Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Hadiah Buat Isteri

 

iPhone 4s, hadiah buat isteri tercinta sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan seorang bayi perempuan kami yang comel, Ammara Nageena. Namun apalah sangat gadjet ini jika dibandingkan dengan kesusahan dan pengorbanan yang ditanggung isteri sepanjang 9 bulan mengandung hingga melahirkan anak kami. Selain ungkapan yang keluar dari hati dan mulut sebagai menghargai isteri, inilah hadiah buatnya.

Selain itu, ia juga adalah hadiah sempena hari ulangtahun pernikahan kami yang ke-2 pada 16 September lalu. 

Ada rakan mengatakan Samsung Galaxy S III lagi cun dan cantik. Tapi aku tetap merasakan iPhone 4s yang lagi cantik dan terbaik. Dari survey yang dibuat ke atas isteri secara tidak langsung juga menunjukkan bahawa dia sukakan iPhone 4s. Sebab tu aku pilih jenama Apple ni. 



Ermmm...fahamlah sekarang kenapa rakan aku tu kata Samsung Galaxy S III lagi cantik. Memang cantik pun hehehe. Tapi apapun, iPhone 4s aku tu tetaplah yang tercantik.

Moshuchi Kata : Aku tetap setia dengan 'Cik Norkiah' yang super lasak tu...

Friday, July 20, 2012

Esok Isteri Bersalin

Minggu lepas aku dah pun hantar isteri balik kampung (kampung isteri) di Jitra. Pastu aku balik Putrajaya semula (kerja..walaupun berat juga hati). Harap-harap dalam tempoh seminggu tu takde apa-apa yang berlaku. Kalau boleh biarlah aku ada bersama semasa isteri nak bersalin. Alhamdulillah semuanya okey sehingga hari ni..Jumaat. Ini bermakna esok adalah due isteri.

Lepas solat Jumaat kejap lagi ni, aku akan terus balik Kedah. Mudah-mudahan anak ini akan lahir seperti tarikh dijangkakan..21 Julai 2012 bersamaan 01 Ramadhan 1433. Sepanjang seminggu ni pun, aku selalu suruh isteri selalu pujuk si kecil supaya "tunggu papa" hehehe. InsyaAllah semoga semuanya baik-baik saja.

Moshuchi Kata : InsyaAllah...

Tuesday, July 17, 2012

Nak Jadi Anak Alor Setar Juga

Pada 10hb. lepas aku dan isteri ke Hospital Putrajaya untuk membuat pemeriksaan kerana bimbang ekoran pergerakkan bayi dalam kandungan lemah atau tidak aktif seperti biasa. Bila di hospital dan diperiksa itu ini, isteri ditahan di wad.

Menurut hasil pemeriksaan di labour room (sebelum dipindahkan ke wad), bayi kurang aktif atau fetus low movement. Hasil pemeriksaan juga menyatakan bukaan laluan sudah terbuka 1cm. Mereka bimbang jika bayi dalam kandungan ada masalah seperti lemas/kurang oksigen dan lain-lain kemungkinan. Selain itu, dikatakan bayi kami juga agak besar iaitu berat sekitar 3.3kg.

Isteri diberitahu akan di'indius' keesokannya. Ibu-ibu tentu tahu dan faham bagaimana rasanya indius, iaitu amat menyakitkan yang bertujuan 'memaksa' berlakunya proses kelahiran. Isteri mula berbelah bahagi, keputusan harus dibuat. Buntu. Tentunya kami tak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada bayi kami. Tapi bagaimana dengan ibu pula? Sedangkan isteri tidak mengalami sebarang rasa sakit nak bersalin pun lagi.

Kami berdua buntu jugalah, maklumlah ini pengalaman pertama. Selain di'indius', kemungkinan untuk dibedah juga ada potensinya kerana isteri telah diarahkan berpuasa serta darah turut diambil. Kalau boleh taknaklah bedah kan, biarlah proses kelahiran secara normal.

Alhamdulillah, keesokannya keadaan bayi dalam kandungan juga semakin baik, kembali normal/aktif. Disusuli pula rounding oleh doktor pakar sebelah paginya. Menurut doktor pakar, tak perlu nak 'paksa' beranak awal sebab semuanya dah kembali normal. Beliau 'berang' jugalah dengan doktor dan misi-misi sebab bekerja tak detail katanya..sepatutnya kenalah tahu/selidik kenapa bayi lemah, kaji keadaan ibu (bersoal siasat kepada ibu) dan sebagainya.

Menurut analisis doktor pakar tersebut..nama pun pakar kan, dia kata bayi sedikit lemah sebab ibu stress (yelah masih kerja, belum ambil cuti), bila ibu rehat cukup anak pun stabil. Jadi tak perlu nak 'memberanakkan' orang lebih awal, kerana belum masanya pun lagi walaupun bayi di dalam dah matang. Due pun masih lama pada 21 Julai 2012 selain 'bukaan' belum pun ada (terbuka).

Lega rasanya bila dah tahu macam tu. Kalau tak diorang kira nak 'grodek' jelah kan. Yang nak menggrodek tu pula alahai muda-muda belia lagi. Memang patut pun dapat syarahan percuma dari doktor pakar tersebut.

Esok isteri dah boleh keluar wad. Aku cadang nak bawa balik Alor Setar terus je. Nampaknya anak ni nak jadi anak Alor Setar jugalah ye. Tak kisahlah janji anak Malaysia bumi bertuah.

Moshuchi Kata : jangan main-main, buat kerja haruslah ikhlas dan penuh beretika.

Monday, November 28, 2011

Orang Baru Sedang Menuju

Alhamdulillah syukur kepada Allah.

InsyaAllah Aidilfitri tahun depan aku dan isteri akan menyambutnya bersama ahli keluarga baru. Sekarang ni baru nak memasuki bulan kedua.

Alhamdulillah kerana Dia menganugerahkan anugerah ini kepada kami dengan cepat kerana kami baru sahaja menamatkan tempoh merancang beberapa bulan lalu. Berita ini sangat mengembirakan aku dan isteri serta kedua-dua belah ahli keluarga terutama keluarga sebelah isteri. Kedua orang mertua begitu gembira kerana akan menyambut kedatangan cucu yang ke-3 manakala emak dan ayah aku pula akan mendapat cucu yang ke-29 hehehe...baka Pak Ngah memang hebat-hebat belaka.

Isteri aku paling gembira. Sekarang ni berseri-seri sentiasa. Dah tak bertekanan lagi dah, maklumlah sebelum-sebelum ni selalu berhadapan dengan soalan "bila lagi..bila lagi?" Orang dok ingat dah setahun lebih kahwin tapi belum 'berisi'..tapi orang tak tahu yang kami 'tangguh' dahulu. Lagipun, yang nak sibuk-sibuk tu kenapa kan. Biarlah nak cepat ke, lambat ke..semua tu anugerah Tuhan. Dia lebih mengetahui bila masa dan ketika Dia nak beri. Okay tinggalkan bab itu.

Sekarang ni kami dah mula melakukan banyak persediaan..itu ini yang mana bersangkutan bukan sahaja untuk kebaikan ibu tapi juga si orang baru. Yang pasti persediaan tu tentulah semakin kompleks dari bulan ke bulan. Apapun inilah pengalaman buat kami untuk bergelar ibu dan bapa. Tentu suatu pengalaman yang hebat nanti kan?

Masih terlalu awal lagi untuk bercerita lanjut tentang perkara ini. Entri ini cuma sekadar memaklumkan kepada rakan-rakan mengenai berita gembira ini saja..tak lama lagi kalian akan mendapat anak sedara baru hehehe.

Tak sabar pulak rasanya hehehe...

moshuchi kata : alhamdulillah...

Tuesday, September 28, 2010

Hari Besar - Perkahwinan Aku


Hari perkahwinan / kenduri / persandingan aku dan isteri tercinta, Noor Faizah Mansor pada 18 September 2010 / Sabtu lepas. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Puas juga nak pilih baju kahwin, banyak yang tak sesuai..maklumlah kan hehehe. Aku je bukan dia. Dia pakai je baju / warna apa pun, semuanya masuk dan cantik. Aku ni je hehehe. Tapi maroon pun cantik jugak kan? Hehehe..kira 'masuk' la tu.

Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat kami berdua. Amin.

Moshuchi Kata : di Rompin plak lepas ni...

Tuesday, September 21, 2010

Hari Besar - Pernikahan Aku

Hari Pernikahan. 16 September 2010 adalah tarikh untuk dikenang dan diingati selalu. Hari Malaysia juga adalah pada tarikh yang sama. Jadi setiap kali nak raikan ulangtahun pernikahan nanti, ia juga adalah hari cuti umum hehehe.

Jam 11.00 pagi bertempat di Masjid Malau, Mukim Malau, jitra, Kedah.








Moshuchi Kata : Akhirnya...:)

Thursday, September 16, 2010

Aku Telah Bergelar Suami

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Esa.

Pagi tadi jam 11.oo, dengan sekali lafaz kami telah sah bergelar suami isteri. Dia menjadi isteriku dan aku adalah suaminya.

Semoga ikatan suci ini akan bertali hingga ke hujung nyawa bersulam bahagia yang berpanjangan. Amin.

Moshuchi Kata : .....................

Tuesday, September 14, 2010

Menjelang Hari Besar

Menjelang hari besar aku. Kahwin pun hari besar jugak kan selain hari lahir. Hari lahir kita tak tau apa-apa sebab masih merah. Tapi hari kahwin kira hari besar yang sebenar la..sebab kita dah besar hahaha..sebab tu boleh kahwin. Hari kematian juga hari besar kita, tapi waktu itu kita dah tak bernyawa lagi.

Lusa adalah majlis akad nikah. Harap semuanya berjalan lancar. Harap aku tenang dan rasa gemuruh tidak datang membuta tuli. Rasa gemuruh perlu juga tapi sikit-sikit takpelah. Baru ada feel nak bernikah, kan?

Untuk majlis akad nikah dan juga hari perkahwinan, segala-galanya telah selesai/disiapkan; wang hantaran, mas kahwin, cincin, hantaran kahwin dan lain-lain. Cumanya sireh junjung saja aku belum buat. Sehari sebelum nanti aku buatlah, sekejap je tu hehehe.

Cumanya huhuhu...'cuti kahwin' je yang takde. Sehari selepas majlis perkahwinan aku dah masuk kerja. Sebabnya aku kena tanggung kerja senior officer yang cuti bersalin. Ermmm..takpelah nak buat macam mana. Selepas majlis sambut menantu awal oktober nanti baru boleh cuti lama sikit.

Perasaan nak nikah & kahwin? Tentulah seronok tapi dalam masa yang sama seribu rasa lagi turut wujud dalam diri. Biasalah kan, kerana selepas ini semuanya akan berubah. Seperti sebuah lagu tu "Dulu Lain Sekarang Lain" hehehe.

Moshuchi Kata : "Aku terima nikahnya....hehehe"

Monday, September 06, 2010

Walimatul Urus

Dengan berbesar hati saya ingin mengundang/menjemput semua rakan sesawang hadir ke majlis perkahwinan saya. Semoga kehadiran kalian akan menyerikan lagi majlis tersebut.

18 September 2010 / 9 Syawal 1431
Lorong Melati, Kampung Biak
Mukim Malau
06000 Jitra, Kedah

02 Oktober 2010 / 23 yawal 1431
No. 13 Batu 4, Jalan Pantai Laut 4
Kampung Jawa
26820 Kuala Rompin, Pahang

Moshuchi Kata : Berdebar-debar la plakk...

Thursday, September 02, 2010

Pertunangan Shukor & Faizah

Sedar tak sedar sebenarnya dalam tempoh ini, aku adalah tunangan orang yang juga berdarah manis (kata orang tua-tua). 5 Jun 2010 adalah tarikhnya. Juga merupakan tarikh lahir aku (cuti umum juga - birthday YDPAgong hehehe).

Majlis (status) ini memang agak sedikit tertutup. Hanya sebilangan rakan sahaja yang mengetahui mengenainya. Sengaja tidak diumumkan, kerana hari perkahwinan akan tiba juga nanti.

