Showing posts with label Bukan Isu Penting. Show all posts
Showing posts with label Bukan Isu Penting. Show all posts

Wednesday, November 02, 2011

Oktober Yang Kosong

bulan oktober langsung takde entri huhuhuhu...kosong.
bukan takde cerita atau peristiwa, tapi tak berkesempatan.
sibukkah sangat?
yaaa...(macamlah dia tu PM)
sori oktober...ko takde dalam list kat sebelah tu huhuhu.

Moshuchi Kata : tak tau nak kata apa...

Thursday, July 22, 2010

Musim Baru

Musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) 2010/2011 akan bermula tak lama lagi. Nampaknya pasukan kegemaran aku dah bertukar penaja untuk musim baru nanti. Harapnya saingan musim baru nanti lebih sengit dengan kehadiran pemain-pemain baru dalam pasukan dan piala kejuaraan kembali ke Old Trafford semula.

Moshuchi Kata : Nak pi Padang Besar beli jersi ni hehehe...

Wednesday, June 16, 2010

Wanita Dan Bolasepak

Wanita dan bolasepak. Apabila ada kejohanan besar seperti Piala Dunia, selain kerancakan permainan di padang, gelagat-gelagat penyokong/peminat wanita juga mencuri tumpuan.

Persoalannya...

Adakah kerana wanita meminati bolasepak atau gilakan bola seperti gilanya lelaki?

Adakah kerana wanita ingin mencuri perhatian lelaki atau media di stadium serta dalam
keramaian para penyokong?

Adakah kerana wanita ingin menjadi sebahagian daripada sukan yang paling popular di dunia?

Adakah kerana wanita tertarik kepada para pemain bolasepak yang kacak, tegap dan macho?

Adakah kerana wanita....(entahlah, tak tahu apa lagi).

Brazil...

Perancis...

Jerman...

Itali...

Korea Utara...

Yang jelas, tak semua pemain bolasepak kacak, tegap dan macho mahupun seksi..dan pakaian/jersi pemain bolasepak juga tidak seksi.

Yang jelas, kebanyakkan wanita adalah kaki bangku..oppss

Kenapa permainan bola jaring tak ramai lelaki yang tengok walaupun pemain-pemainnya berpakaian seksi dan mungkin cantik-cantik?

tak ketinggalan Iran (walaupun edisi kali ini Iran tak layak).

Moshuchi Kata : Bila lelaki dan wanita bermain bola, memang best...

Demam Piala Dunia

Demam bolasepak piala dunia kembali lagi. Perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan pun belum selesai sepenuhnya lagi, menyaksikan ada pasukan yang menepati ramalan menang dan ada juga yang tersasar dari harapan peminat-peminat. Namun setakat ke hari ini, hari keenam kejohanan, perlawanan masih biasa-biasa. Mungkin belum memasuki pusingan kedua 16 pasukan, jadi bahang perlawanan masih belum terasa dan demamnya pun masih belum panas. Namun mata-mata membengkak, zombie dan manusia-manusia lalok sudah ramai di mana-mana; di pejabat, di sekolah, di dewan kuliah dan sebagainya. Aku tidak terkecuali hehehe.

Kali pertama aku mengikuti kejohanan piala dunia ialah semasa edisi 1994 yang diadakan di Amerika Syarikat. Waktu itu aku berusia 14 tahun. Kejohanan itu menyaksikan Brazil juara; adanya Dunga (jurulatih Brazil sekarang), Romario, Bebeto 'dodoi anak' dan Ronaldo masih remaja dan memanaskan bangku simpanan. Sejak itu aku mengikuti piala dunia setiap empat tahun sehinggalah kini. Cuma untuk menyaksikan secara 'live' tu entah tahun bila, cuma boleh berangan-angan sajalah dulu. Begitulah, lelaki dan bolasepak memang 'cinta gila'.

Pasukan pilihan aku edisi kali ini tidak jelas sebenarnya, namun aku menyokong semua pasukan Asia; Korea Selatan, Korea Utara, Jepun dan Australia. Masing-masing telah menunjukkan kehebatan kecuali 'Kangaroo' saja yang diratah-ratah. Untuk sebulan ini, setiap hari akan ada perlawanan dan setiap hari juga aku akan cuba menontonnya, beramai-ramai di kedai mamak atau pun sorang-sorang di rumah. Layan saja.

Moshuchi Kata : Ramal Brazil juara edisi 2010 ni (walaupun bukan peminat Brazil).

