Thursday, December 06, 2012

Janggut Suami Suburkan Isteri


Kalau anda perempuan, apa pandangan anda; lelaki yang berjanggut lebih kacak (atau sekarang ni orang selalu sebut macho..apa-apalah) atau tidak? Terpulang kepada anda. Ada yang kata ya, tak kurang juga yang kata tidak. Penerimaan masing-masing. Aku pernah simpan janggut (pendek dan rapi) tetapi dilicinkan bahagian atas bibir (misai/kumis), isteri aku kata “okey, nampak lebih hensem”. Hehehe.

Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa Rasulullah SAW 

Tun M : Kisah Di Sebalik Serangan Jantung


Baru-baru ni (tak baru la juga..bulan 10 hari tu hehe) aku ada menghadiri (serta terlibat sebagai urusetia) sebuah majlis bual bicara bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, siapa lagi kalau bukan mantan Perdana Menteri serta negarawan tersohor negara. Apa yang menarik perhatian, Tun M walaupun sudah berusia 80-an tetapi beliau masih lagi kelihatan sihat dan gagah, menawan dan mengujakan sesiapa sahaja melalui aura-auranya.

Wednesday, November 28, 2012

Huru-Hara Di Atas Katil

Baru-baru ni aku dapat satu email dari bos lama aku. Ingatkan ada urusan rasmi pasal kerja ke apa. Buka je email tengok..ehh terkejut aku. Rupanya email pendek dan ringkas dari dia tu cuma tertulis "nak jadi yang macam mana satu" berserta dikepilkan/attachment beberapa gambar dalam sekeping kertas A4. Gambar seperti kat bawah ni.

Syed Mokhtar Al-Bukhary; Ketahui Kisahnya



Entri tumpang promosi hehe. Baru-baru ni dah diterbitkan satu buku biografi seorang tokoh yang semua orang kenal. Bukunya ringkas saja, tak tebal sangat serta dihiaskan juga dengan beberapa gambar berkaitan. Harganya pun murah cuma RM19.90 saja. Promosi di atas adalah dari MPH Bookstores Sdn. Bhd., tapi kat mana-mana kedai buku pun ada dijual buku berkulit hitam ni. Bagus membaca buku-buku biografi tokoh-tokoh terkenal sebab banyak manfaat

Monday, November 05, 2012

Jenis Pendengki, Kopak Je

Di kawasan rumah aku, ada banyak lot-lot parkir yang disediakan oleh pihak berwajib secara percuma. Kiranya siapa sampai dulu dia dapatlah. Blok rumah aku misalnya, selain ada dua aras parkir iaitu di aras bawah atau ground dan aras satu disediakan lot parkir (berbumbung - dalam bangunan), di sekeliling blok pula terdapat banyak sangat lot parkir. Tapi biasalah orang kita, tidak mahunya parkir kereta jauh-jauh.

Entah tak faham aku, mungkin takut kereta kena curi atau memang jenis malas nak berjalan jauh sikit. Maka jadinya, penuhlah kereta yang diletakkan berdekatan dengan lobi atau pintu masuk ke blok. Kalau boleh di depan lif pun nak diletakkan kereta. Selagi ada ruang yang dekat dengan pintu masuk, walaupun mungkin menyusahkan orang lain pula nak keluar masuk kereta selepas tu, lantaklah apa peduli.

Friday, November 02, 2012

Falsafah Tentang Kehidupan

Foto : admya.blogspot.com

Cerita ini mungkin korang dah pernah baca atau dengar. Entah berapa kali cerita ini diulangsiar atau dihebahkan aku sendiri tidak pasti, malah siapa yang memulakannya pun aku tidak tahu. Kisah ini aku perolehi melalui perkongsian maklumat sesama rakan di alam maya. Oleh kerana ia adalah perkara yang baik dan manfaat, apa salahnya jika diulangsiarkan untuk iktibar kita semua.

Kisahnya; Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah.

Thursday, November 01, 2012

Nama Eksklusif Untuk Anak

Pagi tadi dapat berita dari seorang teman baik, atau lebih tepat lagi rakan sebilik ketika sama-sama tinggal di Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya dahulu iaitu beliau sudahpun bergelar bapa. Tahniah. Isterinya selamat melahirkan anak lelaki sulung mereka semalam di Hospital Kuala Lumpur. Esok lusa jika berkelapangan bolehlah nak pergi melawat. Soal nama anak tersebut, masih terlalu awal dan tak sepatutnya dipertanyakan langsung lagi.