Kami bertunang tidak lama, hanya 3 bulan saja. Bagi aku itulah tempoh terbaik, buat apa nak lama-lama. Perkahwinan mulanya dicadangkan pada 25 September 2010 iaitu pada hari lahir si dia, tetapi atas sebab-sebab tertentu dipilih 18 September 2010. Terima kasih untuk itu sayang.

Menariknya, hantaran-hantaran pertunangan kami berdua yang buat sendiri. Termasuk juga pelamin mini untuk pertunangan. Terima kasih kepada Ara kerana 'memberi' ilham/idea untuk aku menyiapkan pelamin tersebut. Ermm boleh tahan, lepas ni boleh buka kedai/butik pengantin hahaha. Terima kasih juga kepada Fio di atas ketikan-ketikan foto semasa majlis.

Moshuchi Kata : Akan bermulalah fasa baru kehidupan...

September Yang Dinanti-nantikan

September 2010. September tahun ini sangat istimewa.

Di bulan kesembilan Masihi ini kita akan menyambut Aidilfitri pada 10 & 11 haribulan. Di bulan ini juga kita akan menyambut Hari Malaysia.

Bagi aku, September ini adalah bulan yang dinanti-nantikan penuh debaran. Aku akan melangsungkan pernikahan & perkahwinan pada bulan ini. Istimewanya juga, hari ulangtahun kelahiran tunang aku juga pada bulan ini iaitu pada 25 haribulan.

InsyaAllah jika tiada aral, majlis pernikahan akan dilangsungkan pada Hari Malaysia, 16 haribulan. Dan dua hari kemudian pada 18 haribulan disusuli majlis perkahwinan.

Hari kelahiran adik aku juga pada bulan ini iaitu pada 9 haribulan.

September tahun ini mengundang seribu rasa, yang tentunya gembira dan gementar.

* Secara tak langsung ini juga adalah jemputan buat rakan-rakan bloger.

Moshuchi Kata : Selepas menjamu ketupat, menyusul pulak nasi minyak...

Tuesday, July 13, 2010

Nikon D3000





Moshuchi Kata : Ingin mengenalimu dengan lebih rapat lagi...

Monday, March 01, 2010

Sunday, October 11, 2009

Think, Decide, Enjoy

1. Aku masih berpegang pada kata-kata hikmat (hikmat ke hehe?) yang aku cipta sendiri. Ingat, ini adalah kata-kata aku, bukan diciplak dari mana-mana kata orang lain. Ini Moshuchi punya kata. Apa katanya? Think-Decide-Enjoy : Think properly and deeply, deside only the best one and enjoy it with thankfully especially to God.

2. Begitulah juga dalam kehidupan kita. Kehidupan senantiasa dipenuhi dengan dugaan dan cabaran selagi mana nafas masih bersama kita. Malah untuk beroleh kegembiraan atau kejayaan pun kita tetap harus berfikir dan membuat keputusan yang betul. Jadi, dalam apa perkara sekalipun yang memerlukan tindakan serta keputusan kita, inilah caranya.




Suka dan duka, gembira dan sedih, cabaran dan dugaan dalam hidup adalah lumrah. Setiap daripada kita akan menghadapinya. Biasalah tu...



oleh itu kita perlu berfikir dan menilai sedalam-dalamnya, dengan waras, sempurna dan teliti, mengkaji baik buruk, bermuhasabah diri dan merujuk mencari petunjuk...



untuk mendapatkan keputusan yang terbaik, memilih jalan yang sempurna, bertindak dengan betul...




kerana dengan keputusan itu akan membuatkan kita gembira, berasa lega, lapang, tenteram, aman, bersemangat dan segala-galanya dengan tidak melupakan untuk bersyukur kepada Tuhan yang telah memberikan jalan keluar dalam membuat keputusan/tindakan.




Hidup mesti pakai otak dan otak di sini ya.