Monday, May 31, 2010

Satu-Satunya Catatan Mei

Lama betul aku tak menulis kat blog ni. Sejak pertengahan April dulu sehinggalah ke hari terakhir dalam bulan Mei ni. Jadi agar Mei tidak merajuk, terpaksalah aku tulis walau satu entri hehehe. Sebenarnya banyak cerita nak tulis, tapi begitulah adanya..orang bertangguh selalu tertinggal. Tapi aku taklah tertinggal apa-apa pun, cumanya tiada sebarang tulisan/kisah untuk menjadi bacaan/tatapan orang lain saja.

Ringkasnya, sepanjang bulan Mei kehidupan aku seperti biasa juga; bekerja di ofis atau kadangkala di kawasan tanggungjawab..kepala pening adalah perkara biasa, menghadiri kursus berkaitan bidang kerja..ermm dah lebih pun tujuh hari hehehe, berjumpa teman-teman seangkatan/lama apabila berpeluang dan tentunya tak lupa bertemu kekasih hati apabila berkesempatan. Asam garam kehidupan dan suka duka tu tetap ada, biasalah nama pun kehidupan kan.

Yang dah berlalu tetap berlalu dan biarkan ia berlalu. Biarkan Mei berlalu. Jun pula akan menjelma dan yang lain-lain akan menanti giliran. Tak sabar untuk Jun.

Moshuchi Kata : Sempena hari lahir aku, aku bagi cuti kepada seluruh negara hehehe..Ampun Tuanku.

Tuesday, February 02, 2010

Dada Atau Paha

Mana yang disukai, dada atau paha? Aku suka kedua-duanya. Dulu aku sangat sukakan paha. Semasa kecil dahulu, kalau dah dapat paha yang lain aku dah tak mahu dah. Cukuplah dengan paha itu.

Bila meningkat dewasa, aku mula sukakan dada pula. Setiap masa aku nak dada. Teringat sewaktu di kolej di universiti, kakak-kakak dan makcik-makcik pekerja asrama dah faham tentang kegemaran aku, dada. Mereka juga sentiasa menyediakan dada kepada aku.

Sehingga sekarang, aku masih sukakan dada berbanding paha. Walaupun kedua-duanya mempunyai isi yang pejal dan lembut. Bagi aku dada sungguh menyelerakan dan penuh nikmat apabila menikmatinya.


Moshuchi Kata : Cenonot (bontot) ayam juga sedap hehehe...

Monday, January 25, 2010

Bergambar vs Tidak Bergambar

1. Ini sebuah entri keboringan. Ntah apa-apa.

2. Ini perihal blog. Lebih lanjut lagi perihal entri. Ada orang suka meletakkan gambar di setiap entri yang mana gambar tersebut ada kaitan secara langsung dengan isi perut entri dan gambar tadi adalah hak sendiri. Jika tidak pun, gambar-gambar yang berkait dengan entri akan diperolehi dari sumber-sumber yang lain sebagai sisipan hiasan. Manakala ada pula yang entrinya hanya penceritaan (tulisan) semata-mata tanpa adanya sisipan gambar-gambar sebagai hiasan. Itu hak masing-masing. Terpulang.

3. Aku pernah disapa oleh seorang teman yang menyatakan bahawa blog aku dalam setiap entrinya mesti ada gambar, kebanyakkannya ada gambar. Ya betul, boleh dikatakan 95% entri dalam blog aku ada sisipan gambar berkaitan sebagai hiasan. Aku memang suka begitu. Pada aku, jika entri tiada gambar umpama makan nasi tiada ulam dan sambal belacan, umpama bunga tidak berbau, umpama burung tidak bersayap, umpama berseluar tidak berbaju dan macam-macam lagilah. Lagipun pada aku, jika ada gambar nampak lebih meriah.

4. Tapi ada juga yang tidak berminat begitu. Blognya hanya dipenuhi dengan tulisan dan tulisan di segenap ruang. Itu pilihannya, haknya. Mungkin dia tidak suka makan ulam-ulaman atau sambal belacan hehehe. Tak ada salahnya. Jika kita membaca sebuah buku ilmiah atau novel pun kebanyakkannya tidak bergambar, hanya tulisan helaian demi helaian. Tapi kita tetap boleh membaca dan menghabiskan isi ilmu di dalamnya juga.

5. Aku memang suka 'ulam-ulaman dan sambal belacan'. Kebanyakkan rakan-rakan blog yang lain nampaknya pun begitu. Ya, blog pun kelihatannya lebih meriah dan ceria begitu. Bagi yang tak berapa suka letak gambar, tak ada salahnya. Cuma bila membaca rasa 'mendatar'. Jika entri tu isi perutnya panjang lebar, akan mengundang rasa bosan sedikit di situ. Sikit sajalah. Membaca sambil menikmati imej yang berkaitan, itu lebih menarik.

Moshuchi Kata : Entri ni sendiri pun takde gambar hiasan hehehehe...bosan

Wednesday, November 25, 2009

Perasaan...

