Showing posts with label Romantika. Show all posts
Showing posts with label Romantika. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Catatan BALI : Hari Pertama & Kedua

Bali. Cukup terkenal sebagai antara tempat/pulau pelancongan menarik di dunia. Rasanya tidak perlu promosi yang berlebihan, Bali sedia diketahui masyarakat seantario dunia menerusi bayu-bayu lautnya sahaja yang menghembusi ke seluruh arah benua.

Aku dan isteri juga tidak ketinggalan. Minggu lepas, kami berdua berpeluang bercuti ke sana selama 4 hari 3 malam. 2 hari dikhaskan sepenuhnya untuk berjalan-jalan makan angin/melancong. Sebetulnya kami pergi pada September 2011 lalu (ketika isteri masih lincah hehe) tetapi disebabkan masalah teknikal, tertangguh beberapa bulan. Apapun kami bersyukur kerana tercapai juga hasrat hati untuk bercuti ke sana, termasuk juga baby yang sudah 4 bulan dalam kandungan tu (dulu plan taknak bagi dia ikut hehehe..)

Di sana kami menggunakan khidmat pemandu pelancong iaitu saudara Esa dari Drivers with Distinction. Ternyata ianya berbaloi dan kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh lelaki 30-an tersebut. Beliau sangat baik, ramah, membantu dan mahir tentang selok-belok pulau tersebut. Tanyalah apa saja (dah itu pun kerjanya kan hehehe).

Dari KLIA kami terbang pada pukul 3.30 petang dan sampai sekitar pukul 6.15 petang di lapangan terbang Ngurah Rai, Denpasar. Dalam kapal terbang taklah bosan sangat sebab aku melayan filem hindustan lakonan Salman Khan bertajuk Bodyguard hehe melalui skrin kecil ala-ala iPad yang disediakan di setiap belakang tempat duduk. Hebat. Tapi masa balik takdak dah kemudahan tu sebab kapal terbang model/Boeng kelas lama yang tempat duduknya berwarna-warni tu.

Sampai saja aku ambil teksi terus ke rumah penginapan di Taman Sari II Cottage. Malamnya kami cuma berjalan-jalan santai menyusuri jalan di tengah kota Kuta yang suasana jalannya ada la sedikit ala-ala jalan di Jalan Telawi, Bangsar atau jalan di Pantai Chenang, Langkawi. Kemudian lepak kejap di Discovery Mall (mall yang terbesar di Kuta katanya) sambil menghirup bayu Lautan Hindi dari anjung mall. Pastu balik ke rumah penginapan yang hanya tak sampai 1000 langkah pun hehehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari kedua (hari pertama program makan angin), seawal pagi kami memulakan perjalanan ke Tanah Lot iaitu tempat di mana terletaknya kuil-kuil yang dibina di cenuram batu laut atau batu tunggul di tepi laut. Agak ramai juga manusia di sana dan kebanyakannya adalah pelancong domestik. Kemudian kami bergerak pula ke Desa Jatiluwih (dalam bahasa Bali Jati + luwih bermaksud 'sangat mengagumkan') iaitu kawasan di mana terdapatnya tanaman padi teres yang paling besar/luas di Bali.




Di Jatiluwih, hujan turun renyai-renyai menambahkan lagi kesejukan yang sememangnya telah tersedia menggigit kulit kami. Dah puas menikmati panorama keindahan padi bukit yang berteres-teres, kami menuju pulak ke daerah Bedugul iaitu kawasan di mana terletaknya dua buah tasik iaitu Tasik Buyan dan Tasik Tamblingan atau dipanggil tasik berkembar. Sambil tu singgah di pasar Candikuning iaitu tempat penjualan buah-buahan terbesar. Aku beli la buah strawberi sepaket untuk isteri, manis rasanya tapi buahnya tidaklah se'tampan' strawberi di Cameron Highland, Pahang hehehe.








Di pinggir Tasik Buyan, terdapatnya kompleks kuil Ulandanu yang mana beberapa buah kuil termasuk yang dibina di atas pulau kecil dalam tasik menarik perhatian kami. Tasik agak tenang tapi paras air sedikit tinggi dan tak boleh untuk berjalan ke pulau kecil tersebut. Di sini cuaca sejuk semakin melahap-lahap menggigit kulit kami. Setelah aku buang air kecil di tandas awam dengan bayaran beribu-ribu rupiah, kami meneruskan perjalanan.








