Tuesday, December 14, 2010

Janganlah Jahat Sangat


sebenarnya gambar ni dah lama aku 'tangkap' kira-kira dua bulan lepas. pastu nak la tulis (maki) dalam blog tapi tak termaki-maki..tak sempat. akhirnya terbiar sekian lama. bahkan sekarang ni rasa bengang dalam hati aku pun dah lama hilang dah. tapi saja nak juga kongsi-kongsi bersama.

tengoklah tu, parking kereta macam tu je. dah la kawasan tu kawasan tumpuan dan nak dapat parking memang azab. bila dah dapat lot kosong, parking pulak macam tu. memang panas hati dibuatnya kan. dah rugi satu lot kosong. ada juga manusia yang jahat macam ni kan. takkan la dia tak tahu, tak perasan atau tak sedar apa yang dia dah buat? mungkin dia tahu, tapi.."ahh lantaklah". tapi dia jahat.

moshuchi kata : suka parking masuk 'bontot' dulu hehehe...

Monday, December 13, 2010

Dah Disember...

sedar tak sedar dah bulan disember kan. dah pertengahan bulan pun. lepas tu habislah bulan disember..habislah tahun 2010 dan muncul pulak januari 2011. haihh sungguh cepat masa berlalu.

saki-baki hari-hari yang masih tertinggal ni, banyak sangat perkara dan hal yang perlu diselesaikan. biasalah akhir tahun kan, semua sibuk sebab nak tutup buku/akaun 2010. pastu ditambah pulak perkara/hal lain yang turut sama 'memeriahkan' disember ni. kadangkala tak menang tangan dan boleh terlentang dibuatnya.

moshuchi kata : rindu main papan luncur ombak di kampung bila disember...


Monday, November 29, 2010

Hujan November (November Rain)

teringat lagu hits dan antara lagu paling panjang oleh kumpulan rock gun&roses, november rain. aku memang suka lagu tu; senikatanya, melodinya malah juga muziknya. masakan tidak kalau slash yang 'menggorengnya'.

november ni memang selalu hujan. hujan hingga menyebabkan negeri perlis dan kedah utara 'tenggelam' oleh air hujan..banjir besar dan dianggap paling teruk berbanding banjir besar 2005. aku berpeluang merasai sendiri pengalaman berada dalam suasana banjir besar begini. walaupun kebanyakkan masa bertugas di bilik gerakan yang tak mungkin dipanjat oleh air banjir, tetapi bila turun ke lapangan, masyaAllah kuasa Tuhan..daratan sekejap saja menjadi lautan.

di penghujung-penghujung november ni, hujan masih lagi galak turun sekali-sekala di sini (alor setar). malah di tempat-tempat lain juga termasuk kuala lumpur dan selangor turut bermandikan hujan siang dan malah. kelantan dan terengganu tak payah cakaplah, memang musimnya (tengkujuh) pun waktu ini..juga di pahang sedikit-sedikit sebagai permulaan tengkujuh.

nampaknya di akhir-akhir tahun ini, kerja semakin bertambah-tambah melimpah-ruah dan kadangkala tak menang tangan dibuatnya. ini bukan soal nak selesaikan apa yang belum selesai sepanjang tahun di akhir tahun, tapi ini adalah tambahan-tambahan kepada yang dah sedia ada. malah sampai ke awal tahun depan pun mungkin masih menguruskan hal yang sama..selesaikannya.

apapun, itulah kerja dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik mungkin walaupun kadang-kadang demam dibuatnya atau terasa nak lari ke hutan atau bukit, berkhalwat untuk mencari ketenangan.

yang pasti, hujan tidak hanya turun pada bulan november saja. disember, januari malah sehingga februari atau mac nanti pun ia pasti akan turun. terpulang kepada kita untuk mentafsirkannya samada turun sebagai bencana atau sebagai rahmat.

moshuchi kata : dulu-dulu bila hujan turun malam, makin syoknya tidur. tapi kini bila hujan turun malam, nikmat tersebut terbuang jauh malah langsung tak boleh tidur...

Saturday, November 13, 2010

Kuasa Air

Air. Satu elemen kehidupan yang sangat penting. Malah permulaan terciptanya seorang manusia itu juga adalah dari air. Begitu berkuasanya air.

Air. Boleh memberi kehidupan kepada hidupan terutamanya manusia. Manusia perlu minum air untuk terus hidup. Tapi manusia juga lari menyelamatkan diri kerana takut dengan air.

Air datang dengan senyap, perlahan dan nyaman. Turun sebagai hujan renyai-renyai sungguh nyaman. Mengalir ke kawasan rendah perlahan-lahan hingga akhirnya sebuah bandaraya seperti lautan merah jadinya.

Air juga boleh membuatkan manusia saling tuduh-menuduh dan bergaduh. Siapa betul dan siapa cuba memperbetul air tak peduli. Air hanya datang dari ulu sebagai dugaan dan cabaran kepada manusia yang akhirnya mengalir perlahan menuju lautan.

Air hanya menumpang lalu, menjeling sambil tersenyum kepada manusia-manusia yang sombong, bongkak, besar kepala, dengki dan iri hati, tidak bermuafakat, pentingkan diri sendiri dan bermacam-macam lagi.

Air tidak pernah kisah jika kedatangannya tidak diambil iktibar kerna mungkin tahun depan air akan kembali untuk menumpang lalu. Menumpang lalu smabil melihat-lihat keadaan bumi yang tidak diurus dengan berhemah.

Air sangat berkuasa. Air boleh menimbulkan almarah kepada orang besar-besar yang manusia lain sendiri takut untuk bersuara. Air tidak berkata-kata tetapi hanya menumpang lalu untuk menuju muara saja.

Apa sekalipun, air tetap tidak pernah menzalimi manusia sepertimana manusia menzalimi air. Air memberi semula kehidupan kepada manusia. Kita patut berasa malu.

Moshuchi Kata : hargailah air...

Ragam Banjir 3

Sepanjang hampir 8 hari banjir melanda bahagian utara Negeri Kedah dan sepanjang 12 hari Bilik Gerakan Banjir Negeri ini beroperasi, "pejabatku adalah rumahku". Tidak pernah aku tidur di pejabat selama ini (lebih seminggu). Di awal-awal banjir disebabkan kebanyakan jalan terputus hubungan/tenggelam, dan di penghujung banjir ini disebabkan kesibukan yang amat sangat; laporan, lawatan kenamaan negara, atur gerak pasukan penyelamat dan sebagainya.

Selama itu juga, hanya sekali aku berkesempatan pulang ke rumah sewa aku, melihat keadaannya. Aku sangka semuanya baik saja kerana rumah itu agak tinggi kedudukannya. Namun setelah melangkah masuk, tapak kaki mula memijak air-air yang bersembunyi di bawah karpet. Aduhh.. Sementara itu tilam, bantal yang terhampar di depan tv baunya seperti ketiak orang 3 hari tak mandi..masheemmm. Segala barang dan buku-buku yang berada di lantai telah kembang punggungnya.

Nampaknya air berjaya juga memanjat ke rumah itu, tapi tidak banyak yang masuk. Melihatkan keadaannya mungkin hanya setengah inci atau suku inci, sekadar bersantai di lantai rumah. Apapun aku kena tumpukan satu hari suntuk untuk buat kerja-kerja pembersihan. Banyaklah beg plastik hitam akan digunakan. Bukan hanya disebabkan banjir, tetapi rumah itu memang aku perlu kemaskan untuk diserahkan semula kepada tuannya setelah tempoh sewa akan tamat penghujung November ini.

Moshuchi Kata : aku juga mangsa banjir...

Thursday, November 11, 2010

Ragam Banjir 2

bencana banjir semakin pulih.
air telah kering di jalanan menuju laut.
selut tanah mula disepak terajang keluar rumah.
tapi sampah-sarap masih tidur lena di jalanan.

mual tekak.

bila bencana segala bantuan datang.
dari kiri dan kanan depan dan belakang.
tangan kanan memberi tangan kiri melambai-lambai.
semua nak cari publisiti.

geleng kepala.

bantuan selepas bencana paling popular.
poli-tikus poli-tikus melompat-lompat.
...................................

arrgghh aku nak lari.

moshuchi kata : *diam*

Sunday, November 07, 2010

Ragam Banjir 1

situasi 1.

jom pindah, rumah dah nak tenggelam tu..kami tolong bawa ke pusat pemindahan.

takpa takpa, kami tak mau pi pusat pemindahan..kami nak pi sewa hotel.

terpulang (hangpa orang kaya..)

di hotel, air takdak sebab bekalan air telah dipotong terutamanya apabila banjir besar berlaku.

wehh tolong mai selamatkan kami, kami tunggu di hotel ni.

ermm oke (tak malu).


situasi 2.

kami perlukan makanan, kami lapar..

okeh kami hantar segera..minta bersabar.

apabila bekalan makanan (mihun goreng) sampai...

aiih..takkan la D*52 nak makan makanan macam ni kot?

ermmm..(kelu).

moshuchi kata : ntah, taktau nak kata apa.

Thursday, November 04, 2010

Banjir Datang Lagi

banjir datang lagi. kali ini agak besar dari tahun sebelumnya. hujan renyai2 hanya dua hari tetapi sekarang telah mengairi hampir keseluruhan bandaraya alor setar. dua hari sebelumnya aku sendiri terperangkap di rumah mertua, air naik separas pinggang.

keesokkannya aku terpaksa redah banjir untuk datang bertugas di bilik gerakan bencana negeri di ofis aku. bila dah berada di bilik gerakan, situasi mata lebam dan kepala tingtong adalah biasa. apapun semuanya demi tugas dan tanggungjawab. apatah lagi bila berlakunya banjir yang agak teruk dan besar seperti ini.

nak sambung bertugas.

moshuchi kata : sayu & letih...

Saturday, October 30, 2010

Baki Oktober

sedih kalau sepanjang oktober ni langsung takde entri. ni la satu-satunya entri untukmu oktober.

agak lama aku tak menulis. agak sibuk. sibuk pasal hal2 kawin satu hal la..selebihnya hal2 keja yang macam bertimpa-timpa plak datangnya.

