini tidaklah bermakna..diulangi ya, ini tidaklah bermakna lelaki yang tidak berjanggut itu; tidak kacak dan menawan, tidak subur dan gagah, tidak hebat hormon testosteronnya, tidak dapat menyuburkan isterinya, tidak mendapat zuriat atau ramai anak, tidak hebat ketika bersama isterinya atau pun lelaki yang tidak berjanggut ini telah menyerupai orang musyrikin/kafir, orang Majusi/Yahudi atau orang yang telah mengingkari suruhan Rasulullah SAW.

Begitu juga halnya, janggut si suami bukanlah penentu mutlak untuk menyuburkan si isteri. Ini mungkin salah satu kekuasaan Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

Moshuchi Kata : bagaimana dengan bulu dada, mungkin boleh buat kajian lepas ni…lagi power tu hehehe…

1 comment:

Akmar AT said...

Salam Kenal..

Artikel yang menarik. Kebaikan janggut suami ni.

Hahaha kelakar part akhir tu.

DONE FOLLOW!


Take Care Bro!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.