Selepas seminggu berpening kepala dengan kursus berkaitan keganasan, pengurusan krisis dan ketenteraman awam kat Air Keroh, aku tak terus balik ke Kedah kerana emak dan ayah akan sampai dari Pahang untuk menghadiri upacara tamat latihan Harry kat Sungai Besi. Cerita pasal Harry akan aku tulis di lain entri sebab gambar-gambar berkaitannya belum dapat lagi (Cik Gobu tentu tengah menilai satu persatu agaknya...).

Ahad malam, aku meninggalkan Kuala Lumpur untuk pulang ke Alor Setar. Kekasih hati juga ditinggalkan buat sementara waktu. Pertemuan kali ini menciptakan beberapa episod menarik yang hanya kami berdua saja yang tahu hehe..jangan marah. Cukup manis.

Isnin pagi, masuk je ofis..fuhhh bertimbun kerja yang tak nampak timbunnya. Masa banjir sibuk dengan Bilik Gerakan Negeri, selepas banjir sibuk pula nak bagi bantuan kepada rakyat. Yang ni yang kadang-kadang buat poning kepala. Apapun, Rakyat Didahulukan... Takpe, sabar pakcik, makcik, abang kakak, bantuan tetap ada..semua dapat ya. Apapun semuanya hanya cabaran dalam kerja. Berkhidmat Untuk Negara..juga untuk rakyat.

Lepas tu ada Menteri pulak yang nak 'turun'..Datuk itu Dato' ini dan macam-macam lagi. Namun semuanya berjalan lancar, semuanya dalam 'suasana bencana'. Walaupun letih juga dibuatnya, tapi hati tetap puas. Namun kerja masih banyak. Untuk esok masih ada..juga lusa, tulat, kulat, mulat... Hal kerja sampai mati pun tak habis. Kerja kerana Allah, insyaAllah semuanya baik-baik saja nanti.

Dan kerana itu juga aku berkorban. Aidiladha disambut di sini, di Alor Setar. Cuti tidak disentuh. Cukup harinya, masuk kerja seperti biasa. Tak mengapalah. Tangan mak dan ayah telahpun aku sembah kucup. Mungkin juga tidak terasa kesyahduannya kerana pertama; Aidiladha tidak semeriah Aidilfitri, keduanya hati turut berbunga sebab dapat beraya dengan kekasih hati di sini. Malam ni dia bertolak balik. Semoga selamat sampai.

Perasaan aku ketika ini? Apa yang aku rasa...letih, pening kepala, syahdu. Dalam masa yang sama juga lega..dan gembira. Hidup kenalah gembira kan..carilah kegembiraan.

Wednesday, November 18, 2009

Diulik Puteri

Sekarang ni, hujan renyai-renyai di luar. Aku di bilik PM. Acer nya jugalah aku rampas dan tekan-tekankan untuk siapkan entri ni. Kami diulik puteri di sini. Oh bestnya. Masih tinggal dua hari untuk selesaikan kursus penting ni. Sabar sajalah. Demi masa depan dan keselamatan negara. Uppsss...abaikan.

Aku di Puteri Resort, Air Keroh Melaka kerana menghadiri satu kursus penting. Keadaan banjir di Kedah yang masih belum pulih-pulih juga merisaukan aku. Di sana tanggungjawab di sini juga tanggungjawab. Jadi, sepanjang berada di sini, entri-entri baru mungkin terlewat untuk keluar. Nanti PM kejar aku pulak sebab asyik membelai-belai Acer dia.

Habis kursus ni aku akan ke Sungai Besi pulak untuk melihat gagahnya Kapten Harry berjalan sambil memberi hormat. Mak ayah dan sedikit keluarga dari bumi Pahang juga akan sampai nanti untuk upacara tersebut. Mesti gugup 'tak sangga' ayah bila duduk semeja dengan Panglima Tentera Darat nanti. Aku tak tahu. Semuanya Kapten Harry yang punya pasal.

Tapi seronoknya juga bila dapat bersama dengan si dia, puteri hati. Dalam kesibukan masing-masing, masa yang terluang haruslah diisi sepenuhnya. Untuk entri seterusnya, jumpa lagi di Alor Setar nanti.

Sunday, October 11, 2009

Cukuplah Sekali Potong

Walau apapun pertikaian atau perselisihan yang berlaku, janganlah sampai terjadi semacam ini ya. Hisshh ngilu rasanya hehe. Bukan tidak ada kes si isteri berlagak nak jadi Tok Mudim kali kedua untuk si suami. Janganlah sampai ke tahap tu.

Ada kes yang potong masa si suami tengah tidur..sedar-sedar dah hilang burung huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.