2 oktober majlis/kenduri sambut menantu di kampung aku di rompin. tak sempat nak upload gambar kat sini sekarang. tapi korang pi la tengok kat facebook aku tu, banyak gambar kahwin aku yang diupload.

jangan ada yang kata kat aku plak "syok kawin sampai lupa segala.." hehehe..kawin memang la syok tapi banyak lagi hal lain dalam kehidupan kita ni kan..

tahniah juga kepada kawan2; mastura yang kawin sama hari ngan aku 2/10 di jb..pastu di ipoh 9/10 aku pegi tapi tak jumpa tempat kenduri...hadoiii kira 'ukur jalan' je aku hari tu ke ipoh. lastly kami (ngan isteri/pae) ambik keputusan naik cameroon higlands..tido semalam hehehe.

tapi hati ada 'tak syiokk' sikit la sebab plan asal tu nak pi sepang tengok orang 'merempit motor besar' hari tu..tapi takpelah tahun depan ada lagi.

tahniah juga kat ara yang jugak dah kawin...yang tak sabar2 nak 'beranak' hehehe.

buat hadi n fariq..aku dah agak dah. hari tu atau lebih tepat lagi malam tu taknak aku 'entertain'..rupanya ke 'seberang' ye korang hehehe. betullah sebelah sana tu macam2 ada..yang penting kena iman tebal je..selain poket tebal hehehe. terima kasih datang kenduri aku jauh2...

antara lain oktober ni aku sibuk sangat sebab nak jayakan eksesais kemalangan keretapi. dulu aku pernah buat dah masa keja kat perlis..tapi yang ni lagi grand, keretapi bertembung dengan trailer yang bawa ammonia. siap guna khidmat pasukan hazmat lagi..teringat masa modul bomba dulu. poco2 pakai baju hazmat hehehe...

tu yang sibuk sangat. tapi alhamdulillah semuanya dah selesai. eksesais tu pada 28/10 dan semalam keluar dalam paper utusan malaysia hehehe... boleh la aku tarik nafas sikit sebelum sesi post-mortem diadakan dua minggu dari sekarang.

masa tu nanti boleh la nak tengok kawan tu terkam kawan ni..kawan ni hentak kawan tu..saling membela diri dan menyalahkan orang lain..mungkin ada sesi hentak/tumbuk meja hehehe..kita tunggu je lah.

sebenarnya...aku rindukan kawan2...korang semua. saat manis suka duka..kita pernah lalui bersama. sedih, menangis, gelak tawa, mengelat..semuanya real bukan dibuat2 hehehe. itu semua kenangan...kalau kita tak ungkit dan cerita/kenang balik..ia akan hilang begitu saja..suatu kerugian.

aku juga rindukan bini aku..sangat2 :)

moshuchi kata : kehidupan tak pernah berubah, tapi hidup mesti berubah...

Tuesday, September 28, 2010

Hari Besar - Perkahwinan Aku


Hari perkahwinan / kenduri / persandingan aku dan isteri tercinta, Noor Faizah Mansor pada 18 September 2010 / Sabtu lepas. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Puas juga nak pilih baju kahwin, banyak yang tak sesuai..maklumlah kan hehehe. Aku je bukan dia. Dia pakai je baju / warna apa pun, semuanya masuk dan cantik. Aku ni je hehehe. Tapi maroon pun cantik jugak kan? Hehehe..kira 'masuk' la tu.

Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat kami berdua. Amin.

Moshuchi Kata : di Rompin plak lepas ni...

Tuesday, September 21, 2010

Hari Besar - Pernikahan Aku

Hari Pernikahan. 16 September 2010 adalah tarikh untuk dikenang dan diingati selalu. Hari Malaysia juga adalah pada tarikh yang sama. Jadi setiap kali nak raikan ulangtahun pernikahan nanti, ia juga adalah hari cuti umum hehehe.

Jam 11.00 pagi bertempat di Masjid Malau, Mukim Malau, jitra, Kedah.








Moshuchi Kata : Akhirnya...:)

Thursday, September 16, 2010

Aku Telah Bergelar Suami

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Esa.

Pagi tadi jam 11.oo, dengan sekali lafaz kami telah sah bergelar suami isteri. Dia menjadi isteriku dan aku adalah suaminya.

Semoga ikatan suci ini akan bertali hingga ke hujung nyawa bersulam bahagia yang berpanjangan. Amin.

Moshuchi Kata : .....................

Tuesday, September 14, 2010

Menjelang Hari Besar

Menjelang hari besar aku. Kahwin pun hari besar jugak kan selain hari lahir. Hari lahir kita tak tau apa-apa sebab masih merah. Tapi hari kahwin kira hari besar yang sebenar la..sebab kita dah besar hahaha..sebab tu boleh kahwin. Hari kematian juga hari besar kita, tapi waktu itu kita dah tak bernyawa lagi.

Lusa adalah majlis akad nikah. Harap semuanya berjalan lancar. Harap aku tenang dan rasa gemuruh tidak datang membuta tuli. Rasa gemuruh perlu juga tapi sikit-sikit takpelah. Baru ada feel nak bernikah, kan?

Untuk majlis akad nikah dan juga hari perkahwinan, segala-galanya telah selesai/disiapkan; wang hantaran, mas kahwin, cincin, hantaran kahwin dan lain-lain. Cumanya sireh junjung saja aku belum buat. Sehari sebelum nanti aku buatlah, sekejap je tu hehehe.

Cumanya huhuhu...'cuti kahwin' je yang takde. Sehari selepas majlis perkahwinan aku dah masuk kerja. Sebabnya aku kena tanggung kerja senior officer yang cuti bersalin. Ermmm..takpelah nak buat macam mana. Selepas majlis sambut menantu awal oktober nanti baru boleh cuti lama sikit.

Perasaan nak nikah & kahwin? Tentulah seronok tapi dalam masa yang sama seribu rasa lagi turut wujud dalam diri. Biasalah kan, kerana selepas ini semuanya akan berubah. Seperti sebuah lagu tu "Dulu Lain Sekarang Lain" hehehe.

Moshuchi Kata : "Aku terima nikahnya....hehehe"

Monday, September 06, 2010

Walimatul Urus

Dengan berbesar hati saya ingin mengundang/menjemput semua rakan sesawang hadir ke majlis perkahwinan saya. Semoga kehadiran kalian akan menyerikan lagi majlis tersebut.

18 September 2010 / 9 Syawal 1431
Lorong Melati, Kampung Biak
Mukim Malau
06000 Jitra, Kedah

02 Oktober 2010 / 23 yawal 1431
No. 13 Batu 4, Jalan Pantai Laut 4
Kampung Jawa
26820 Kuala Rompin, Pahang

Moshuchi Kata : Berdebar-debar la plakk...

Thursday, September 02, 2010

Pertunangan Shukor & Faizah

Sedar tak sedar sebenarnya dalam tempoh ini, aku adalah tunangan orang yang juga berdarah manis (kata orang tua-tua). 5 Jun 2010 adalah tarikhnya. Juga merupakan tarikh lahir aku (cuti umum juga - birthday YDPAgong hehehe).

Majlis (status) ini memang agak sedikit tertutup. Hanya sebilangan rakan sahaja yang mengetahui mengenainya. Sengaja tidak diumumkan, kerana hari perkahwinan akan tiba juga nanti.

Kami bertunang tidak lama, hanya 3 bulan saja. Bagi aku itulah tempoh terbaik, buat apa nak lama-lama. Perkahwinan mulanya dicadangkan pada 25 September 2010 iaitu pada hari lahir si dia, tetapi atas sebab-sebab tertentu dipilih 18 September 2010. Terima kasih untuk itu sayang.

Menariknya, hantaran-hantaran pertunangan kami berdua yang buat sendiri. Termasuk juga pelamin mini untuk pertunangan. Terima kasih kepada Ara kerana 'memberi' ilham/idea untuk aku menyiapkan pelamin tersebut. Ermm boleh tahan, lepas ni boleh buka kedai/butik pengantin hahaha. Terima kasih juga kepada Fio di atas ketikan-ketikan foto semasa majlis.

Moshuchi Kata : Akan bermulalah fasa baru kehidupan...

September Yang Dinanti-nantikan

September 2010. September tahun ini sangat istimewa.

Di bulan kesembilan Masihi ini kita akan menyambut Aidilfitri pada 10 & 11 haribulan. Di bulan ini juga kita akan menyambut Hari Malaysia.

Bagi aku, September ini adalah bulan yang dinanti-nantikan penuh debaran. Aku akan melangsungkan pernikahan & perkahwinan pada bulan ini. Istimewanya juga, hari ulangtahun kelahiran tunang aku juga pada bulan ini iaitu pada 25 haribulan.

InsyaAllah jika tiada aral, majlis pernikahan akan dilangsungkan pada Hari Malaysia, 16 haribulan. Dan dua hari kemudian pada 18 haribulan disusuli majlis perkahwinan.

Hari kelahiran adik aku juga pada bulan ini iaitu pada 9 haribulan.

September tahun ini mengundang seribu rasa, yang tentunya gembira dan gementar.

* Secara tak langsung ini juga adalah jemputan buat rakan-rakan bloger.

Moshuchi Kata : Selepas menjamu ketupat, menyusul pulak nasi minyak...

Sunday, August 29, 2010

Geram & Benci

Situasi macam ni memang aku jadi geram dan benci.

Pagi-pagi dapat panggilan suruh pergi mesyuarat gantikan bos (bos tak dapat hadir sebab ada hal tertentu). Yang hanginnya 'orang' yang sepatutnya gantikan bos pun tak boleh hadir juga (alasan yang tak bleh blahhh). Ini halnya.

Paling hanginnya, mesyuarat ni berkaitan dengan bidang tugas 'dia'. Lepas tu untuk menyelamatkan diri selalu bagi alasan kena pergi hospital periksa jantung/jantung rasa berat/jantung sakit dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan jantung (dia memang sakit jantung).

Sekali dua okeylah, kita pun bukannya nak berkira sangat kerja ni. Tapi bila dah selalu macam ni, asal mesyuarat sakit..mesyuarat sakit. Rasa kasihan dan simpati terus bertukar jadi geram dan kejam.."lepas ni biar betul-betul sakit, mati terus senang.."

Kita bukan nak berkira sangat lagipun anggap saja kerja kerana Allah. Tapi kalau selalu buat macam ni, lari dari tanggungjawab, lari dari takut kena tiaww...memang tak boleh terima la. Kalau bukan kerana fikirkan bos, nak jaga hati bos..mampus aku tak gantikan dah.

Moshuchi Kata : Inilah jenis manusia yang cakap berapi-api tapi harammmm....

Tuesday, August 24, 2010

Cinta & Perkahwinan

Gambar sekadar hiasan

Cinta. Apa itu cinta? Aku sendiri tidak begitu pasti dan pakar kerana aku bukanlah orang yang memiliki begitu banyak pengalaman dalam cinta. Yang pasti aku pernah jatuh cinta dan sekarang sedang bercinta, bercinta dengan seorang wanita. Dialah cintaku.

