



Hujung minggu lepas, aku dan isteri sempat bersantai kejap sambil layan filem ni kat GSC Alamanda. Sebelum ni isteri ada cakap teringin nak tonton masa filem baru mula tayangan di pawagam-pawagam. Oleh kerana filem pun bersesuaian dengan 'suasana' kami pada waktu ni..jadi layan. Baby kat 'dalam' pun elok je tak meragam.
Moshuchi Kata : Aku dah bersediaaa.... Sebenarnya ada banyak lagi gambar, tapi orang yang ambil gambar tu (tuan punya kamera) tak bagi-bagi lagi kat aku haihhhh... Ini saja gambar yang ada buat masa ni hehehe... Nanti dah dapat aku masukkan la gambar yang memperlihatkan suasana majlis tu. Dalam gambargambar tu aku pun hensem hakhakhak...puiiiii.
Sebelum tu, nak tanya korang. Apakah maksud APC yang sebenarnya? Bukan apa, pertamanya ada jabatan yang penerimanya mungkin orang yang sama setiap tahun atau tahun berdekatan..keduanya, ada pula jabatan yang buat secara pusingan/rotation. Maknanya setiap orang dalam jabatan akan merasai APC bila sampai gilirannya (walaupun mungkin dia tak cemerlang pun).
Kadang-kadang soal APC ni boleh buat orang tak bertegur sapa, buat orang mengalir air mata, berpestanya geng-geng 'kiah radio', fitnah dan sebagainya.
Kampung aku merupakan sebuah kampung di pesisir pantai Laut China Selatan. Rumah keluarga aku pula mengadap laut yang luas. Jadi rezeki atau sumber protien dari isi perut laut ini sememangnya melimpah ruah jika berusaha mendapatkannya. Apatah lagi jika tibanya sesuatu musim 'berpestanya' udang, ketam, kepah dan pelbagai jenis ikan seperti gelama, belanak, sembilang, bawal dan banyak lagi. Maka seisi kampung malah manusia dari luar juga akan berpesta di pantai kampung aku. Rezeki Tuhan sama-samalah kita nikmati.
Baru-baru ini udang putih dan udang harimau naik berpesta di pantai. Mungkin juga 'berdemonstrasi' kerana terpengaruh dengan situasi politik negara hari ini hehehe. Jadi ketika balik kampung hari tu, sempatlah juga aku menikmati manisnya udang-udang segar ini. Terlupa nak bagitau, semua hasil laut ini ditangkap menggunakan pukat tarik saja. Tarik dengan ayah dan adik-beradik. Kalau nak merasai pengalaman menarik pukat, jom ke kampung aku.
25 Mac lepas sempat la juga aku pergi tengok perlumbaan Formula 1 di Litar Sepang. Tahun ni tak dapat pergi dengan isteri sebab tak sesuai untuk yang lagi 'sorang' kat 'dalam' tu. Gegendang telinga kami dah okey takde masalah dengan bingitan enjin-enjin kereta F1 tapi tak bagus untuk yang kat dalam perut tu. Jadi si isteri pun tak pergilah..kesian dia. Tahun depan la kita pergi lagi okey.
Pasukan Lotus F1 (Proton)






Mengerikan, namun pemandangan cantik sangat. Pergilah ceruk mana pun, kuil ada di mana-mana. Tengoklah di hujung cenuram tu...
Inilah tapak atau lot bangunan (sebuah bar katanya) asal di mana bom meletup. Ia berhadapan dengan tugu. Sekarang dijadikan kawasan parkir berbayar (dan juga tempat untuk wanita membuang air kecil..hampehh betul hehehe).
Tugu Peringatan mangsa yang terkorban.