Destinasi selanjutnya adalah ke Desa Batubulan untuk menikmati hebatnya Tarian Barong dan Keris. Tarian barong menggambarkan pertarungan di antara kebaikan melawan kejahatan. Barong adalah makhluk mithologi kebaikan dan Rangda adalah makhluk jahat. Layanlah kami lebih kurang sejam setengah persembahan tersebut. Seronoknya bila tengok tarian oleh dua gadis cantik meliut-liut. Barongan ni macam tarian singa masa Tahun Baru Cina pun ada atau macam tarian opera Cina pun lebih kurang juga. Cuma dalam tarian ni ada juga tarian sekumpulan lelaki yang menikam-nikam badan mereka dengan keris, namun tak menembusi kulit atau mencederakan badan. Hebat ilmu hangpa na hehehe.








Selesailah program makan angin untuk hari pertama. Kami balik ke rumah penginapan dan sampai pun dah hampir senja. Malamnya ingat nak keluar jalan-jalan lagi tapi badan letih sangat. Layan sinetron (banyak gila siaran sinetron) kejap pastu dua-dua 'hanyut'.


bersambung...

Wednesday, August 17, 2011

Permata Untuk Isteri

"telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri

untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
untuk kau beri erti dengan kelembutan
untuk kau hargai dengan kasih sayang

ku ingin kau jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hati
seorang lelaki bernama suami
kerana kau isteri

ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan
kerana kau isteri ku".

lirik sebuah lagu yang cukup syahdu daripada kumpulan Kopratasa.
liriknya ringkas, bahasanya mudah namun maknanya sangat dalam.
lagu ini ditujukan khas buat isteriku.

moshuchi kata : sayang kamu..

Sunday, April 03, 2011

You Are The One


to my lovely wife, you're the one.

the thing about you is, you're fun. you make me laugh. you make me feel more alive. and, okay you make me a little crazy sometimes.

but there are these moments in my mind, crystal-clear images of you and me and how we fit together, and it all makes such perfect sense, and i know what i want.

i want time with you. i want to hear you whisper and talk and yell. i want to touch you so softly it puts you to sleep. i want to fall in love so deeply with you that even when it's not all fun. i can look at you as i do now and say, as i do now.

yes, you're the one.

Moshuchi Kata : i love you.

Tuesday, March 15, 2011

Dari Pesisir Pantai Ke Puncak Bukit

hari khamis dan jumaat minggu lepas aku ada tugasan rasmi di terengganu selama 2 hari. tempat yang dituju adalah awana kijal - golf, beach & spa resort. woww first time datang sini, tempatnya sungguh besar dan bilik penginapan aku plak kat tingkat lapan mengadap laut china selatan. ombaknya besar-besar waktu itu. teringat kampung, pasti ombak yang besarnya hampir sama pun sedang menghempas pantai di belakang rumah aku tu. best kalau memukat sambil main papan luncur.

paling best sebab aku ditemani isteri tercinta. terima kasih sayang sebab sanggup ambil cuti selama dua hari untuk datang bersama-sama. lagipun ini juga kesempatan untuk bercuti, apa salahnya kan. cuma semasa di awana ni tak banyak aktiviti dapat dijalankan sebab masa yang terluang sangat terhad. masa lebih ditumpukan kepada tugas rasmi tersebut. kesian pula rasanya kepada isteri. tapi petang tu sempatlah kami berjalan-jalan di tepi pantai. tak lama, sebab hujan mula turun. lagipun ngeri tengok pantai kat terengganu ni yang curam-curam (tak macam kat rompin hehehe).

setelah selesai tugas di awana, kami bertolak balik. aku bercadang nak ke tasik chini, singgah di jeti belimbing (dalam daerah maran) untuk naik bot menyeberangi sungai pahang seterusnya menyusur ke tasik chini. cadangnya nak bermalam di sana, ada challet. tapi disebabkan hujan yang turun tak henti-henti dan lebat sejak dari kemaman lagi, perancangan tersebut terpaksa dibatalkan. lain kali saja kami pergi. aku nak isteri merasai bagaimana sedapnya biji/bunga teratai segar yang tumbuh meliar di seluruh tasik chini tu, kemudian nak dia merasai bagaimana menangkap ikan-ikan lampam di tasik dengan menggunakan tangan saja. kemudian berjalan-jalan di perkampungan orang asli. takpa lain kali ya.