Cinta bagi aku adalah apabila dua hati dan dua rasa menjadi satu walaupun jasadnya dua. Keselesaan, keikhlasan dan kejujuran dalam berkongsi perasaan, kasih dan sayang, meluahkan perasaan, saling hormat-menghormati, memberi dan menerima, saling tertarik, sentiasa merindui dan ingin sentiasa berada di sisi, mendidik, menegur dan memaafkan serta sentiasa ingin perbaiki diri ke arah kebaikkan (kebahagiaan) bersama.

Mungkin bagi orang lain definisinya lain pula. Terpulang pada tafsiran dan pemahaman masing-masing.

Lumrahnya cinta akan berakhir dengan perkahwinan sementara cinta itu terus hidup sehingga empunya jasad tiada bernafas lagi. Itu cinta hingga ke mati. Cinta itu yang semua orang inginkan, termasuk aku. Tapi tak semua cinta berakhir dengan perkahwinan dan ada juga cinta yang mati di tengah-tengah perkahwinan seiring dengan hancurnya perkahwinan. Dan ada juga cinta yang mula hidup seiring dengan bermulanya sebuah perkahwinan.

Cinta membawa kepada perkahwinan. Indah bukan. Semua orang menginginkannya, termasuk aku (lagi). Cinta dalam percintaan mungkin tidak sama dengan cinta dalam perkahwinan. Cinta dalam perkahwinan pastinya perlu lebih kuat dan matang kerana dalam perkahwinan pasti banyak liku-liku dan jalan bersimpang-siur berbanding dalam percintaan untuk dihadapi. Seandainya cinta sentiasa meresapi menyelubungi perkahwinan, itulah kebahagiaan yang maha indah.

Sesudah berkahwin, dahulunya pasangan kekasih kini sudah menjadi suami dan isteri (juga masih pasangan kekasih) perlulah tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Ingatlah, bukan mudah untuk menjadi 'ketua' keluarga dan bukan mudah juga untuk menjadi 'ibu' rumahtangga. Jika kedua-dua ini baik, maka baiklah ahli-ahli (anak-anak) dalam keluarga tersebut.

Perkahwinan (suami dan isteri), bukan sahaja perlu mengekalkan sifat-sifat dan sikap seperti definisi cinta di atas, tetapi perlu lebih lagi nilai tambahnya. Perkahwinan adalah perkongsian. Perkongsian segala-galanya. Bukan sahaja yang tersurat; kongsi rumah, anak, harta dan wang ringgit, katil, tilam, kebendaan tetapi juga lebih dari itu kepada yang tersirat. Berkongsi hidup; susah dan senang, suka dan duka, sihat dan sakit bersama, sentiasa berkasih-kasihan dan sayang-menyayangi. Suami menghormati dan setia kepada isteri, isteri pula taat, patuh dan setia kepada suami, saling meringankan tidak membebankan, hormat-menghormati bantu membantu. Cinta dalam perkahwinan perlu lebih berganda-ganda dari cinta semasa percintaan.

Sebenarnya banyak ilmu yang menerangkan tentang cinta, peranan dan tanggungjawab suami serta isteri dalam buku-buku ilmiah terutama buku agama. Kita cari dan bacalah, pelajarilah.

Kesabaran amat penting dalam rumahtangga baik di pihak suami atau isteri. Di tambah pula dengan sifat-sifat mendidik, bertegur mesra, saling memaafkan, suami yang mententeramkan jiwa isteri, isteri yang menyejukkan hati suami, suami memahami kelebihan/kekurangan isteri, isteri memahami kemampuan suami, keduanya saling memperbaiki diri untuk kebaikkan bersama, insyaAllah rumahtangga akan kekal bahagia dan cinta terus subur meresapi seluruh mahligai perkahwinan.

Inilah yang aku harapkan. Harapan untuk menjadi ketua keluarga yang baik, menjadi suami yang sabar, agar perkahwinan kekal bahagia, agar cinta terus bersemi selamanya, punyai isteri yang baik, isteri yang menyejukkan hati, isteri yang solehah dan sebuah rumahtangga yang aman damai serta diredhai Allah S.W.T. Buat isteriku (bakal), semoga kamu juga serasa apabila membaca tulisan ini.

Moshuchi Kata : Aku akan berkahwin...

Sunday, August 22, 2010

'Ciwi' Anak


Pernahkah kamu semua melihat ibubapa atau bapa atau ibu atau mungkin datuk atau nenek yang membawa, mendukung atau menggendong anak kecil..bukan anak kecil tapi bayi, bayi yang masih merah, bayi yang baru beberapa bulan menyedut udara dunia, bayi yang masih sangat lemah dan kadangkala matanya pun belum selesa untuk terbuka bebas? Mungkin pernah kan?

Aku selalu dan dah banyak kali melihat perkara ini. Kali terakhir ketika sedang berbuka puasa di Kuala Perlis bersama seorang teman. Aku ternampaklah sebuah keluarga ni, ramai juga dan si bapa sedang mendukung bayinya yang masih merah. Aku asyik memandang gelagat si bapa bayi itu. Dia mengelak kiri dan kanan, menjaga langkah dan jalan bimbang kalau-kalau ada orang melanggar dia atau anak dia. Maklumlah orang ramai pada ketika itu berlaga-laga bahu jalannya. Dalam hati aku terus memaki-hamun si bapa tolol tu. Isterinya juga tolol.

Opps maaf. Sebelum tu, 'ciwi' itu adalah loghat orang utara terutamanya orang Kedah yang bermaksud terlalu teruja, terlalu suka dan ada sedikit perasaan ingin menunjuk-nunjuk apabila beroleh sesuatu yang sangat dihajati atau diingini. Begitulah maksudnya lebih kurang. Setiap orang akan ada perasaan seperti ini namun yang penting ialah bagaimana kita mengawalnya. Sebagai contoh 'ciwi', ada orang akan selalu menaiki kereta yang baru dibelinya walaupun ke tempat-tempat yang sangat dekat dengan rumahnya atau ke tempat-tempat tumpuan orang kampung atau sentiasa membasuh kereta barunya itu. Itu adalah orang-orang yang 'ciwi'.

Begitu juga halnya dengan ibubapa yang anaknya masih merah sudah dibawa berjalan-jalan di luar, berpanas berdebu, terdedah kepada bahaya dan sebagainya. Kenapa? Mungkin nak 'memberitahu' orang ramai yang mereka baru mendapat cahaya mata, mereka sudah bergelar ibu dan bapa, anak mereka comel atau apa saja. Pada aku, itu adalah tindakan yang bodoh, baik si bapa atau pun si ibu. Kedua-duanya bodoh dan 'ciwi'.

Kita boleh memahami perasaan pasangan yang berkahwin yang baru mendapat anak bagaimana, seronok. Kita juga faham bagaimana perasaan kasih dan sayang pada anak kecil tersebut. Tapi dalam waktu-waktu begitu, waktu-waktu si anak masih merah dan lemah, yang baru tiga empat bulan usianya, biarlah dia di rumah dan dijaga dengan baik. Tak usahlah dedahkannya terlalu awal dengan persekitaran yang kotor dan bahaya.

Aku pernah melihat ibubapa tolol membawa anak yang masih kecil ke stadium menonton perlawanan bolasepak, pernah melihat ibubapa tolol membawa anak yang masih merah lemah ke pawagam, ke pasar malam, ke pusat membeli-belah, bazar ramadhan dan terbaru ke tempat yang penuh sesak untuk berbuka puasa. Sambil tersenyum aku berkata dalam hati, "si bapa/ibu begitu teruja untuk memberi pengalaman hidup kepada si anak".

Tapi aku juga harus bersikap adil. Mungkin tidak ada sesiapa yang ingin menjaga bayi mereka jika mereka keluar rumah, tidak ada pengasuh atau penjaga. Ya betul. Tapi jika begitu halnya, tak usahlah menonton perlawanan bolasepak di stadium atau menonton wayang berdua buat sementara waktu, si bapa pergilah pasar malam, membeli-belah, bazar ramadhan seorang diri saja dulu buat sementara waktu. Dan si ibu menjaga bayi dengan sebaik mungkin di rumah. Biarlah bayi tersebut besar dan kuat dahulu seiring dengan usianya tujuh lapan bulan mungkin, waktu itu bolehlah didedahkan dengan dunia luar.

Aku hanya boleh menulis dan luahkan pendapat aku kerana aku belum mengalami situasi begitu, aku belum ada anak dan bergelar ayah. Tapi apa yang pasti, aku ada prinsip dan had-had yang ditentukan berhubung soal ini. Siapa yang tak suka bergelar ayah/ibu, mendapat anak dan siapa yang tak sayangkan anak, kan? Ilmu keibubapaan itu sangatlah penting, carilah dan pelajarilah ia sebanyak mungkin.

Moshuchi Kata : Aku tak mahu menjadi bapa tolol hehehe...

Thursday, August 12, 2010

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1431

Ramadhan kembali lagi. Bulan penuh keberkatan kepada seluruh umat Islam. Bulan yang dilimpahi segala rahmat dan dibuka segala pintu keampunan dan kenikmatan. Semoga kita tidak melepaskan peluang; menginsafi, perbaiki diri, memohon ampun segala dosa nista, mengukuhkan ketaqwaan, meningkatkan iman, perbanyakkan amal jariah dan kebaikkan.

Selamat menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini.

Moshuchi Kata : Pesta makanan juga telah bermula, di mana kita? Fikir-fikrkan...

Monday, August 02, 2010

Aku Tinggal Bersama Labah-Labah

Aku tinggal bersama labah-labah. Ya betul. Kami tinggal bersama, tapi hanya aku sorang saja yang kena bayar sewa rumah. Huhh tak aci sungguh. Tapi takpalah, sebab aku tak perlu tanggung makan minum pakai diorang. Ntah dah berapa puluh ekor pun aku taktau, malas nak kira. Aku sibuk. Diorang takpalah, tak kerja dan sibuk macam aku.

Ini semua Rosli punya pasal. Dulu aku tinggal dengan dia. Tapi dia dah tinggalkan aku sorang-sorang. Huhh kesian kat aku. Aku perlukan teman serumah. Tapi bila dah ada labah-labah ni, bilik lama Rosli tu aku berikan untuk labah-labah duduk hehehe. Sebelum ni aku taknak kawan ngan diorang..halau-halau diorang juga. Tapi diorang ni tak putus asa, masih nak berkawan dengan aku. Jadi apa salahnya biar je diorang duduk dengan aku. Bilik Rosli pun kosong. Takpe aku tak berkira sangat.

Lagipun aku kesiankan diorang ni. Takdak tempat nak tinggal barangkali. Bagus jugalah, dapat diorang makan nyamuk-nyamuk dalam rumah aku tu. Lagi satu aku teringat cerita ustaz dulu, katanya tak boleh bunuh labah-labah sebab diorang ni menyelamatkan Nabi Muhammad S.A.W dulu ketika baginda bersembunyi dalam gua Thur bersama Saidina Abu Bakar, setelah dikejar oleh tentera-tentera Quraisy. Labah-labah lah yang tutup pintu gua tu dengan sarang-sarang mereka.