Begitu juga seorang lagi sahabat, Yaya yang sudahpun juga bergelar ibu kepada seorang anak lelaki comel setelah sebelum ini agak lama menunggu. Tahniah kepada Yaya dan si suami, Wan. Katanya anak kecil tersebut bernama Kamil, nama penuhnya aku tak bertanya lanjut pula. Nanti-nantilah.

Seorang lagi sahabat, bro Hadi yang juga mempunyai seorang anak kecil perempuan bernama Cahaya Balqis.

Thursday, October 25, 2012

6 Persoalan Hidup Oleh Imam Al-Ghazali

Berikut adalah di antara 6 persoalan hidup yang dikemukakan oleh Iman Al-Ghazali kepada pelajar-pelajarnya;

1. "Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?"Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.

2. "Apakah yang paling JAUH dengan diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang-bintang.

Bos Paling Baik Di Dunia


Anda pernah bekerja dengan bos yang macam ni tak?
Sila baca cerita di bawah.

Seorang bos entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari ni. Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari ni dia benarkan tapi dengan alasan mestilah berkaitan sembahyang saja. Tau-tau macam tu ada la 4 orang pekerja bawahan terus datang minta nak balik awal.

Pekerja 1 : Salam bos, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah, boleh tak bos?
Bos : Waalaikumsalam. Tak boleh. Kat sini kan ada surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya.

Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kut bos?
Bos : Hang apa pasai pula?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ka dak? Kot-kot dia ponteng!
Bos : Tak payah balik la, hang telefon saja bini hang suruh dia tengokkan.

Pekerja 3: Salam Boss.
Bos: Waalaikumsalam. Hah apasal pulak ni, nak balik awal juga ke?
Pekerja 3 : Errr!! Ye bos, bos baik!! he..hehee.
Bos : Alasan apa pula engkau ni?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah bos. Boleh kot bos balik awal ye?
Bos : Tak usahlah. Itu fardu kifayah..orang-orang kampung yang ramai tu boleh sembahyangkan. Engkau berdoa kat sini pun boleh. Dah, pergi buat kerja.

Pekerja 4: Bos, saya nak minta balik awal boleh tak hari ni?
Bos : Kenapa pula?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon tadi, dia kata dia dah boleh sembahyang, bos.
Bos: Ohh ye ke! Haa..kalau macam tu kau pergi baliklah. Kesian kau dah seminggu menunggu.

Pekerja 4 : Ima acih bos, hehehee.

Moshuchi Kata : Selalu pergi bersembahyang Jumaat dengan bos...

Friday, October 12, 2012

Nak Umur Panjang Sehingga 100+?

Tahukah kita mengamalkan meminum secawan air teh O setiap pagi boleh mengawal berat badan? Jika kita mengamalkannya, berat badan kita (InsyaAllah) akan berkurangan.


Sebenarnya di dalam Al-Quran telah mengajar kita tentang tatacara untuk menjaga kesihatan dan petua pemakanan yang baik, antaranya :-

1. Mandi pagi sebelum Subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamal mandi pagi kebanyakannya badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan meminum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsayAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut secara serentak (pada masa yang sama). Nabi pernah menegah kita memakan ikan bersama susu, di bimbangi akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan menggunakan tangan dan apabila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga para saintis telah menjumpai bahawa enzim (sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak terhadam) banyak terkandung di celah-celah jari-jemari iaitu 10 kali ganda banyak berbanding yang terdapat dalam air liur.


Ini adalah Tok Wan (datuk sebelah emak) aku. Umurnya sekarang dah 105 tahun. Sekarang masih lagi sihat fizikalnya cuma mental saja semakin lemah (nyanyuk). Menurut emak, memang dari muda dia mengamalkan petua yang nombor 4 dan 5 tu. Selain itu juga, semua lauk-pauk makanan dia hanya dipanggang atau direbus saja, dia memang anti goreng. Satu lagi menu wajib makanan dia adalah ulam-ulam hijau yang pahit-pahit dan dimakan mentah-mentah.

