Saturday, January 09, 2010

Tulip Hati

Sebuah taman bunga yang maha luas
berbagai bunga indah dan cantik berkembangan
menari mewangi menghiasi segenap taman
namun sekuntum tulip menjadi idaman
kelopak warnanya memikat
lembut daun hijaunya mempesona

Tulip idaman telah disunting
disemat di hati sesuci sanubari
dibina taman baru penuh bererti
dan mekar kembangnya mewangi hati
semoga indah kelopak warnanya berkekalan
semoga lembut daun hijaunya berpanjangan

Moshuchi Kata : Dia pilihanku..cintaku.

3 comments:

marmalade said...

adeh, penat dah yati sengih nih. hahahahahahahaha.

Al Hadi said...

dia pilihanmu. Mu pilihan dia.

Pilihan oh pilihan

Encik Moshuchi said...

hayati - nape penat? nape sengih? sengih yg memenatkan diri adalah sengih yg sentiasa berulang. cukuplah sekadar seukir senyuman..itu lebih baik.

PM - ya..dia pilihanku dan aku pilihan dia. walaupun ada bunga2 lain di luar sana yg lebih cantik dan wangi, tapi tulip itulah pilihanku.
hehe..jiwang/mat bunga la plak uuweekkk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.