Lagi pula, sepanjang aku tinggal dengan diorang ni, tak pernah diorang menyusahkan aku. Diorang buat hal diorang je. Jadi aku pun tak kisah sangat. Cuma ada yang lain ni yang buat aku hangin. Ni menatang cicak ni yang selalu menyusahkan aku. Bayangkanlah, berak pandai tapi tahik dia aku pulak yang kena cucikan. Memang cilaka cicak ni. Aku pun selalu saja membunuh menatang cicak ni dengan lastik getah gelang. Aku tidak ada rasa belas kasihan lagi dengan cicak ni, memang aku akan bunuh dan sentiasa mencari peluang untuk membunuh mereka-mereka ni. Tapi pandai menyembunyikan diri tu, menambahkan geram aku.

Cicak boleh dibunuh kerana mereka-mereka ni adalah binatang yang dilaknat Allah S.W.T sehingga hari kiamat. Ada ke patut menatang cicak ni nak membunuh Nabi Ibrahim A.S. Memang patut la kena laknat. Begitu juga ular. Nak patuk Nabi Muhammad. Akhirnya kedua-dua mereka menjadi binatang yang dilaknat Allah hinggalah hari kiamat. Jadi aku tak akan didakwa kerana selalu membunuh cicak di rumah.

Sebenarnya ada kisah-kisah binatang yang tercatit dalam Al-Quran. Macam-macam termasuklah si baghal (keldai) tu. Macam si kawan serumah aku labah-labah ni, kisahnya ada tercatit dalam Surah Al-Ankabut. Surah dia la tu. Hebat kawan serumah aku ni hehehe. Kalaulah labah-labah ni boleh makan cicak kan bagus.

Satu lagi menatang yang selalu menyusahkan aku, mengganggu ketenteraman aku kat rumah ialah tikus. Ada selai dua baju aku yang dia dah geret (gigit). Memang sial betul. Aku kalau jumpa atau ada peluang memang akan bunuh tanpa belas kasihan. Kekejaman itu juga tidak akan didakwa. Selamat aku.

Dalam Islam dan Al-Quran ada menyebutkan bahawa terdapat lima (5) jenis haiwan yang boleh dibunuh iaitu ular, tikus, anjing hitam, gagak dan helang. Ini bukan bermakna Islam menggalakkan kita bertindak zalim terhadap binatang-binatang ini tetapi ada kisah-kisah disebaliknya (aku masih mencari apakah kisah-kisahnya. Korang nak tahu cari dan bacalah sendiri). Manakala cicak dan ular pula adalah binatang yang dilaknat Allah sehingga hari kiamat.

Hehehe..selamat korang wahai kawan serumah. Mungkin ada orang yang tak bersetuju aku berkawan ngan korang. Aku pemalas kata mereka, mungkin. Tapi aku tak peduli, aku tak kisah. Asalkan korang jangan ganggu aku, menyusahkan aku sudah. Korang duduklah sampai bila-bila pun. Tapi kau cicak, aku akan buru korang sampai bila-bila pun.

Moshuchi Kata : Hooiii cicak, aku pernah tengok korang beromen dalam rumah aku..memang sial la korang nih...

Kemerdekaan

Selamat datang bulan ogos..bulan kemerdekaan Malaysia, yang akan diraikan pada penghujung bulan nanti. Sepatutnya semalam aku tulis tentang entri ini, tapi 1 ogos aku berada di daerah Padang Terap atas urusan kerja. Sudahlah sekarang jarang-jarang dapat luangkan masa nak menulis. Kerja agak banyak. Tapi itulah kerja namanya, rezeki aku buat makan minum hari ini dan untuk berpuluh tahun lagi sebelum bersara.

Berada di sebuah daerah yang jauh dari kesibukan bandaraya Alor Setar, aku dapat mengenali berbagai bentuk dan rupa, cara dan personaliti manusia. Manusia yang berstatus luar bandar, miskin, biasa-biasa, serba sederhana (kekurangan). Kadangkala geli hati, tertawa, tersenyum dan tertarik dengan telatah mereka. Adakalanya pula timbul perasaan hiba dalam diri. Jurangnya sangat jauh. Pernah aku berasa seperti tak terkejar ketika berada di tengah-tengah metropolitan, dan di sini pula aku merasakan seperti kembali berpuluh-puluh tahun ke belakang. Jurang perbezaan pembangunan dan pemikiran mereka adalah seiring.

Apapun, mereka tetap rakyat yang merdeka. Teringat kata-kata seorang profesor (bekas guru aku di UM dulu) ketika bersama beliau beberapa hari lalu, "negara maju lain dah beratus tahun 'terbentuk', tapi kita baru 53 tahun. Masih terlalu mentah".
Akmal, mungkin hang sangat memahami maksud entri ini.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53. Jom kibarkan jalur gemilang.

Moshuchi Kata : Dah siap2 dengan dua helai bendera besar...

Thursday, July 22, 2010

Musim Baru

Musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) 2010/2011 akan bermula tak lama lagi. Nampaknya pasukan kegemaran aku dah bertukar penaja untuk musim baru nanti. Harapnya saingan musim baru nanti lebih sengit dengan kehadiran pemain-pemain baru dalam pasukan dan piala kejuaraan kembali ke Old Trafford semula.

Moshuchi Kata : Nak pi Padang Besar beli jersi ni hehehe...

Sunday, July 18, 2010

Bas Ekspres Sani

Sani Ekspress (SE) boleh dikatakan sebuah syarikat yang masih baru dalam dunia pengendalian pengangkutan bas ekspres. Menariknya ia diusahakan oleh seorang anak muda, Wan Mohamad Sani (sekarang Datuk) yang dahulunya berkecimpung dalam dunia glamor artis. Pernah menubuhkan kumpulan trio bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof, Impression kalau tak silap nama kumpulan depa ni. Tapi tak lama bertahan, lepas tu hilang lesap entah ke mana. Sani pun lesap manakala dua lagi kawannya masih bergiat aktif sebagai pelakon hingga kini.

Tup tup Sani timbul sebagai seorang usahawan bas ekspres, iaitu Sani Ekspress yang menyediakan perkhidmatan bas dua tingkat berwarna merah hati berenjin Scania ni untuk perjalanan jauh sejauh dari Kangar, Perlis serta Kota Bahru, Kelantan ke Kuala Lumpur hingga Shah Alam. Wahh..kira bagus dan bangga jugalah dengan pencapaian Sani ni.

Suatu ketika tidak lama dulu, SE mengalami masa-masa sukar bila mana sebuah basnya mengalami kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan yang mengakibatkan kematian ramai penumpang terutama penumpang di tingkat bawah bas. Ekoran peristiwa itu, tanggapan masyarakat terhadap SE semakin merosot dan menurun. Bayangkan, aku pernah menaiki bas SE dari Alor Setar ke Kuala Lumpur dan penumpangnya adalah seramai lima orang. Begitu takutnya orang ramai untuk menaiki bas SE kerana takut mati hehehe. Tapi selepas kejadian tersebut, alhamdulillah sehingga kini bas SE tidak mengalami apa-apa yang membimbangkan.


Bagi aku, sejak aku mengenali SE dan beberapa kali menaikinya, bas SE adalah pilihan aku kalau hendak ke Kuala Lumpur. Malah semasa suasana orang ramai seperti memboikot atau bimbang menaiki bas SE, aku tetap memilih bas SE. Jika dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, tambangnya adalah RM40 iaitu RM1 lebih mahal dari harga tiket bas ekspres syarikat-syarikat lain. Namun begitu aku suka memilih bas SE kerana keselesaan dan mutu perkhidmatan yang disediakan amat berbaloi.

Perjalanan lima ke enam jam tak akan terasa letih dan memenatkan badan malah rasa seronok dan selesa. Kita boleh tidur dengan nyenyak. Bas SE adalah bas berenjin Scania yang baru dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lengkap. Bagi aku yang paling penting ialah mutu perkhidmatan yang disediakan. Di SE, mutu perkhidmatan yang baik dan bersistematik bermula ketika di kaunter membeli tiket lagi. Layanan pekerja kaunter yang mesra dan mereka semua termasuk pemandu-pemandu sangat kemas dan bersikap membantu. Keadaan bas terutama dalaman bas seperti kusyen dan ruang begitu selesa. Perkara inilah yang aku utamakan kerana perjalanan yang jauh sehingga lima ke enam jam, kita perlukan keselesaan dan keselamatan yang sempurna.

Berdasarkan pemerhatian aku, sekarang ini penerimaan orang ramai terhadap SE semakin baik. Penumpang-penumpang SE semakin banyak. Baguslah. Kita perlu mempunyai pemikiran yang positif. Ajal dan maut di tangan Tuhan dan di mana-mana sekalipun jika sudah sampai ajal kita, kita tak boleh mengelak. Sebab itu dalam suasana fobia terhadap SE, aku tetap memilih SE. Menaiki bas SE tak jauh bezanya dengan menaiki pesawat MAS Kelas Ekonomi, malah mungkin lebih baik/selesa dari itu.

Moshuchi Kata : SE kena bagi diskaun kat aku nih...buat promotion plak hehehe...

Cerita lebih menarik/lanjut baca kat sini (terima kasih zermye adnan) :-http://zermyeadnan.blogspot.com/2009/12/siapa-itu-tuan-punyer-wisma-datuk-sani.html

Thursday, July 15, 2010

Berfutsal Setelah Sekian Lama

Setelah sekian lama, aku berpeluang bermain futsal semula. Kali terakhir rasanya ketika mengikuti kursus DPA di Intan Kiara dua tahun lepas. Jumaat minggu lepas, jam 8.00 malam bertempat di Arena Futsal, Kompleks Stadium Negeri, Kangar aku kembali beraksi. Huhhh penatnya. Aku sedar betapa 'pancit' nya aku huhuhu. Stamina dan 'angin' aku yang terkumpul selama ni entah dah hilang semuanya. Permainan yang sepatutnya berakhir jam 9.00 malam berlarutan sehingga pukul 10.00 malam. Dapat juga sebiji gol hahaha. Yang paling penting dapat menambahkan kenalan.

Dan malam tadi, aku ke arena itu lagi. Kali ni bermain dengan pasukan dari Jabatan Pelajaran Perlis. Dapat juga bertemu dengan rakan-rakan lama yang berkerja di Perlis. Permainan malam tadi sesungguhnya 'memandikan' aku dengan peluh yang maha banyak. Lutut terasa amat longgar dan sendi-sendi mula berkeroncong. Ohh ternyata stamina yang dibanggakan dulu perlu dikumpulkan semula. Tapi sekarang setiap minggu aku akan ke sana untuk bermain futsal. Yuran sewa arena untuk tempoh sebulan sudah dijelaskan. Tak banyak, RM10 saja seorang hehehe.

Ohh terlupa..perlawanan malam tadi, pasukan dari JPN Perlis berjaya dijinakkan dengan kiraan gol 14 berbalas 9. 4 gol darinya adalah sumbangan aku hehehe.

Balik ke Alor Setar..dan sampai di rumah agak lewat. Badan pula terasa amat letih. Nak mandi pun terasa malas, namun digagahkan juga. Tidur malam tadi tidak terasa apa-apa gangguan..nyenyak sekali. Sehinggalah dikejutkan awal paginya. Terima kasih. Kalau tak mungkin merah pula kad kuning di pejabat hehehe.

Moshuchi Kata : Dapat tengok semula peluh yang berbiji-biji keluar dari liang roma...

Tuesday, July 13, 2010

Nikon D3000





Moshuchi Kata : Ingin mengenalimu dengan lebih rapat lagi...

Cara Kita

Kita? Kita yang dimaksudkan aku ialah Melayu..orang Melayu. Aku Melayu dan kamu kamu yang membaca tulisan ini juga kebanyakkannya adalah orang Melayu. Tulisan ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan, memalukan atau mempersenda Melayu..tidak sama sekali tetapi mungkin sekadar untuk menyampaikan kekesalan dan rasa sedih terhadap orang 'kita'.

Contoh 1 : Aku menempah baju di sebuah kedai menjahit baju..kedai orang Melayu. Kenapa aku ke situ? Tentulah untuk menolong sesama Melayu, memberi pendapatan kepada Melayu, menguatkan ikatan sesama Melayu. Tetapi orang Melayu bila berniaga tidak mengamalkan konsep kepuasan pelanggan atau pelanggan diutamakan. Baju yang ditempah lambat siap. Terlewat beberapa hari dari tarikh sebenar pada kad tempahan. Kali ketiga aku ke kedai untuk mengambil baju, barulah dapat. Itu pun pada waktu itu masih dalam keadaan kalut itu dan ini. Tapi tak mengapalah.

Beberapa lama selepas tu, aku sekali lagi ke kedai yang sama untuk menempah baju. Tapi baju orang lain, sengaja di bawa ke situ. Sengaja untuk melihat apakah ada perubahan dan perkembangan. Malangnya perkara yang sama tetap berlaku. Aku sengaja pergi mengambil baju tersebut agak lewat dari tarikh yang tercatit dalam kad tempahan, dengan harapan bila ke sana baju telah siap. Tapi tidak, keadaan kalut-malut masih berlaku. "Saya dah agak mesti tak siap lagi, macam sebelum ni jugak..hrmmm" Itulah yang aku suarakan tanpa mempedulikan perasaan dia lagi. Dia berjanji esok baju siap. Sekarang aku sedang berkira-kira bila untuk ke sana lagi mengambil baju tersebut.

Itulah. Mungkin aku yang bodoh kerana masih ke situ lagi sedangkan sudah tahu situasinya begitu. Aku cuma sekadar ingin memberi peluang dan kepercayaan kepada dia, ingin membantu perniagaan dia. Tapi apa yang pasti, selepas ini aku tak akan menjejakkan kaki ke situ (kedai dia) lagi.

Contoh 2 : Aku rasa situasi ini mungkin kamu kamu yang lain juga pernah mengalaminya. Pernah tak kalau kita ke kedai-kedai runcit atau gerai-gerai makan, ketika untuk membayar kita akan ditanya/diminta duit kecil (syiling)? Contoh; bayaran RM4.30 atau RM5.50 dan sebagainya manakala kita pula memberi RM5.00 atau RM6.00. Mereka akan "ada 30 sen?" atau "ada 50 sen?". Ini memang menyakitkan hati kerana perkara yang sama tidak pernah berlaku di kedai-kedai mamak atau kedai runcit yang bukan orang 'kita' (setakat pengalaman aku). Apa salahnya sediakan syiling yang mencukupi khas untuk baki bayaran. Aku tak faham.

Jadi begitulah keadaannya, orang kita..cara kita. Apakah ianya sudah menjadi budaya, aku sendiri tidak pasti. Mungkin hanya segelintir saja (tidak secara umum) tapi ia tetap suatu amalan yang tidak baik jika ingin berniaga. Perkara-perkara begitu diambil mudah dan dianggap remeh. Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang baik. Aku tidak suka.

Moshuchi Kata : Susahlah bila orang menolong kita tapi kita tak menolong diri sendiri..

Wednesday, July 07, 2010

Seorang Yang Bernama Lelaki

Seorang lelaki perlulah tahu menghormati; menghormati diri sendiri dan orang lain di sekeliling, menghormati orang-orang yang terdekat, menghormati lelaki lain, menghormati rakan dan sahabat baik, menghormati hak orang lain, menghormati hak-hak lelaki lain yang bukan lagi haknya, menghormati sesuatu yang menjadi jalan kebaikan, menghormati kegembiraan dan kebahagiaan orang lain, menghormati kehidupan yang baik bagi dirinya dan juga orang lain...

Seorang lelaki juga perlu ada pendirian; pendirian sebagai seorang ketua yang memimpin kehidupan, pendirian sebagai seorang ketua yang memimpin bahtera keluarga-memimpin perhubungan dan ikatan sedia ada, pendirian sebagai seorang rakan dan sahabat yang baik dan memahami, pendirian saling hormat-menghormati dan memahami, pendirian mengutamakan segalanya perkara yang baik, pendirian yang tidak menghancurkan pihak lain...

Seorang lelaki yang tahu menghormati orang lain, berpendirian yang baik dan memahami perasaan orang lain...adalah seorang lelaki yang baik dan layak digelar lelaki sejati.

Moshuchi Kata : Seorang lelaki dicipta untuk memimpin..memimpin dirinya dan hidup perempuan, tapi bukan untuk merosakkan hidupnya dan hidup perempuan (yang juga tulang rusuk kirinya)...

Tuesday, June 22, 2010

Aku Seorang Pengumpul

Semasa menunggu keputusan SPM diumumkan, aku diterima bekerja sambilan di Muzium Sultan Abu Bakar, Lembaga Muzium Negeri Pahang (LMNP) sebagai Pembantu Pereka. Berbagai tugas di muzium yang bersangkutan dengan grafik atau kerja seni tangan (artwork) aku lakukan, dalam masa yang sama aku pelajari dan dalami. Mula seronok berkerja. Keputusan SPM keluar dan aku memperolehi pangkat 1. Kemudian aku berhenti kerja dan sambung belajar ke peringkat STPM.

Seperti sebelumnya, sementara menunggu keputusan STPM diumumkan, aku kembali bekerja di bangunan bersejarah itu, bangunan bekas Istana Kota Beram, bangunan yang pernah menjadi kediaman Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang ke-4. Kali ini aku bertugas pula sebagai Pembantu Muzium. Tapi dalam masa yang sama, kerja-kerja grafik dan artwork masih aku melakukannya. Kemudian, keputusan STPM diumumkan dan aku mendapat 5P dengan gred A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Masa berlalu selama beberapa bulan, sehinggalah permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) diterima. Aku pun meninggalkan muzium walaupun pada waktu itu jiwa dan hati sudah semakin sebati dengan dunia pemuziuman yang penuh dengan elemen kesenian, kebudayaan dan persejarahan. Di universiti, aku mengikuti jurusan Antropologi dan Sosiologi; bidang yang masih tidak lari dari ilmu sejarah, budaya, kesenian, arkeologi, etnografi, ketamadunan dan sebagainya yang melingkari kehidupan manusia sejak dari zaman Paleolitik sehinggalah ke zaman globalisasi kini.

Ketika di tahun akhir pengajian, aku menjadikan muzium sebagai subjek kajian untuk penulisan tesis sebagai memenuhi syarat untuk melengkapkan penganugerahan ijazah pertama. Keputusan daripada tesis tersebut juga amat memuaskan, syukur. Selepas tamat pengajian, aku berkerja di beberapa tempat bagi mengutip pengalaman. Kemudian seperti 'sireh pulang ke gagang', aku kembali bertugas di Muzium Pahang. Sesuai dengan kelulusan dan bidang pengajian, aku dilantik sebagai Kurator Bahagian Arkeologi dan Penyelidikan LMNP walaupun jawatan tersebut berstatus kontrak.

Aku pun memulakan tugas baru ini sambil mempraktikkan semula ilmu-ilmu yang dipelajari di universiti dahulu. Di universiti, masa lebih banyak di dewan kuliah tetapi setelah berkerja dalam bidang ini, masa lebih banyak di kawasan lapangan (fieldwork) seperti di dalam gua-gua, di bukit dan hutan. Kerja-kerja carigali (arkeologi) amat menarik tapi bagi yang berminatlah. Aku agak bertuah kerana mendapat tunjuk ajar dari seorang tokoh arkeologi terkenal negara, yang berpusat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga telah bertindak sebagai Penasihat kepada Bahagian Arkeologi dan Penyelidikan.

Apa itu Kurator (Curator)? Kurator adalah gelaran bagi pegawai-pegawai atau pengarah-pengarah dalam bidang/institusi pemuziuman, hanya dalam pemuziuman sahaja. Sebab itulah amat penting bagi seseorang Kurator itu untuk mempunyai sifat-sifat curate/curative iaitu bersifat mengumpul, menyimpan, mengkaji dan menganggap setiap sesuatu benda/objek itu ada nilai-nilai estetikanya walaupun mungkin pada orang lain ia tidak begitu. Ini penting kerana seseorang yang tidak bersifat curate/curative, amat sukar baginya untuk menyesuaikan diri dalam bidang pemuziuman, suatu bidang yang berkerja dengan objek-objek (artifak/monumen) lama, usang, bersejarah dan harus dipelihara.

Tetapi malangnya, jodoh aku dalam bidang pemuziuman tidak lama. Sebenarnya dalam diam-diam aku mula merisik bidang Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD). Setelah melepasi satu demi satu tapisan kelayakan yang bukan calang-calang, aku berjaya diterima ke dalam perkhidmatan elit ini. Walaupun berasa berat hati, tapi demi masa depan yang lebih terjamin dan pengalaman dalam bidang yang lain, aku meninggalkan bidang pemuziuman. Beberapa ketika selepas itu, aku dikhabarkan akan ditanggung oleh Muzium Negara untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang arkeologi. Semuanya sudah terlambat. Tapi aku juga tidak pernah menyesal dengan apa yang aku lakukan, jalan mana yang telah aku pilih. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki dan jodoh. Hanya Dia yang menentukan.

Walaupun begitu, aku masih seorang kurator yang kuat bersifat curate/curative. Aku suka mengumpul objek-objek tertentu yang aku rasakan suatu hari nanti ia akan ada kegunaan, kepentingan dan nilai-nilai tertentu. Mungkin pada pandangan orang lain tidak begitu, tidak mengapalah. Malah perspektif tentang perkara-perkara berkaitan sejarah, kesenian dan warisan, kebudayaan, senibina dan monumen, artifak zaman lampau dan seumpamanya masih tetap sama dalam jiwa. Minat tentang semua itu tetap ada dalam diri.

Keterangan gambar : Beberapa batang pensil yang aku kutip/kumpul/simpan dari berbagai tempat yang aku hadiri (mesyuarat/bengkel/seminar/hotel/dll). Itu yang berada di pejabat, dan yang tersimpan di rumah masih ada banyak lagi, berpuluh-puluh batang. Tidak termasuk objek-objek lain lagi yang tidak ditunjukkan di sini. Perkara ini kadangkala menimbulkan pertanyaan kenapa, untuk apa simpan dan sebagainya di kalangan orang lain. Kadangkala sukar untuk menjelaskannya. Kenapa aku kumpul/simpan? Sebab aku seorang kurator dan bersifat curate/curative. Aku seorang pengumpul.

Moshuchi Kata : Walaupun orang-orang Barat telah jauh maju ke depan, mereka suka mengunjungi muzium-muzium untuk melihat asal-usul mereka...orang kita bagaimana?

Mr. Buzz Yang Sempoi

Filem Toy Story 3 yang terbaru ini lebih menghiburkan dan menyentuh hati. Jalan cerita juga menarik di samping garapan elemen-elemen kemanusiaan; persahabatan, kesetiaan, semangat kesetiakawanan, susah-senang bersama, tidak berdendam ternyata menyentuh perasaan. Paling seronok ialah telatah Mr. Buzz yang berbahasa Sepanyol, menari tango dan bersikap romantik. Sungguh mencuit hati. Seronok menonton. Pergilah tonton kepada yang belum menonton.

Moshuchi Kata : Cik Jejari, jom menari tango...

Monday, June 21, 2010

Terima Kasih Ayah

Seorang lelaki yang aku panggil Ayah.

Ayah tinggi dan berbadan tegap, berkulit gelap dan tangan berurat-urat, tegas mendidik tentang sopan dan adab, keluarga dikemudi penuh bertanggungjawab, kuat berkerja memerah keringat, mencari rezeki penuh berkat.

Ayah bukan sekolah tinggi, tinggalkan kelas mencari rezeki, masih tak lupa tambah tolak kali dan bahagi, berkerja itu dan ini biarpun kuli, mungkin bukan kehendak hati, desakan hidup dan zaman terpaksa dituruti.

Ayah tahu tuntutan zaman, anak-anak diberi pendidikan, tidak seorang pun yang ketinggalan, walau berpahit-maung dengan kesusahan, namun itu bukan halangan, melihat anak-anak berjaya di masa hadapan.

Sifat ayah sangat terpuji, mesra peramah dan baik hati, tidak berprasangka buruk apa lagi mengeji, saudara-mara jiran tetamu diangkat tinggi, sifat sabar berguni-guni dalam diri, mudah berbincang dan berdiplomasi, susah melihat meninggi diri dan panas hati, sedikit-sebanyak telah aku warisi.

Amat jarang melihat air matanya, perkhabaran dari universiti malaya punca segala, itulah kali pertama aku melihat tertitisnya air mata, rasa bangga dan gembira membuak dada, membuka mata segala tetangga, ucapan tahniah kiri kanan diterima, walau hanya nelayan sejengkal dan petani sedepa, anak-anak berjaya ke gedung ilmu menara utama.

Aku ingat pesan ayah, adik-adik pun ingat pesan ayah "kita orang susah..ayah takdak apa-apa harta untuk ayah tinggalkan..kecuali ilmu pelajaran yang ayah bagi". Aku berbangga menjadi anak ayah, kami berbangga menjadi anak ayah.

Terima kasih Ayah.

Moshuchi Kata : Ketika di darjah 5, ayah selalu menghantar aku ke sekolah dengan basikal tua..rasa sangat best masa tu...

Wednesday, June 16, 2010

Wanita Dan Bolasepak

Wanita dan bolasepak. Apabila ada kejohanan besar seperti Piala Dunia, selain kerancakan permainan di padang, gelagat-gelagat penyokong/peminat wanita juga mencuri tumpuan.

Persoalannya...

Adakah kerana wanita meminati bolasepak atau gilakan bola seperti gilanya lelaki?

Adakah kerana wanita ingin mencuri perhatian lelaki atau media di stadium serta dalam
keramaian para penyokong?

Adakah kerana wanita ingin menjadi sebahagian daripada sukan yang paling popular di dunia?

Adakah kerana wanita tertarik kepada para pemain bolasepak yang kacak, tegap dan macho?

Adakah kerana wanita....(entahlah, tak tahu apa lagi).

Brazil...

Perancis...

Jerman...

Itali...

Korea Utara...

Yang jelas, tak semua pemain bolasepak kacak, tegap dan macho mahupun seksi..dan pakaian/jersi pemain bolasepak juga tidak seksi.

Yang jelas, kebanyakkan wanita adalah kaki bangku..oppss

Kenapa permainan bola jaring tak ramai lelaki yang tengok walaupun pemain-pemainnya berpakaian seksi dan mungkin cantik-cantik?

tak ketinggalan Iran (walaupun edisi kali ini Iran tak layak).

Moshuchi Kata : Bila lelaki dan wanita bermain bola, memang best...

Demam Piala Dunia

Demam bolasepak piala dunia kembali lagi. Perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan pun belum selesai sepenuhnya lagi, menyaksikan ada pasukan yang menepati ramalan menang dan ada juga yang tersasar dari harapan peminat-peminat. Namun setakat ke hari ini, hari keenam kejohanan, perlawanan masih biasa-biasa. Mungkin belum memasuki pusingan kedua 16 pasukan, jadi bahang perlawanan masih belum terasa dan demamnya pun masih belum panas. Namun mata-mata membengkak, zombie dan manusia-manusia lalok sudah ramai di mana-mana; di pejabat, di sekolah, di dewan kuliah dan sebagainya. Aku tidak terkecuali hehehe.

Kali pertama aku mengikuti kejohanan piala dunia ialah semasa edisi 1994 yang diadakan di Amerika Syarikat. Waktu itu aku berusia 14 tahun. Kejohanan itu menyaksikan Brazil juara; adanya Dunga (jurulatih Brazil sekarang), Romario, Bebeto 'dodoi anak' dan Ronaldo masih remaja dan memanaskan bangku simpanan. Sejak itu aku mengikuti piala dunia setiap empat tahun sehinggalah kini. Cuma untuk menyaksikan secara 'live' tu entah tahun bila, cuma boleh berangan-angan sajalah dulu. Begitulah, lelaki dan bolasepak memang 'cinta gila'.

Pasukan pilihan aku edisi kali ini tidak jelas sebenarnya, namun aku menyokong semua pasukan Asia; Korea Selatan, Korea Utara, Jepun dan Australia. Masing-masing telah menunjukkan kehebatan kecuali 'Kangaroo' saja yang diratah-ratah. Untuk sebulan ini, setiap hari akan ada perlawanan dan setiap hari juga aku akan cuba menontonnya, beramai-ramai di kedai mamak atau pun sorang-sorang di rumah. Layan saja.

Moshuchi Kata : Ramal Brazil juara edisi 2010 ni (walaupun bukan peminat Brazil).

Jun

Jun atau June, adalah bulan keenam dalam kalendar Masihi, bulan pengimbang dalam setahun. Ada orang sukakan bulan Jun, menantikan bulan Jun atas alasan-alasan tertentu. Tetapi ada juga yang membencinya, ingin Jun cepat-cepat berlalu..juga atas alasan-alasan tersendiri. Apapun, Jun tetap akan datang dan berlalu, sehari demi sehari di atas paksinya.

Aku adalah golongan yang menantikan bulan Jun, gembira di bulan Jun. Jun adalah bulan kelahiran aku..5 Jun 1980. Paling seronok hari lahir aku sama dengan hari lahir Yang DiPertuan Agong dan pada hari tersebut juga diberikan cuti umum. Aku ada beberapa kenalan yang hari lahir mereka pada 1 Jun, 2 Jun, 3 Jun, 4 Jun, 6 Jun dan 8 Jun. Malah 5 Jun sama dengan aku juga telah aku temui. Sesuatu yang menarik, bukan?

Sebenarnya sejak kecil aku tidak pernah menyambut hari lahir. Hidangan kek dan tiupan lilin-lilin itu adalah sesuatu yang tak pernah terlintas di hati. Bukan tidak pernah melihat suasana itu di TV atau diraikan kenalan-kenalan, tetapi mungkin keadaan pada waktu itu menyebabkan kehendak itu tak pernah tumbuh dalam hati. Tapi semua itu tidak menyesalkan aku. Cuma bila dah dewasa begini ucapan-ucapan hari lahir malah sambutan hari lahir baru wujud dalam diri ini. Seperti sambutan hari lahir, selalunya ia memang mengejutkan aku kerana ia dirancang oleh orang lain seperti majikan, rakan sekerja dan teman-teman. Di tahun-tahun yang lampau, ia berlalu begitu saja kerana kadangkala aku sendiri terlupa hari lahir sendiri.

Tahun ini, hari lahir aku cukup bermakna. Sedar tak sedar sudah berganjak ke angka 30. Orang kata sudah separuh kehidupan kerana kebanyakkan manusia yang meninggal dunia sekitar umur 60-an. Disamakan juga dengan kewafatan Nabi Agung pada usia 63 tahun. Tapi bagaimana pula yang berkata kehidupan lelaki itu bermula pada usia 40 tahun? Entahlah, aku tidak mahu berfikir soal itu, ajal dan maut di tangan Tuhan. Muda atau tua bukan soalnya. Setandan kelapa pun ada yang putiknya gugur dahulu, bukan?

5 Jun, selain usia aku telah mencecah 30 tahun - semakin meningkat usia (tua), juga adalah hari bermulanya fasa baru dalam hidup aku. Aku telah melangkah ke suatu fasa kehidupan yang lebih mendewasakan, perlu lebih kematangan dalam setiap tindak tanduk malah kesanggupan untuk memikul sebuah tanggungjawab kelangsungan kehidupan. Setiap manusia ingin melalui fasa ini, begitu juga aku..dan aku telah melepasinya.

