Monday, September 24, 2012

Hadiah Buat Isteri

 

iPhone 4s, hadiah buat isteri tercinta sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan seorang bayi perempuan kami yang comel, Ammara Nageena. Namun apalah sangat gadjet ini jika dibandingkan dengan kesusahan dan pengorbanan yang ditanggung isteri sepanjang 9 bulan mengandung hingga melahirkan anak kami. Selain ungkapan yang keluar dari hati dan mulut sebagai menghargai isteri, inilah hadiah buatnya.

Selain itu, ia juga adalah hadiah sempena hari ulangtahun pernikahan kami yang ke-2 pada 16 September lalu. 

Ada rakan mengatakan Samsung Galaxy S III lagi cun dan cantik. Tapi aku tetap merasakan iPhone 4s yang lagi cantik dan terbaik. Dari survey yang dibuat ke atas isteri secara tidak langsung juga menunjukkan bahawa dia sukakan iPhone 4s. Sebab tu aku pilih jenama Apple ni. 



Ermmm...fahamlah sekarang kenapa rakan aku tu kata Samsung Galaxy S III lagi cantik. Memang cantik pun hehehe. Tapi apapun, iPhone 4s aku tu tetaplah yang tercantik.

Moshuchi Kata : Aku tetap setia dengan 'Cik Norkiah' yang super lasak tu...

1 comment:

Kasih Salina said...

assalamualaikum..bertuah si isteri dapat iPhone4..teringin juga nak pakai handphone yg canggih camni tp ingatkan anak yg tengah lasak, buatnya sekali dia hampuk boleh bergegar kepala otak kita menahan marah..hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.