Saturday, January 09, 2010

Borak Kedai Kopi - Cerita Berkait-Kait

1. Khamis pagi, bersarapan. Biasalah keluar minum pukul 10. Ermm kadang2 pukul 9 lebih..kadang2 8 lebih. Tu maknanya perut tak tahan sangat la tu. Tapi bukan selalu. Makan pulut ikan tamban kering gaul kelapa paruk..adduuhhmakk sedap wa cakap lu bai. Penuh la tangki perut aku. Sambil makan minum sambil bercerita itu ini. Tup tup keluar la cerita pasal si budak ni, yang penggal kepala bapak dia (juga bunuh datuk, nenek dan adik perempuan) di Gemencheh N9 tu. Pastu ditanamnya pulak kepala arwah bapak tu kat Shah Alam.

2. Budak tu punya kisah, macam2 cerita keluar. Kata ini kerja budak gian dadah la..kaki ragut la..menuntut ilmu hitam la dan macam2 lagi. Pastu ada pulak yang kaitkannya dengan pengaruh cerita kat tv..cerita Keliwon la, Jangan Pandang Belakang la, Seekers la dan lain2. Katanya budak ni dah kena rasuk la, ada suara memanggil-manggil dari belakang la..itu la ini la. Bila dah masuk bab pengaruh tv/filem ni. Mula la berkai-kait ceritanya. Daripada cerita budak pembunuh tu dah pergi pula kepada P.Ramlee.

3. Katanya cerita P.Ramlee pula banyak yang mempengaruhi minda orang Melayu dari dulu sampai sekarang. Filem Madu3 dok cerita macam mana nak kawin lebih..macam mana nak tipu bini 1 dan bini 2. Kemudian ia jadi ikutan/modal orang sampai ke hari ni kalau nak berbini lebih. Ishh..isshh macam tu pula jadinya. Kebanyakan cerita P.Ramlee banyak memundurkan masyarakat Melayu katanya. Ermmm. Dari dulu ditayangkan sampai sekarang. Dah menjadi sebati dalam minda orang Melayu.

4. Lepas tu filem2 Melayu sekarang juga tak terlepas dari dibancuh. Banyak cerita/filem sekarang yang hanya bersuka-suka..gelak2 hahaha dalam panggung pastu keluar kepala kosong tak terisi. Banyak cerita yang hohahohaa saja. Kalau cerita lawak jenis lawak bodoh, pastu lakonan pelakon yang hanya cantik tapi keras macam tiang pinang. Jalan cerita tak menarik..takdak idea bagus. Paling koman pun tiru idea cerita orang putih kemudian celup dalam air kopi o malaysia. Tak ada langsung cerita yang membangunkan minda, membuatkan otak berfikir macam cerita2 orang putih.

5. Lepas tu masuk plak bab kes2 ragut. Banyak sangat kes ragut yang berlaku sekarang. Baru2 ni beberapa pekerja Bangla dengan berkain pelikat kecoh di Balai Polis. Buat laporan sebab kena ragut (lebih tepatnya kena pau) dengan mat2 'dadih'. Cekapnya jerangkung hidup ni, dia tau plak time mat2 Bangla tu dapat gaji, time tu la dia pau. Habih buta camtu je duit gaji orang tu. Ni blom masuk bab meragut hingga membunuh lagi. Dah banyak kes pun. Pastu siap bagi cadangan plak supaya peragut yang menyebabkan kematian di hukum gantung atau penjara seumur hidup.

6. Bila dah macam tu, tak lupa juga..perogol yang merogol dan membunuh pun patut dihukum gantung mandatori je. Nak2 lagi yang rogol kanak-kanak tu. Alahaii...banyak lagi 'lubang' yang boleh cari kenapa budak kecik yang taktau apa2 juga dijadikan mangsa. Kasar bunyinya kan? Tapi tu bukan ayat aku..aku cuma menulis balik apa yang dorang2 bercakap. Aku banyak mendengar je sambil menghabiskan nasi lemak sotong. Sambil bercerita mata dok melilau usha geng2 pompuan yang turut turun bersarapan. Siap memilih plak tu..yang tu yang ni. Padahal dah beranak pinak pun. Haiihhh...