sebenarnya sebelum balik ke kl, kami akan singgah di raub untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di bukit koman, raub. sepanjang perjalanan di lebuhraya pantai timur tu hujan lebat. malah sehingga sampai di bandar raub pun masih hujan. malam tu kami sampai di bandar raub dan bermalam pula di rumah rehat raub. sebuah bangunan zaman kolonial yang terletak di atas bukit ni telah dijadikan rumah rehat rasmi di raub. dulu semasa bekerja di muzium pahang, aku pernah ke sini beberapa kali dan pernah menginap di sini. banyak cerita 'menarik' tentang bangunan tersebut. ketika isteri sedang nyenyak tidur, aku cuba mengimbas kembali satu persatu. ahh itu semua cerita lama dan hanya tinggal cerita saja mungkin. malam itu kami tidur dengan tenang.

tengaharinya kami ke majlis kenduri rakan baik aku yang sama-sama bekerja di alor setar ni. dia bekerja di jabatan kebajikan masyarakat. ketika majlis di sebelah perempuan di alor setar, aku tak dapat datang kerana ada tugas lain di luar kawasan. tapi di raub ni aku memang merancang untuk datang, dan kebetulan pula dalam perjalanan pulang dari terengganu. majlis sederhana saja tapi masakannya cukup sedap, setiap lauknya sangat menyelerakan. sebelum balik, sempat juga menunggu dan berjumpa dengan seorang lagi rakan baik aku yang sama-sama satu pejabat di alor setar ni. member kamcing hehehe.
dari raub kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke kl. tapi ternyata kl masih jauh kerana kami akan 'memanjat' bukit fraser pulak hehehe. isteri teringin sangat untuk ke sana. jadi inilah percutian sebenar kami untuk trip kali ini. di awana kijal sebelum ni masa yang terluang terhad sangat. ke tasik chini pun tak jadi. jadi inilah masanya untuk kami menghabiskan masa bersama selain memenuhi keinginan isteri tercinta. walaupun mulanya dia ingin membatalkan kerana keadaan kami (aku sebenarnya) agak keletihan. tapi suami mana yang tak sayangkan isteri kan? ermmm..memang jalan untuk ke sana boleh membiolkan kepala, boleh termuntah dibuatnya. tapi akhirnya sampai juga ke puncak.

wahhh bukit fraser memang sejuk. hilang segala penat dan letih semasa memandu naik sebelum tu. nyaman saja rasanya. kami check-in di puncak inn. biliknya dibina di lereng-lerang bukit. seram juga hehehe tapi malas nak fikir sangat perkara yang bukan-bukan. biliknya cantik dan luas. isteri ketawakan aku sebab kesejukan hehehe..bagaimana untuk bercuti ke eropah begini hahaha. memanglah, aku terlupa nak bawa baju yang tebal-tebal. tapi sejuk-sejuk pun, isteri kan ada hehehe.

di sini banyak banglo-banglo persendirian samada oleh individu atau oleh syarikat-syarikat yang dibina. ada di puncak-puncak bukit dan di lereng-lereng bukit. semuanya besar-besar belaka. banglo-banglo ini juga menyediakan perkhidmatan sewa bilik kepada pengunjung. harganya entahlah, pasti mahal. kalau datang ramai-ramai bolehlah sewa sebuah banglo dan macam-macam aktiviti boleh buat. ataupun mengadakan percutian keluarga, memang sesuai kalau menyewa banglo-banglo ini.

keesokannya selepas sarapan pagi, kami keluar berjalan-jalan sekitar kawasan bukit fraser sambil mengambil beberapa keping gambar, kemudian ke kedai cenderahati membeli apa yang patut/menarik. di sini tak banyak aktiviti boleh dibuat tidak seperti di cameron highlands. di sini tak banyak kebun-kebun sayur, buah-buahan atau bunga-bungaan, pekannya juga tidak besar dan padat. tapi kalau nak meredah hutan/jungle tracking memang banyak di sini. mungkin lain kali la pula. di sini lebih kepada percutian tanah tinggi yang santai dan rileks-rileks saja.


