Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Pelik!!! 3 Orang Wanita Menjadi Harimau Belang

 
Inilah rupa kepala seekor harimau belang yang begitu menggerunkan. Tapi percayakah anda hidung harimau tersebut adalah punggung seorang wanita? Saksikan.

Wednesday, January 09, 2013

Gaya, Mutu, Keunggulan..Macam Ni Barulah Meriah Liga Malaysia 2013


 

Tahniah pasukan 'Tok Gajah' Pahang kerana berjaya menewaskan pasukan yang 'digeruni' pada musim 2013 ini kerana dibarisi ramai pemain-pemain bintang, pemain-pemain yang berharga mahal dan sebagainya yang gah-gah belaka, Johor Darul Takzim (JDT). Walau bagaimanapun, Pahang berjaya menafikan semua itu dan berjaya bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menjaringkan 3 gol kemenangan.

Lagu PILIHAN Aku Untuk Menjuarai AJL27

Spider - Tapi Bagaimana

Inilah lagu pilihan aku untuk menjuarai Anugerah Juara Lagu 27 baru-baru ini, tetapi apakan daya ketika diperingkat separuh akhir lagi lagu ni dah terkandas, dipintas oleh lagu-lagu..ermmm yang pada aku lagu generasi kini yang banyak bercakap dari berlagu, semua itu kurang enak bagi telinga aku yang masih setia dan gilakan lagu-lagu Rock Kapak dan juga Rock perlahan (slow rock hahaha).

Thursday, October 25, 2012

Bos Paling Baik Di Dunia


Anda pernah bekerja dengan bos yang macam ni tak?
Sila baca cerita di bawah.

Seorang bos entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari ni. Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari ni dia benarkan tapi dengan alasan mestilah berkaitan sembahyang saja. Tau-tau macam tu ada la 4 orang pekerja bawahan terus datang minta nak balik awal.

Pekerja 1 : Salam bos, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah, boleh tak bos?
Bos : Waalaikumsalam. Tak boleh. Kat sini kan ada surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya.

Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kut bos?
Bos : Hang apa pasai pula?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ka dak? Kot-kot dia ponteng!
Bos : Tak payah balik la, hang telefon saja bini hang suruh dia tengokkan.

Pekerja 3: Salam Boss.
Bos: Waalaikumsalam. Hah apasal pulak ni, nak balik awal juga ke?
Pekerja 3 : Errr!! Ye bos, bos baik!! he..hehee.
Bos : Alasan apa pula engkau ni?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah bos. Boleh kot bos balik awal ye?
Bos : Tak usahlah. Itu fardu kifayah..orang-orang kampung yang ramai tu boleh sembahyangkan. Engkau berdoa kat sini pun boleh. Dah, pergi buat kerja.

Pekerja 4: Bos, saya nak minta balik awal boleh tak hari ni?
Bos : Kenapa pula?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon tadi, dia kata dia dah boleh sembahyang, bos.
Bos: Ohh ye ke! Haa..kalau macam tu kau pergi baliklah. Kesian kau dah seminggu menunggu.

Pekerja 4 : Ima acih bos, hehehee.

Moshuchi Kata : Selalu pergi bersembahyang Jumaat dengan bos...

Thursday, September 27, 2012

Asian Wave 2012, Syabas Shila Hamzah


SEPANG, 26 Sept (Bernama) -- Shila Amzah mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 di Shanghai, China, Khamis lepas.
Tetapi, perkara yang lebih membanggakan seluruh rakyat negara ini ialah apabila pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah ini berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia pada peringkat akhir pertandingan itu dengan mempersembahkan lagu dalam tiga bahasa yang berjudul Gemilang, nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade oleh Bruno Mars dan ''Zheng Fu'' oleh Na Ying. Berita lanjut di http://my.entertainment.yahoo.com/news/shila-amzah-bangga-dapat-tonjol-1malaysia-kepada-dunia.html.
Banyak perkara yang boleh dibanggakan dengan kemenangan Shila Hamzah ni. Beliau berjaya menunjukkan sebuah persembahan yang mantap dengan suara yang juga mantap, penampilan dan imej yang Islamik, penguasaan bahasa asing yang baik serta menzahirkan sikap atau cara orang Malaysia (Melayu) yang sentiasa berbudi bahasa dan merendah diri. Dia membuktikan Malaysia Boleh.
Reaksi daripada juri-juri membuktikan bahawa Shila Hamzah begitu memukau mereka semua sehinggakan ada juri yang merasakan bahawa bulu romanya telah mencacak bila mendengar nyanyian Shila. Bila menyanyikan lagu Mandarin pula, tentunya Shila berjaya menyanyikannya dengan baik hinggakan ada antara juri yang ikut menyanyi bersamanya. Syabas buat Shila.
Syabas juga kepada si cantik manis ini kerana telah 'berhijrah', lebih cantik dan manis dari dahulu. Boleh saksikan video penuh persembahan Shila di sini http://www.youtube.com/watch?v=DFwaeK6CWPg&feature=related

Kalau orang kata Shila penyanyi yang bagus, betul..inilah buktinya.
Moshuchi Kata : Harap Shila tak muncul di pentas-pentas ceramah politik pula ye kehkehkeh...

Thursday, June 07, 2012

WWW1 vs D7

Hai baru-baru ni kecoh pasal isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1. Berani betul 'mamat' tu ye, sebelum ni ada kes dengan Sultan Perak, sekarang dengan Sultan Johor pulak. Okey lupakan pasal dia tu, tak nak campur.

Tapi apa yang aku nak cerita kat sini berkaitan dengan nombor pendaftaran kenderaan juga. Lagi hebat dari WWW1..iaitu D7. D ni merujuk kepada negeri Kelantan lah kan, manakala D7 pula adalah merujuk kepada Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah PDRM. Jadi tentulah nombor ini juga hebat dan menjadi rebutan.

Kebanyakkan orang yang suka kumpul nombor pendaftaran unik akan masuk ke kampung-kampung, sebabnya orang kampung yang membeli kenderaan sekitar tahun 60-an atau 70-an dulu masih memiliki kenderaan tersebut. Lagipun orang kampung pakcik-pakcik ni mana tahu sangat pasal kelebihan di sebalik nombor-nombor unik ni kan.

Alkisahnya, ada la seorang pengumpul nombor pendaftaran unik ni pergi ke rumah sahabatnya yang berada di sebuah kampung pedalaman di Kelantan. Beberapa hari di sana, ternampaklah dia seorang pakcik dengan kapcai buruk Honda C70 berulang-alik ke kebun getah. Bila ternampak D7 kat motor buruk tu, wahh apa lagi berkobar-kobarlah hati dia. Gila..D7 siapa yang tak nak kan.

Suatu pagi, dia mengajaklah sahabatnya tu pergi ke rumah pakcik motor tu. Sahabatnya kenal orang tua tu, Pak Mail Kawe orang panggil dia. Maka pergilah mereka dengan tujuan untuk membeli nombor tersebut.

Lelaki : "Pakcik, saya ni pengumpul motor klasik, ada bengkel di KL. Saya suka cari motor-motor lama terutamanya Honda C70 ni, buat elok-elok balik dan jual semula. Tak sangka jumpa juga motor ni di kampung ni.."

Pak Mail Kawe : "Ohh..lagu tu ko. Pokcik pun suko motor ni jugok. Kuat ni mace gajoh, naik bukit turun bukit masuk hutan masuk kebun.."

Lelaki : "Pakcik juallah kat saya motor ni, beli yang baru. Lagi kuat takde rosak-rosak ke apa ke. Sekarang motor baru semua bagus-bagus..."

Pak Mail Kawe : "Kalu pokcik beli baru, nanti anok laki pokcik bawak gi rempit-rempit pulok..lagipun mano ado duit nak beli hok baru. Duit getah berapo yo..."

Lelaki : Takpe pakcik..pakcik jual kat sayalah. Saya beli cash RM5000. Esok pakcik boleh pergi beli motor baru. Macam mana?

Pok Mail Kawe : "Hehehehe...(kemudian menghirup kopi). Mace ni lah anok weii...pokcik tahu pasa apo mu ni nak beli motor pokcik, bukan nak ke motor tu sangat tapi mu nak ke nombo plate tu jo...guana, betoo? Ni pokcik nak ghoyak la ni yo..sebenarnya nombor tu pokcik saja-saja letak yo, pokcik pun suko jugok nombor D7 tu hehehe..."

Lelaki : "Hahh..."

Pak Mail Kawe : ..."motor tu guno bawaok gi kebun getah yo..lagipun ni dale kampung ni mano ado polis ko JPJ ko nak kacau...lo ni pokcik suko D7, esok-esok kalu pokcik rajin nak buat WWW1 pulok hehehe. Haa jemput minum air kopi tu..minum minum hehehehe".

Lelaki : (hampehhhh).

Selingan : TS Muhyiddin melawat penduduk kampung dengan membonceng motosikal.

Moshuchi Kata : no. plate kereta saya pernah berada di tempat pertama 4D hahaha...

Friday, June 01, 2012

Kawan Baru

27hb Mei lepas, aku berada di Felda Tementi, Bera kerana menghadiri majlis kenduri kahwin seorang sepupu sebelah isteri. Suasana meriah la dengan orang ramai termasuk saudara-mara sebelah isteri.

Tak sangka pula kat sana aku akan mendapat seorang kawan baru. Masa aku tengah lepak sambil minum sorang2 kat bawah khemah kenduri tu sementara menunggu isteri, ibu dan ayah mertua siap2 nak balik, datang la kawan baru ni minum air juga dan duduk berdekatan aku. Bila tengok dia je aku terus perasan dan cam yang dia ni 'somebody'..cuma tak ingat siapa dia, tengok kat mana, apa dia buat... Akhirnya baru dapat 'tangkap', baru datang jawapan2 tu.

Rupanya dia orang situ juga..rumah keluarga dia selang sebuah saja dengan rumah sepupu (mak saudara) aku tu. Dia balik kampung ziarah keluarga dan kebetulan ada kenduri juga. Kami berborak banyak juga walaupun baru kenal hehehe.

Di kesempatan ini nak ucapkan sekali lagi tahniah kepada kawan baru ni sebab telah mendapat cahaya mata baru beberapa hari lalu.
Inilah kawan baru saya, Suhaimi (bekas anggota kumpulan nasyid InTeam)
Moshuchi Kata : suara dia sedap hehehe...

Monday, April 09, 2012

Menguji Ketahanan Gegendang Telinga di F1 2012

25 Mac lepas sempat la juga aku pergi tengok perlumbaan Formula 1 di Litar Sepang. Tahun ni tak dapat pergi dengan isteri sebab tak sesuai untuk yang lagi 'sorang' kat 'dalam' tu. Gegendang telinga kami dah okey takde masalah dengan bingitan enjin-enjin kereta F1 tapi tak bagus untuk yang kat dalam perut tu. Jadi si isteri pun tak pergilah..kesian dia. Tahun depan la kita pergi lagi okey.

Jadinya, aku pergilah dengan rakan-rakan yang semuanya pertama kali pergi tengok F1. Seronok sangat tengok gelagat diorang. Ada sorang tu berkata "uihhh tak tahan dah telinga aku nih..." Hahaha baru tahu. Ini belum dengar bunyi bingit MotoGP lagi.

Seronoknya tahun ni Malaysia ada 3 pasukan iaitu Caterham (Air Asia/Tony Fernandes), Lotus F1 (Proton) dan juga Mercedes AMG Petronas (Petronas). Walaupun tak menang podium tapi pasukan-pasukan Malaysia tetap hebat.

Perlumbaan mulanya berlangsung dalam hujan renyai-renyai, tapi terpaksa dihentikan sebabnya hujan semakin lebat. Sejam jugalah menunggu. Akhirnya perlumbaan di atas litar lembab memang best tengok. Kalau MotoGP lagi best tengok diorang 'lipat'.

Sangat best petang tu. Terima kasih buat isteri tercinta.


Pasukan Caterham (Air Asia)


Pasukan Lotus F1 (Proton)


Pasukan Mercedes AMG Petronas (Petronas)


Pasukan Red Bull pun garang juga...

Sang juara..Fernando Alonso dari pasukan Scuderia Ferrari. Memang laju...

Dua 'menatang' ni patutnya parking la kat tempat lain, mencacatkan pemandangan je...


Aku n the gangs...

Moshuchi Kata : Gegendang telinga dah lali...

Thursday, March 29, 2012

Catatan BALI : Esa The Best

Aku dan Pae bersama Esa
Entri ini sebagai memenuhi permintaan Saudara Esa iaitu pemandu pelancong kami semasa bercuti di Bali tempoh hari. Permintaan tersebut mudah saja iaitu memperkenalkanya kepada sesiapa saja; rakan-rakan atau saudara-mara di Malaysia yang ingin bercuti ke Bali supaya menggunakan perkhidmatan yang dia/mereka disediakan.

Sesiapa saja yang ke Bali dan menggunakan khidmat pemandu pelancong pasti ada cerita masing-masing samada khidmat yang disediakan bagus atau sebaliknya, seterusnya kita akan panjangkan pula informasi tersebut kepada kenalan-kenalan lain. Masing-masing ada pilihan sendiri.

Bagi aku secara peribadi, aku sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh Saudara Esa dan teamnya. Esa juga seorang yang sangat baik; jujur dalam khidmat yang diberikan, penuh informasi mengenai Bali, sangat membantu dan memahami kehendak pelanggan, bersamanya seperti kita bersama seorang kawan baik dan bukannya seorang pemandu pelancong dan paling penting dia bukan kalangan orang yang suka mengambil kesempatan terhadap orang asing.

Kalau ada sesiapa yang ingin ke Bali, tentulah aku mencadangkan agar menggunakan khidmat Saudara Esa. Bayaran juga berpatutan dan berbaloi dengan khidmat yang diberikan. Contohnya selama 2 hari penuh perjalanan (cuti) di Bali, bayaran yang dikenakan oleh Saudara Esa adalah Rp800,000 atau bersamaan RM250 lebih kurang.

Kepada yang berminat, silalah jenguk ke laman Saudara Esa. Juga boleh ke Bali Driver With Distinction Team kat Facebook. Segala maklumat ada di sana. Selamat bercuti.
Moshuchi Kata : Puas hati...

Thursday, March 15, 2012

Catatan BALI : Pulau Penuh Keunikan

Patung dan tugu ada di merata-rata tempat di pulau Bali.

Sempat melihat upacara pembakaran mayat (kematian) penduduk beragama Hindu.

Suasana jalan di desa (kampung) sekitar Bali.

Upacara keagamaan ada di mana-mana setiap masa.

Upacara keagamaan lagi...

Lihatlah bangunan ni...

Banyaknya katak...

Upacara keagamaan lagi, di tempat/desa yang lain pula...


Antara ribuan kuil yang ada...

Alamakk, ini juga banyak di Bali. Tengkuk ni asyik kembang je...

Pekerja McD yang berbaju kebaya sebagai uniform...
Kepulauan Bali bukan saja penuh keunikan dari segi budaya dan tradisinya tetapi juga pulau yang mempunyai penduduk paling hebat/mahir dalam seni ukiran..apa saja (kayu, batu, tanah, kaca, perak, tembaga dll) boleh diukir cantik.
Moshuchi Kata : Limau Bali yang dijual di sepanjang jalan Jitra - Changlun juga sedap..best hehehe...

Thursday, February 23, 2012

Catatan BALI : Hari Ketiga dan Keempat


Memulakan hari kedua aktiviti berjalan-jalan, pagi-pagi lagi selepas bersarapan kami bertolak ke Kintamani di utara Bali untuk menikmati pemandangan gunung berapi Kintamani serta Tasik Batur. Dalam perjalanan ke sana kami melalui daerah Ubud iaitu kawasan yang terkenal dengan hasil kraftangan daripada emas, perak dan juga lukisan. Di Ubud juga kami sempat singgah di Desa Tegalalang iaitu satu lagi kawasan padi teres yang begitu cantik. Bukit-bukit padi teres di sini lebih curam berbanding kawasan padi teres di Desa Jatiluwih.


Agak tengahari juga baru kami sampai di Kintamani. Wahh memang cantik bila tengok pemandangan gunung berapi ni secara live. Menurut pemandu pelancong kami, kali terakhir gunung ni meletus adalah pada tahun 1988. Kesan dari letusan/limpahan larva juga masih kelihatan sehingga kini. Batu/tanah/pasir hitam dari gunung ini juga telah dijadikan sebagai bahan binaan, ukiran dan sebagainya. Patut la ada sesetengah patung tu berwarna hitam..ermmm. Cuaca kat sini sejuk dan nyaman sungguh, menggigit kulit. Paling tak tahan terpaksa mengelak jurujual-jurujual yang ramai dan mendesak-desak untuk membeli barangan yang mereka jual. Haishhh tak boleh aku..rasa macam nak pelem*&%@ je sorang-sorang.

Tasik Batur, Kintamani

Selepas makan tengahari nasi ayam penyet kat sebuah restoren halal iaitu Restoren Padang di Ubud, kami bertolak balik semula ke selatan, paling selatan pulau Bali iaitu ke Uluwatu. Uluwatu ini adalah kawasan paling selatan di mana terdapatnya cenuram-cenuram tinggi mengadap laut Pentas Sunda dengan binaan-binaan kuil di puncaknya, pantai yang terkenal dengan aktiviti meluncur ombak dan juga merupakan kawasan pemandangan matahari terbenam terkenal. Di sini juga tempatnya diadakan Tarian Kecak dan Api. Tapi kami cut untuk tengok tarian (puja laut) tu dan juga tengok sunset.


Hari tu ombak tak ganas dan aktiviti meluncur tak dapat dilakukan. Mat Saleh berjemur-jemur je sambil orang tempatan dengan upacara ritual mereka.

Mengerikan, namun pemandangan cantik sangat. Pergilah ceruk mana pun, kuil ada di mana-mana. Tengoklah di hujung cenuram tu...
Taknak tunggu sampai sunset di Uluwatu sebab kami nak pergi tengok The Ground Zero of Bali sebelum gelap. Walaupun dah lewat petang, sempatlah juga kami pergi tengok tempat di mana berlakunya kejadian bom pada tahun 2002 yang mengorbankan ramai pelancong asing tu. Kawasan ini sekarang dikosongkan dengan dibina sebuah tugu besar dan tercatat senarai nama mangsa yang terkorban. Walaupun khabarnya sasaran utama pengganas dahulu adalah warga USA tapi yang banyak mati adalah Aussie dan negara-negara lain, US cuma 7 orang saja.

Inilah tapak atau lot bangunan (sebuah bar katanya) asal di mana bom meletup. Ia berhadapan dengan tugu. Sekarang dijadikan kawasan parkir berbayar (dan juga tempat untuk wanita membuang air kecil..hampehh betul hehehe).

Tugu Peringatan mangsa yang terkorban.
Kat sini ada la iras-iras Jalan Telawi, Bangsar atau Jalan Bukit Bintang di KL.
Selepas tu kami balik ke rumah penginapan. Dah cukup berehat, sebelum tengah malam kami keluar lagi jalan-jalan di kawasan sekitar sehingga ke Hard Rock Cafe, beli sedikit cenderamata dan menikmati malam di Kuta. Tak jauh bezanya dengan di Bangsar dan Bukit Bintang.
Selesailah perjalanan kami untuk hari kedua berjalan-jalan di Bali.
Moshuchi Kata : Cuma kat Bangsar dan B.Bintang tak banyak ukiran patung-patung batu je hehehe.

Thursday, February 16, 2012

Catatan BALI : Hari Pertama & Kedua

Bali. Cukup terkenal sebagai antara tempat/pulau pelancongan menarik di dunia. Rasanya tidak perlu promosi yang berlebihan, Bali sedia diketahui masyarakat seantario dunia menerusi bayu-bayu lautnya sahaja yang menghembusi ke seluruh arah benua.

Aku dan isteri juga tidak ketinggalan. Minggu lepas, kami berdua berpeluang bercuti ke sana selama 4 hari 3 malam. 2 hari dikhaskan sepenuhnya untuk berjalan-jalan makan angin/melancong. Sebetulnya kami pergi pada September 2011 lalu (ketika isteri masih lincah hehe) tetapi disebabkan masalah teknikal, tertangguh beberapa bulan. Apapun kami bersyukur kerana tercapai juga hasrat hati untuk bercuti ke sana, termasuk juga baby yang sudah 4 bulan dalam kandungan tu (dulu plan taknak bagi dia ikut hehehe..)

Di sana kami menggunakan khidmat pemandu pelancong iaitu saudara Esa dari Drivers with Distinction. Ternyata ianya berbaloi dan kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh lelaki 30-an tersebut. Beliau sangat baik, ramah, membantu dan mahir tentang selok-belok pulau tersebut. Tanyalah apa saja (dah itu pun kerjanya kan hehehe).

Dari KLIA kami terbang pada pukul 3.30 petang dan sampai sekitar pukul 6.15 petang di lapangan terbang Ngurah Rai, Denpasar. Dalam kapal terbang taklah bosan sangat sebab aku melayan filem hindustan lakonan Salman Khan bertajuk Bodyguard hehe melalui skrin kecil ala-ala iPad yang disediakan di setiap belakang tempat duduk. Hebat. Tapi masa balik takdak dah kemudahan tu sebab kapal terbang model/Boeng kelas lama yang tempat duduknya berwarna-warni tu.

Sampai saja aku ambil teksi terus ke rumah penginapan di Taman Sari II Cottage. Malamnya kami cuma berjalan-jalan santai menyusuri jalan di tengah kota Kuta yang suasana jalannya ada la sedikit ala-ala jalan di Jalan Telawi, Bangsar atau jalan di Pantai Chenang, Langkawi. Kemudian lepak kejap di Discovery Mall (mall yang terbesar di Kuta katanya) sambil menghirup bayu Lautan Hindi dari anjung mall. Pastu balik ke rumah penginapan yang hanya tak sampai 1000 langkah pun hehehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari kedua (hari pertama program makan angin), seawal pagi kami memulakan perjalanan ke Tanah Lot iaitu tempat di mana terletaknya kuil-kuil yang dibina di cenuram batu laut atau batu tunggul di tepi laut. Agak ramai juga manusia di sana dan kebanyakannya adalah pelancong domestik. Kemudian kami bergerak pula ke Desa Jatiluwih (dalam bahasa Bali Jati + luwih bermaksud 'sangat mengagumkan') iaitu kawasan di mana terdapatnya tanaman padi teres yang paling besar/luas di Bali.




Di Jatiluwih, hujan turun renyai-renyai menambahkan lagi kesejukan yang sememangnya telah tersedia menggigit kulit kami. Dah puas menikmati panorama keindahan padi bukit yang berteres-teres, kami menuju pulak ke daerah Bedugul iaitu kawasan di mana terletaknya dua buah tasik iaitu Tasik Buyan dan Tasik Tamblingan atau dipanggil tasik berkembar. Sambil tu singgah di pasar Candikuning iaitu tempat penjualan buah-buahan terbesar. Aku beli la buah strawberi sepaket untuk isteri, manis rasanya tapi buahnya tidaklah se'tampan' strawberi di Cameron Highland, Pahang hehehe.








Di pinggir Tasik Buyan, terdapatnya kompleks kuil Ulandanu yang mana beberapa buah kuil termasuk yang dibina di atas pulau kecil dalam tasik menarik perhatian kami. Tasik agak tenang tapi paras air sedikit tinggi dan tak boleh untuk berjalan ke pulau kecil tersebut. Di sini cuaca sejuk semakin melahap-lahap menggigit kulit kami. Setelah aku buang air kecil di tandas awam dengan bayaran beribu-ribu rupiah, kami meneruskan perjalanan.








Destinasi selanjutnya adalah ke Desa Batubulan untuk menikmati hebatnya Tarian Barong dan Keris. Tarian barong menggambarkan pertarungan di antara kebaikan melawan kejahatan. Barong adalah makhluk mithologi kebaikan dan Rangda adalah makhluk jahat. Layanlah kami lebih kurang sejam setengah persembahan tersebut. Seronoknya bila tengok tarian oleh dua gadis cantik meliut-liut. Barongan ni macam tarian singa masa Tahun Baru Cina pun ada atau macam tarian opera Cina pun lebih kurang juga. Cuma dalam tarian ni ada juga tarian sekumpulan lelaki yang menikam-nikam badan mereka dengan keris, namun tak menembusi kulit atau mencederakan badan. Hebat ilmu hangpa na hehehe.








Selesailah program makan angin untuk hari pertama. Kami balik ke rumah penginapan dan sampai pun dah hampir senja. Malamnya ingat nak keluar jalan-jalan lagi tapi badan letih sangat. Layan sinetron (banyak gila siaran sinetron) kejap pastu dua-dua 'hanyut'.


bersambung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.