3. Hah begitulah. Kenapa pula gambar Tun M sebagai latar? Itulah keputusan aku setelah berfikir dan menilai, beliaulah yang layak sebagai melambangkan seorang pemikir ulung Melayu dan negarawan tersohor Malaysia (walaupun ada lagi beberapa tokoh lain). Pada aku, beliau adalah contoh terbaik seorang pemikir berpandangan jauh. Hidup dan menjadi dewasa dalam zaman legasinya sepanjang 22 tahun beliau menjadi PM sangat mencambahkan pemikiran untuk berfikir dan terus berfikir.

4. Teringat kata Tun, "saya dah lama dah, orang pun dah tak suka, jadi eloklah saya berhenti".

Thursday, October 08, 2009

Cerita Hari Raya Aidilfitri

1. Hari Raya Aidilfitri tahun ni biasa-biasa je. Tapi tetap disambut meriah dan gembira. Cuti pun tak dapat panjang macam tahun lepas. Cuma dua hari saja. Raya ke-4 aku dah balik Alor Setar kerana raya ke-5 dah masuk bertugas. Tapi bagus juga, selain dapat beraya di kampung halaman di Pahang, dapat juga beraya di sekitar Kedah. Masih ramai sanak-saudara kat sini.

2. Beraya di kampung, ketupat daun palas memang special. Wajib tu. Pastu ada pulak laksa. Menu special orang utara la tu. Yang lain-lain tu macam lemang, ketupat nasi dan macam-macam lagi yang bukan kepakaran mak aku pun ada juga. Semua tu kakak-kakak ipar 'orang Pahang' aku yang sediakan. Belum campur segala macam lauk tradisi Pahang lagi. Mak aku rileks je, biar menantu-menantu yang 'berperang' kat dapur.

3. Balik kampung memang best. Jumpa orang-orang kampung yang boleh menceritakan perihal kita semasa kita kecil atau zaman-zaman nakal, sehinggalah kita besar. Seronok bila dengar dari perspektif orang kampung. Laut di depan rumah cantik menghijau. Ombak-ombak kecil melibas pantai yang luas tu. Aku teringin nak mandi seperti dulu. Tapi terpaksa biarkan dulu. Nanti 'terbakar' pulak badan ni, dah nak raya pulak tu hehe. Takpe, tak kemana pun pantai tu. Nanti aku boleh mandi puas-puas.

4. Tengok pantai dan laut tu, pokok-pokok ru yang melampai tu, teringat aku kepadanya. Dia juga pasti teringatkan saat-saat itu. Sungguh indah. Walaupun bersama Asyraff waktu itu, tapi tentu sekali Asyraff tidak mengerti apa-apa. Ermm Aysraff tahun ni beraya sakan. Entah berapa pasang baju yang dia pakai. Tapi baju Melayu biru itu yang paling cantik bagi aku. Baju Melayu lengkap bersamping, walau siapapun yang memakainya pasti anggun. Paling suka tengok Tan Sri P.Ramlee pakai baju Melayu.

5. Aku balik beraya bersama kakak yang tinggal di Alor Setar. Penuh la satu kereta dengan anak-anak buah. Suami dia tak balik sama, kena kerja. Balik dari Pahang tu sempat la aku singgah Suria KLCC sebab nak beli barang sikit. Barang yang dah lama aku 'peram' untuk dihadiahkan kepadanya. Sambil-sambil tu nak penuhi juga permintaan anak buah yang kecik tu, nak tengok KLCC dari dekat katanya. Maklumlah, kalau tengok/naik Menara Alor Setar tu biasalah diorang.

6. Di Alor Setar aku sambung beraya pula di rumah sedara-mara dan rumah staff aku sorang dua. Juga beraya di rumahnya dan sanak-saudara disebelahnya. Seronok beraya bersamanya. Dan apabila memegang beg plastik merah tu, sememangnya mengejutkan. Terukir senyum di bibir. Hari raya ini cukup indah walaupun serba sederhana.

Asyraff (anak buah aku)..baik budak ni.


Bergaya tak ingat tu, 'ciwi' baju Melayu baru la tu..


Di rumah aku yang masih belum siap sepenuhnya..Harry, Harris, Mak dan BangLong


Kakak dan anak-anak di Suria KLCC

Wednesday, October 07, 2009

Setelah Sekian Lama...

Ya, agak lama aku tidak 'menyentuh' blog ni. Sejak sebelum Hari Raya..sejak entri terakhir, lama tuh. Raya pun dah lepas, September pun dah berganti Oktober. Alasan? Tiada alasan melainkan tak berkesempatan nak duduk dan fokus untuk menulis di blog. Sampai macam tu ke? Ermm..aku la. Korang entahlah macam mana kan. Tapi aku ni, mak aiii keja hakiki ni bertimbunan..dari sebelum raya sampailah dah lepas raya ni pun. Tapi takpe, ni dah mula menulis ni..harap akan kembali balik la momentem menulis tu hehe. Hidup kena menulis wooo..selain membaca. Cauu...

Wednesday, September 16, 2009

Salam Lebaran


Kepada semua rakan dan kenalan atau sesiapa saja..sekiranya ada salah dan silap, terkasar perbuatan dan bahasa atau apa saja dari diri ini samada sedar atau tidak, mohon dimaafkan. Tidak ada perbuatan yang sangat mulia melainkan memohon maaf serta menerima kemaafan. Sesunggunya manusia itu tidak sempurna.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, September 02, 2009

Ogos Yang Sibuk Tapi Agak Lembap

Bulan Ogos memang agak sibuk dengan itu ini. Samada melibatkan hal-hal berkaitan kerja; mesyuarat, seminar, outstation dan sebagainya. Juga hal-hal personal yang memenuhi jadual. Bulan Ogos saja 3 kali aku ke Langkawi kerana urusan kerja. Itu pun ada juga yang dipertanggungjawabkan kepada pegawai lain, kalau tak aku juga yang kena. Pening kepala dibuatnya asyik dibuai ombak untuk ke sana. Apapun tak mengapa, itu kerja dan tanggungjawab kepada negara. Ingat, 'Berkhidmat Untuk Negara'.

Bulan Ogos juga adalah bulan yang sangat lembap. Hanya 5 entri saja yang mengisi bulan Ogos. Rasa macam tak syok je kan. Peristiwanya banyak, ceritanya banyak cuma masa untuk menceritakannya itu yang tak banyak. Itulah kaitannya bulan Ogos yang sibuk dan lembap. Bagaimanapun, hal-hal yang berlaku dalam bulan Ogos akan dipaparkan dalam September jika berkesempatan. Jika berkesempatanlah kan kerana September yang sweet juga boleh menjadi seperti Ogos.

Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua kenalan taulan yang beragama Islam. Pejam celik pejam celik dah berjumpa semula dengan bulan yang mulia, Ramadhan ini. Bersyukur kerana masih ada nyawa dan nafas untuk mengerjakan rukun yang wajib ini. Kebiasaannya aku akan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadhan iaitu bersahur dan berbuka (yang pertama) bersama emak dan ayah. Semua adik-beradik berbuat begitu jika berkesempatan. Tetapi tahun ini kesempatan itu tidak aku perolehi. Apakan daya, tak mengapalah.

Bila bulan Ramadhan, kemeriahan bazar-bazar jualan yang berwarna-warni kembali tumbuh di kawasan-kawasan tertentu, dengan ratusan pengunjung yang berpusu-pusu datang. Aku sukakan suasana di bazar Ramadhan, seronok melihat manusia menjual-membeli, hingar bingar dalam kemesraan dan gelagat manusia yang kadang-kadang tertewas dengan nafsu (membeli makanan berlebihan). Hanya di bulan Ramadhan kita berpeluang untuk menikmati makanan/kuih-muih yang kadangkala tidak ditemui di waktu lain selain di bulan Ramadhan. Di tambah pula dengan pelbagai jenis masakan orang kita yang sangat membuka selera. Maka tidak hairanlah jika di bazar-bazar Ramadhan, kaum-kaum lain yang tidak berpuasa juga sama sibuk membeli-belah.

Apapun yang penting semoga kita (aku) dapat lipat-gandakan amalan dan pahala sempena bulan yang barakah ini. Selamat berpuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.