tengahari kami pun turun dari bukit fraser. nak naik dan turun pun ada giliran masanya sebab jalannya kecil hanya muat-muat untuk sebuah kenderaan saja lalu. dari kaki bukit fraser kami turun ke kuala kubu baru, seterusnya melalui rawang dan balik ke kl. letih dan terasa pening hahaha..tapi seronok.

buat isteri, terima kasih sayang. masa yang diluangkan amat dihargai. masa bersama adalah segala-galanya, waktu yang sungguh mengembirakan dan membahagiakan. penat, letih atau pening hilang begitu saja. jom rancangkan ke mana pulak selepas ni hehehe.

Moshuchi Kata : ollehh..ollehh..okehh?

Thursday, February 25, 2010

Cinta Ini

Betapa engkau menyintai
agungkan aku bagai seorang puteri
selalu kau puja diriku ini
melayang aku tak memijak bumi

Namun terkadang ku rasakan
apakah sikapmu tak berlebihan
aku wanita tak sempurna
bukan sekilaunya batu permata

Marilah bersama jalani cinta kita apa adanya
saling mengerti dan sudi menerima
kita manusia biasa
Marilah menjaga kesucian cinta rahmat yang kuasa
saling berpadu hati kita berdua
dalam dakapan mesra

Nikmat suka berbagai duka
seiring dengamnu aku bahagia
genggam jemari dan berjanji
setia selamanya sampai akhir nanti

Moshuchi Kata : sebuah lagu, sebuah puisi, sebuah cinta, sebuah hati (yang di dalamnya ada dua jiwa)

Wednesday, January 27, 2010

Just a Little Note for You to Keep

Though i can't always be there with you, these words can be.
So I want you to save this in a special place and every now and then think of me.
I want you to set this words aside and remember it when you're feeling wonderful, so u can remind yourself that that's how you make me feel.
I want you to set this aside and save it for the days when thing haven't necessarily gone as planned, and the clouds are hanging around a little longer than they should.
And maybe it will help to cheer you up.
When you get home in the days to come and see this words, remember that I'm probably sitting here as I usually do, smiling to think of all the wonderful things about you.

Moshuchi Kata : nice card...

Saturday, January 09, 2010

Tulip Hati

Sebuah taman bunga yang maha luas
berbagai bunga indah dan cantik berkembangan
menari mewangi menghiasi segenap taman
namun sekuntum tulip menjadi idaman
kelopak warnanya memikat
lembut daun hijaunya mempesona

Tulip idaman telah disunting
disemat di hati sesuci sanubari
dibina taman baru penuh bererti
dan mekar kembangnya mewangi hati
semoga indah kelopak warnanya berkekalan
semoga lembut daun hijaunya berpanjangan

Moshuchi Kata : Dia pilihanku..cintaku.

Monday, June 29, 2009

Menikmati KFC Di Tepi Jalan

Aku suka makan durian (selepas ni aku tulis entri pasal durian). Paling best makan durian ni ialah makan di tepi jalan atau di tempat di mana kita membelinya. Tapi ini lain pula ceritanya, makan KFC di tepi jalan. Bukan tepi jalan sangat la, ala-ala berkelah camtu la. Huhu berkelah di malam hari. Set dinner plate yang dibeli di Suria KLCC berjaya 'diselesaikan' di perkarangan Hentian Duta. Kalau zaman student dulu, pernah juga berkenduri KFC di atas Bukit Cinta, UM sambil melihat neon-neon lampu malam di Bukit Kiara. Apa yang pasti, KFC malam tu sungguh sedap.

Saat-Saat Bersamanya

Walau siang dan malam
saat bersamanya
saat memandangnya
membuat aku bahagia

lirikan matanya
senyuman di bibirnya
sentuhan manjanya
membuat hatiku berbunga

ketika hujan merintik
aku memayunginya
berjalan beriringan
kasih memaut mesra

pertemuan yang tidak dirancang
akan berakhir dengan perancangan
akan aku ikatkannya
dengan kasih dan sayang

saat-saat bersamanya
membuat aku bahagia
membuat aku teruja
menuju hidup yang sempurna
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.