Sebenarnya kita kalau boleh nak hidup ni sihat dan gembira saja, umur tak sampai 100 pun takpa. Tapi kena beringatlah, segala-galanya yang tak sihat atau tak elok untuk tubuh kita tu akan 'masuk' melalui mulut kita.

Moshuchi Kata : Aku pun ala-ala Tok Wan juga...tapi melepasi 100 tu tak kot hehehe.

Kita Makan Fomilin Setiap Hari



Tahukah kita sebahagian besar ikan-ikan yang kita makan setiap hari adalah ikan yang diimport dari negara Thailand. Setelah ikan-ikan didaratkan, ia akan dimasukkan ke dalam kontena dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air batu supaya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia atau Singapura. Perjalanan biasanya mengambil masa selama enam, tujuh atau lapan jam. Apabila ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia, tentulah ia dalam keadaan lesu dan telah kurang segar.

Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini, pihak pengusaha perikanan di negara Thailand kini menggunakan suatu teknik baru. Tahukah kita teknik baru yang digunakan itu? Sebelum dieksport ikan-ikan direndam dahulu di dalam air yang dicampur dengan bahan kimia bernama Fomilin. Ini bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan lama, keras dan kelihatan masih segar atau nampak baru.

Fomilin merupakan sejenis bahan kimia yang kegunaannya disuntik ke dalam mayat-mayat supaya ia boleh bertahan lama. Dalam istilah Inggeris ia juga disebut 'embalm'. Bagi mayat Islam tentulah ia diharamkan disuntik dengan bahan kimia ini. Jadi, tanpa disedari ikan-ikan yang kita makan setiap hari mengandungi bahan kimia ini. Dari segi Islam, apa hukumnya pulak kan?

Ikan-ikan masin yang datang dari Thailand juga difahamkan turut direndam dengan bahan ini juga ketika proses penghasilannya.

Namun ada juga caranya untuk kita mengesan samada ikan yang ingin dibeli mengandungi Fomilin atau tidak. Kalau ikan-ikan yang dijual di pasar itu tidak dihinggapi lalat lansung, bermakna ikan-ikan tersebut telah direndam dengan Fomilin. Tentulah lalat-lalat lebih mengetahui.


Sebenarnya, produk dari Thailand ni semuanya ‘sedap’ dan nampak bagus-bagus. Sama juga dengan buah-buahan dari sana, buah yang jenis masam pun boleh jadi manis rasanya. Produk jeruk atau asam-asam pun sama, entah bagaimana mereka hasilkan. Jadi fikir-fikirlah apa benda yang mereka buat. Kita jangan asyik seronok membeli dan makan saja.

Moshuchi Kata : Suka makan ikan masin yang emak buat...

Thursday, October 11, 2012

Wanita Lebih 'Hebat' Di Jalan Raya?

Antara lelaki dan wanita, siapa yang paling 'hebat' ketika memandu di jalan raya?

Hebat yang dimaksudkan bukanlah hebat seperti memandu ketika perlumbaan-perlumbaan kereta (terang dan jelaslah bahawa golongan lelaki lebih hebat dari segi itu) tetapi maksud tersirat adalah dari aspek cara pemanduan yang menyumbang atau mengundang perkara-perkara yang tidak selamat di jalan raya seperti menjadi punca berlakunya kemalangan.

Sebelum itu, aku minta maaf kerana entri ini bukanlah sebuah penulisan yang mendiskriminasikan golongan wanita. Ini hanya luahan pendapat melalui pengalaman dan pemerhatian sepanjang masa.

Jika ditanya kepada lelaki tentu jawapannya wanitalah yang kurang berhemah di jalan raya dan jika ditanya kepada wanita pula tentu sekali jawapannya lelakilah paling tidak berhemah ketika di jalan raya. Jadi yang mana betul? Siapa yang betul dan siapa yang tidak? Aku sendiri tiada jawapan. Ada suatu kajian yang dijalankan di Eropah yang aku pernah baca dahulu, menurut kajian tersebut golongan lelaki mempunyai kelebihan dari segi mengukur atau menilai sesuatu jarak (jarak bahaya) ketika memandu. