Wednesday, January 09, 2013

Gaya, Mutu, Keunggulan..Macam Ni Barulah Meriah Liga Malaysia 2013


 

Tahniah pasukan 'Tok Gajah' Pahang kerana berjaya menewaskan pasukan yang 'digeruni' pada musim 2013 ini kerana dibarisi ramai pemain-pemain bintang, pemain-pemain yang berharga mahal dan sebagainya yang gah-gah belaka, Johor Darul Takzim (JDT). Walau bagaimanapun, Pahang berjaya menafikan semua itu dan berjaya bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menjaringkan 3 gol kemenangan.

Lagu PILIHAN Aku Untuk Menjuarai AJL27

Spider - Tapi Bagaimana

Inilah lagu pilihan aku untuk menjuarai Anugerah Juara Lagu 27 baru-baru ini, tetapi apakan daya ketika diperingkat separuh akhir lagi lagu ni dah terkandas, dipintas oleh lagu-lagu..ermmm yang pada aku lagu generasi kini yang banyak bercakap dari berlagu, semua itu kurang enak bagi telinga aku yang masih setia dan gilakan lagu-lagu Rock Kapak dan juga Rock perlahan (slow rock hahaha).

Tahun Baru 2013 Yang Selamat

 Bunga api menghiasi tengah malam di Dataran Putrajaya

Hoihh..lama betul tak kemaskini blog aku ni. Tahun baru 2013 dah masuk hari yang kesembilan baru nak tulis entri. Sebelum ni ada juga godek-godek kononnya nak tukar template biar nampak cun sikit tapi macam tak jadi la pulak. Jadi, template macam ni yang biasa-biasa sudahlah..nanti nanti kalau ada masa lagi sambil minta bantuan siapa yang pakar, kita tukar template baru yang cun eh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.