7. "Tu..tu..tengok tu. Pakai baju kurung tapi punyalah seksi. Macam mana orang tak usha". Katanya. Macam2 la dorang ni. Aku habiskan nasi lemak dan teh panas. Pastu ajak dorang naik. Kalau dok menyembang sampai ke petang pun tak rasa. Kerja ke mana..apa pun tak jadi. Jangan jadi macam kes di Perlis..SS tak benarkan keluar makan pagi. Siap kunci pintu pagar kompleks SUK. Pastu siap ada team pemantau yang round kedai2 makan untuk ambil nama dan jabatan orang2 yang keluar makan pagi. Sampai macam tu sekali. Dulu la..sekarang aku tak tau la macam mana plak.

8. Ermm..yang pasti sembang/borak kedai kopi memang mengasyikkan. Sebab tu la agaknya orang2 tua walaupun bini dah sediakan sarapan kat umah..dan dia pun dah balun semua sarapan tu, tapi tetap nak pekena teh tarik kat kedai/warung juga. Pasti sejam dua la kat sana. Kalau la pemimpin2 masyarakat boleh buat macam tu, mendengar permasalahan rakyat di kedai2 kopi..sambil belanja dorang tu..setiap election tak perlu risau la. Ini tidak, masa nak berkempen baru nampak muka..baru nak belanja di kedai kopi. Okay..stop. Taknak masuk bab election..kang makin panjang dan melalut walaupun banyak cerita tentang election..kecil atau umum. Abaikan.
Moshuchi Kata : Sembang di kedai kopi memang berapi-api...

5 comments:

leLabu said...

sgt klise cara org melayu menonton filem p ramlee. dari sudut lain, gua melihat filem madu tiga mengajar kita syarat-syarat sebelum boleh berpoligami:

1) tiada mendapat anak dgn isteri pertama - sebab itu dia kawin satu lagi

2) perlu mampu dari segi harta dan batin - kan si jamil tu dah jadi hartawan, kerja bagus, mampu

3) isteri diberikan sorang sebijik rumah, kereta - kan adil tu

4) poligami utk membantu yg susah - dgn kawin dgn sarimah, kan jamil sekaligus membantu bapak sarimah tu.

tapi ramai yg gagal melihat maksud tersirat dan pengajaran ini. yg diorang seronok, tang dapat 3 bini sahaja.

marmalade said...

hahahahahahahahaah komen si lelabu sangat mencuit hati tapi benar! eh cerita p ramlee sebenarnya bervisi. to a point, i think he was being sarcastic =) kalau filem dia tak bagus, kenapa orang still tengok sampai skang and tak bosan-bosan?

madu tiga is my favourite! =)

Mr. Moshuchi said...

lelabu - ya aku sgt setuju dgn kupasan yg hang kupaskan hehe. p.ramlee mmg pakar dalam menterjemahkan kehidupan sebenar ke dlm filem..kehidupan sebenar org melayu. p.ramlee terpaksa menyindir org melayu dlm gelak ketawa kerana nak jaga hati (org melayu jenis kena tegur elok2)..tp tak juga sedar/faham..alih2 p.ramlee plak dituduh mundurkan minda org melayu..ermmm

hayati - ya, p.ramlee mmg yg terbaik di zamannya. karyanya (filem/lagu) plak boleh dianggap agung kerana segar sepanjang zaman..

Khairul Amri Ishak said...

shukor,

byk cerite election hang tahu ek?
cerite la sket..

hehe..

Mr. Moshuchi said...

masih lagi rahsia bai...
ehh lupa, ko orang SPR hehehe...
nanti2lah...closely..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.