Namun, ia masih awal. Banyak lagi fasa kehidupan yang menanti di hadapan. Apapun, Jun tahun ini sungguh mengembirakan aku.

Moshuchi Kata : Bercutilah anda pada 5 Jun setiap tahun hehehe...

Monday, May 31, 2010

Satu-Satunya Catatan Mei

Lama betul aku tak menulis kat blog ni. Sejak pertengahan April dulu sehinggalah ke hari terakhir dalam bulan Mei ni. Jadi agar Mei tidak merajuk, terpaksalah aku tulis walau satu entri hehehe. Sebenarnya banyak cerita nak tulis, tapi begitulah adanya..orang bertangguh selalu tertinggal. Tapi aku taklah tertinggal apa-apa pun, cumanya tiada sebarang tulisan/kisah untuk menjadi bacaan/tatapan orang lain saja.

Ringkasnya, sepanjang bulan Mei kehidupan aku seperti biasa juga; bekerja di ofis atau kadangkala di kawasan tanggungjawab..kepala pening adalah perkara biasa, menghadiri kursus berkaitan bidang kerja..ermm dah lebih pun tujuh hari hehehe, berjumpa teman-teman seangkatan/lama apabila berpeluang dan tentunya tak lupa bertemu kekasih hati apabila berkesempatan. Asam garam kehidupan dan suka duka tu tetap ada, biasalah nama pun kehidupan kan.

Yang dah berlalu tetap berlalu dan biarkan ia berlalu. Biarkan Mei berlalu. Jun pula akan menjelma dan yang lain-lain akan menanti giliran. Tak sabar untuk Jun.

Moshuchi Kata : Sempena hari lahir aku, aku bagi cuti kepada seluruh negara hehehe..Ampun Tuanku.

Thursday, April 22, 2010

Catatan April

Bulan ni (april) memang aku tak berkesempatan untuk tulis apapun kecuali yang ini la..nak kata sibuk boleh la tahan kan dengan kerja semua. Lagipun nak menulis kat opis selagi kerja tak siap..ermmm taknaklah kan. Kena berintegriti la kan hehehe...cayalah. Hah awal bulan hari tu aku baru menghadiri kursus integriti hahaha..kena la praktikkan, ye dak?

Bukan tak ada cerita/kisah dalam bulan ni, cuma tak tertulis di blog je. Memang ada kisah aku tentang itu, tentang ini, tentang mereka, tentang dia..ada bukan tak ada cuma tak tertulis. Jadi apa kata untuk bulan april aku cuma hidangkan dengan gambar-gambar je untuk korang tengok, nilai, faham sendiri, buat tafsiran, hayati dan apa-apalah. Terpulang kat korang semua sebab aku rasa malas nak tulis. Daripada tak ada langsung entri untuk bulan april kan. Layan jelah walaupun tak best pun. Banyak lagi blog yang best-best kat tepi tu..hampir setiap hari ada saja entri baru. Tahniahlah untuk mereka.

Sekarang ni aku tengah curi-curi masa stadi untuk exam. Minggu depan sampai hujung bulan ada PTK. Jadi kalau aku tak tulis entri ni sekarang maka untuk bulan april akan terloponglah. Harap dapatlah aku cedok dan pergunakan sedikit-sebanyak ilmu pekerjaan ni untuk kemudahan dalam peperiksaan nanti..insyaAllah. Esok dan lusa pun ada kursus juga..kursus nak berumahtangga la hakhakhak. Selebihnya banyak hal berkaitan kerja..banyak berada di daerah-daerah dan garisan sempadan negara. Tak perlulah aku cerita atau buat entri..semua tu rahsia. Tak perlu tahu.

Apa kabar agaknya member aku bro Hadi hahaha..itu lagi satu contoh, bila dalam situasi kerja yang memerlukan komitmen masa dan tumpuan lebih..maka lengang dan lesulah blog dia. Sabar bro, yang penting buat kita menang. Aku dah bermuntah bernanah dah dulu, tapi tewas. Harap ko boleh membawa kemenangan.

Moshuchi Kata : Semoga Mei mendatang lebih meriah hehe...

Suatu Masa Yang Lalu




Moshuchi Kata : Aku memang suka berlakon...

Tenang dan Damai

Moshuchi Kata : Rindu kedamaian ini...

Gaya Muda-Mudi Bermotor

Moshuchi Kata : Seronok juga melihat...layannn

Tuesday, March 30, 2010

Mas (Abang) Lombok

Ini lagi satu fenomena sedih (geram gile sebenarnya) yang melanda anak-anak gadis Malaysia. Aduhaii..apalah nak jadi. Kalau yang tak sekolah, duduk di cerok kampung ke boleh la terima kalau mengikut lelaki Indonesia balik ke Lombok sebabnya bodoh. Tapi bagi yang cerdik pandai, bersekolah/berpendidikan malah ada yang janda (gersang sangat ke), ada yang menjadi artis pun boleh juga terjerat. Ini lagi lebih daripada bodoh.

Lepas tu sibuklah orang ramai rakyat Malaysia terutama dari sayap sebuah parti terbesar negara berusaha untuk membawa balik semula si bodoh-bodoh ini ke Malaysia. Banyak wang rakyat telah terbuang semata-mata kerana perkara ini. Elok kalau duit tu disalurkan kepada yang lebih memerlukan seperti bantu orang miskin atau warga tua. Bukan saja menyusahkan orang lain tetapi paling sedih menyusahkan (menconteng arang) ke muka ibubapa.

Aku pernah berbual dengan seorang warga Indonesia (bukan dari Lombok) dan bertanyakan apa yang istimewanya pemuda Lombok. Katanya tiada apa-apa yang lebih malah keadaan di Lombok jauh sangat daif. Tetapi katanya lagi, satu pegangan/adat orang Lombok, jika lelaki/pemudanya keluar merantau, dan apabila pulangnya pula membawa wanita dari tanah orang (tempat yang dikunjungi) untuk dijadikan isteri, maka darjat dan martabat keluarganya adalah tinggi walaupun hidup mereka tersangat susah.

Tetapi soal bagaimana terperangkap dalam 'dakapan' lelaki Lombok; ada yang kata guna ubat guna-guna, bermulut manis, romantik, kacak dan sebagainya itu aku tidak pasti. Pada aku kalau dari segi paras rupa, tidak ada bezanya pun dengan lelaki-lelaki Indonesia yang lain. Entahlah, hanya mereka yang tahu. Ramai lagi lelaki tempatan, mengapa musibah juga yang dicari. Biarlah berhujan batu di negeri sendiri.

Renungkan; lari ikut lelaki Lombok, kahwin dengan warga asing-bercerai dan berebut anak (anak dilarikan bekas suami), kahwin dengan warga asing dan diseksa secara seksual (hubungan seks dirakam/seks luar tabii), terlibat dengan pengedaran dadah di luar negara-ikut teman lelaki, berpacaran/lari mengikut lelaki Bangladesh/Afrika, lelaki warga asing lebih romantik, baik, pandai layan dan lain-lain lagi........apa semuanya ni???? Sedarlahhhh perempuannn...

Sesuailah ; "Kecik-kecik tak mahu kojol, sudah besar kasi orang tonjol" - senikata lagu Pisang Panas, dan "kecik-kecik tak mahu mampus, bila besar menyusahkan orang" - antara skrip dalam filem 3 Abdul.

Moshuchi Kata : Sebagai seorang lelaki tempatan, berasa sedih..sangat sedih.

Seks

Wahh..tajuknya sudah cukup menarik untuk korang singgah atau membaca entri ni hehe. Sebenarnya aku ingin membicarakan perihal cadangan pendidikan seks di sekolah..soal seks juga kan? Isu ini dah lama dibangkitkan, dibahaskan..tenggelam timbul tenggelam, dan sekarang timbul balik. Pada aku, pendidikan seks diperingkat sekolah perlu dilaksanakan sesuai dengan peredaran zaman serta perubahan cara hidup masyarakat yang semakin maju dan konsep keterbukaan sering dipraktikkan dalam kehidupan.

Konsep keterbukaan perlu dan bukanlah tidak bagus selagi ia tidak memberi implikasi buruk/mudarat kepada individu atau masyarakat dalam sesuatu perkara dan selagi tidak menyentuh hal-hal sensitiviti sesuatu masyarakat. Seks kini bukanlah sesuatu yang perlu dianggap taboo atau sensitif untuk dibicarakan dan ia melibatkan semua manusia; bangsa, agama, ras, jantina dan sebagainya.

Justeru itu, pendidikan seks kepada golongan muda/murid-murid sekolah dirasakan perlu/wajar kerana ia penting bagi melahirkan golongan muda yang memahami seks; tahu akan baik buruk hubungan seks, sistem reproduksi, gangguan seksual, jenayah seksual dan sebagainya yang berkaitan. Elemen seksual/naluri seks sebenarnya telah sedia ada dalam diri setiap individu dan ia memerlukan didikan yang baik untuk mengawalnya. Di peringkat awal remaja/kanak-kanak, pendidikan seks terutama berkaitan sistem reproduksi tubuh sangat penting sesuai dengan perubahan mereka untuk menjadi dewasa.

Ibubapa adalah guru yang terbaik untuk mendidik soal seksualiti di rumah. Ayah memberi tumpuan kepada anak lelaki dan ibu kepada anak perempuan. Tetapi tidak semua ibubapa berupaya melaksanakannya kerana ibubapa sendiri mungkin tidak pernah mengalami pengalaman didikan begitu oleh ibubapa mereka dahulu. Akhirnya anak-anak mendapat didikan seksualiti melalui rakan-rakan, bahan bacaan, video dan sebagainya. Tanggapan bahawa pendidikan seks kepada pelajar sekolah akan membuka ruang yang lebih luas (galakan) kepada mereka untuk melakukan salah laku seks adalah suatu tanggapan yang cetek/singkat.

Pendidikan seks di sekolah sangat bagus tetapi; pertama ia mestilah berlandaskan ajaran dan syariat Islam dan keduanya tugas ini mestilah dipertanggungjawabkan kepada guru-guru yang telah terlatih, mempunyai kepakaran, kelayakan dan kemahiran dalam bidang ini. Guru-guru terlatih ini perlu disediakan segera. Apa saja untuk kebaikkan jangka panjang wajar disokong.

Moshuchi Kata : Dulu semasa di universiti, pernah mengambil kertas Psikologi Seksualiti..bagus. Bidang Seksologi perlu diperkenalkan di universiti-universiti tempatan..

Monday, March 29, 2010

Yang Sempat Layan








Bulan Mac ni banyak juga filem yang best-best ditayangkan, tapi cuma ini je yang sempat aku layan. Nak dapatkan tiket untuk Alice In Wonderland pun beratur berpusing-pusing barisannya. Tapi dapat juga layan filem yang dijangka meletop tu. Nak juga layan filem Up To The Air lakonan George Clooney tu tapi belum berkesempatan lagi. Begitu juga filem terbaru lakonan Mel Gibson tu..apa ntah tajuknya. Tengoklah hujung minggu ni kalau sempat tengok filem-filem di atas.

Semasa zaman kanak-kanak dulu, sempat juga aku layan cerita kartun Alice ni..best la waktu kan, budak-budak hehe..walaupun kadang-kadang kena juga ejek sebab kartun tu cam kartun budak perempuan punya. Maklumlah masa tu budak lelaki dok layan kartun Kickers. Filem Alice okey lah, boleh layan cuma rasa macam pendek je, kalau lama lagi garapan ceritanya/pengalamannya di Wonderland, lagi best. Tapi yg menjadi daya penarik paling kuat adalah Johnny Depp.

Sebelum tu layan dulu Under The Mountain (selepas tiket Alice hari tu booliauu). Best juga cerita dari New Zealand ni mengisahkan tentang kehidupan suatu makhluk yang mendiami perut-perut gunung berapi di seluruh New Zealand sebelum mereka bangkit untuk menguasai dunia. Boleh tahan dan tak membosankan. Ermmm..New Zealand sememangnya sangat cantik (mula berangan nak sambung stadi ke sana hehehe).

Sebuah lagi filem yang sempat aku layan ialah V3 Samseng Jalanan. Memang kenalah dengan tajuknya..mengisahkan kehidupan samseng yang hanya tahu berlumba haram saja. Tertarik untuk layan filem ni sebab hampir 30% penggambarannya dilakukan di Alor Setar..dan aku pernah singgah melihat kerja-kerja pembikinannya.

Moshuchi Kata : Bila agaknya nak berlakon filem? kehkehkeh...

Monday, March 01, 2010

Tali Di Leher Lelaki

Semasa di zaman sekolah, bila tengok cikgu lelaki pakai tali leher..wahh bestnya. Mula la bercita-cita nak pakai juga. Tup tup bila dah senior sikit dan berkelakuan terpuji, dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Dapat pakai tali leher. Seronok tak terkira walaupun tali leher tu tidaklah cantik warnanya dan tercongok seketul logo sekolah yang besar. Tapi tetap seronok.

Bila dah makin senior dan berada di tahap tinggi sijil pelajaran, tali leher juga adalah uniform wajib. Kali ni lebih cantik dan bergaya. Warna juga cantik. Sekali pandang macam cikgu muda. Maklumlah, uniform lain sikit..seluar warna hitam tak lagi hijau ala tentera tu. Fuhh apa lagi, selalulah menjadi perhatian junior-junior perempuan terutama yang menengah rendah. Selalulah sapaan 'abang' tu didengari sepanjang masa di sekolah.

Sekarang bila dah bekerja (bidang ni), umpama cita-cita zaman kecil untuk memakai tali leher seperti dalam filem-filem P.Ramlee telah tercapai. Hahh..tiap-tiap hari bekerja kena pakai. Apatah lagi kalau menghadiri mesyuarat atau program/aktiviti rasmi yang lain..memang wajib pakai. Kadang-kadang sampai terasa rimas dan tak selesa pula jadinya. Sebab tu ada masanya, belum sampai tengahari tali leher sudah berpisah dari bawah lipatan kolar baju.

Tapi bila mengenakan tali leher yang tepat kombinasinya dengan warna baju, dipakai dengan kemas ditambah pula bersama blazer yang sedondon, wahh memang terasa segak dan bergaya sekali. Sebab itu kombinasi tali leher dan warna baju sangat penting, bukan main redah saja. Dan walaupun aku dah ada berbelas tali leher dan berbagai warna serta corak, rasa macam tak cukup saja..nak tambah lagi. Mulalah bercita-cita nak simpan koleksi tali leher yang ada sekarang sehingga berumur 58 tahun (pencen), berapa agaknya tali leher yang ada.

Ermm inilah tali yang dok mengikat tengkuk kami (lelaki) selagi berjawatan ini, berada dalam bidang ini. Apapun cukup bersyukur dengan anugerah Tuhan ini berbanding ada sesetengah rakan di luar sana yang tengkuk-tengkuk mereka diikat oleh tali yang lain (hukuman tali gantung - jenayah dadah, bunuh dan jenayah berat lain). Selamat bekerja dan bertali leher.

Moshuchi kata : Dalam banyak-banyak tali leher, yang berwarna maroon lembut jalur-jalur yang paling cantik...

Berpisah Jua



Moshuchi Kata : Pasti akan merinduinya...

Thursday, February 25, 2010

Cinta Ini

Betapa engkau menyintai
agungkan aku bagai seorang puteri
selalu kau puja diriku ini
melayang aku tak memijak bumi

Namun terkadang ku rasakan
apakah sikapmu tak berlebihan
aku wanita tak sempurna
bukan sekilaunya batu permata

Marilah bersama jalani cinta kita apa adanya
saling mengerti dan sudi menerima
kita manusia biasa
Marilah menjaga kesucian cinta rahmat yang kuasa
saling berpadu hati kita berdua
dalam dakapan mesra

Nikmat suka berbagai duka
seiring dengamnu aku bahagia
genggam jemari dan berjanji
setia selamanya sampai akhir nanti

Moshuchi Kata : sebuah lagu, sebuah puisi, sebuah cinta, sebuah hati (yang di dalamnya ada dua jiwa)

Tuesday, February 23, 2010

Solo Camping

Solo Camping atau berkhemah secara solo/seorang diri. Saja aku nak mengimbau kenangan sewaktu menjalani kursus di Outward Bound School (OBS) dulu. Salah satu modul kursus yang perlu dilengkapkan ialah solo camping ni.

Tentu rakan-rakan sekursus mempunyai kenangan dan ragam masing-masing sepanjang sehari semalam menjalani solo camping ini. Aku percaya itu tentunya menjadi kenangan terindah dalam hidup masing-masing, kerana sepanjang hidup tidak pernah mengalami pengalaman bagaimana rasanya solo camping.

Semasa kursus tersebut, tidaklah dianggap solo camping yang sebenar-benarnya kerana kita masih mempunyai rakan-rakan di sekeliling, kita tahu rakan-rakan kita berada dalam jarak 10 ke 20 meter dari kita. Walaupun begitu, apabila berada di dalam hutan seorang diri, apabila kelam hutan serta unggas malam berbunyi, tentunya membuatkan hati tak tenteram. Perasaan takut adalah perkara biasa.

Ketika menjalani modul tersebut, aku adalah orang terakhir dalam kumpulan. Bermakna aku adalah orang yang paling dalam/jauh kedudukannya dalam hutan. Kedudukan pula di kawasan yang sedikit berbukit dan dari khemah aku boleh melihat kawasan hutan sepenuhnya. Khemah/kedudukan orang kedua terakhir juga dapat dilihat sedikit dari tempat aku. Tetapi untuk pergi kepadanya atau ke khemah rakan-rakan yang lain tidak sama sekali kerana itulah peraturannya. Tetapi sebelum matahari jatuh, ada seorang dua rakan yang datang ke tempat aku.

Aku rasa seronok solo camping ini walaupun pada awalnya hati tak sesedap mana. Maklumlah masuk ke kawasan/hutan baru, yang kita belum biasa/kenal. Sewaktu kecil aku selalu mengikut TokWan (datuk aku yang kini berusia 104 tahun) masuk ke hutan mencari kayu dan herba. Katanya jika hutan sudah mengenali kita, takkan ada masalah. Sebab itulah, sebelum aku mendirikan khemah, aku telah membersihkan kawasan tersebut serta 'memagarnya' di empat penjuru. Itu juga yang pernah dipesankan oleh TokWan aku dulu.

Solo camping adalah sangat bagus. Samada di dalam hutan, di tepi sungai atau tasik, di tepi pantai dan sebagainya. Ia menuntut untuk kita bermuhasabah diri, mengenal kekuatan diri sendiri, kekuatan semangat dalam diri dan untuk kita menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Pengalaman solo camping tersebut cukup indah. Sebelum matahari terbenam aku menyiapkan khemah. Kemudian menikmati saat indahnya langit sewaktu matahari jatuh. Selepas itu membuat unggun api dan siapkan makanan. Unggun api cukup besar dan marak. Batang-batang kayu sebagai habuan api telah aku cari sejak petang, cukup untuk api makan sehingga dinihari.

Sebenarnya solo camping bagi kumpulan aku (watch Beremban) pada hari Khamis, bermakna malam Jumaat. Cukup menarik. Malamnya sekitar pukul 9.00 malam angin kencang dan hujan lebat turun berserta kilat. Cukup menguji ketahanan mental dan semangat. Hujan tidak lama mana, akhirnya berhenti. Aku kembali menghidupkan unggun api kerana bara-baranya masih hidup. Api kembali menjulang. Ketika selepas hujan, di waktu malam dan di dalam hutan, suatu pemandangan yang indah terbentang di langit. Itu yang aku nikmati pada malam itu. Sayangnya rakan-rakan yang lain bersembunyi diri dalam khemah masing-masing.

Aku berada di luar khemah; menikmati malam dan panas unggun api, menikmati biskut dan teh panas, memandang seluruh alam hutan, memandang langit yang berbalam-balam sambil bermuhasabah diri. Lebih kurang pukul 2 pagi barulah aku masuk ke khemah dan tidur. Aku merasakan telah berjaya mencapai maksud/tujuan solo camping tersebut. Aku rasa puas dan tenang. Ini bukan solo camping yang pertama aku, atau bukan kali pertama aku bermalam di dalam hutan, tetapi solo camping inilah yang betul-betul memberi kepuasan kepada aku. Sedangkan rakan-rakan yang lain melepaskan peluang untuk menguji betapa kuatnya semangat diri masing-masing.

Bila teringat balik ragam rakan-rakan ketika solo camping, geli hati juga dibuatnya. Ada yang berkata ternampak hantulah, ada hantu mencakar-cakar khemahlah, ada pula siapkan makanan awal-awal, makan dan terus masuk dalam khemah tak keluar-keluar sehingga keesokkan harinya, ada juga yang meminum ubat batuk melebihi dos supaya cepat mengantuk dan cepat tidur dan sebagainya. Pilihan masing-masing. Solo camping adalah bertujuan untuk kita bermuhasabah diri dan juga menikmati malam/alam ciptaan Tuhan dengan tenang, itu saja.

Moshuchi Kata : Ketika bertapa (modul terakhir untuk melengkapkan ilmu persilatan dahulu), langsung tak boleh tidur. Hanya duduk bersila sambil berzikir sampai ke pagi. Padan muka hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.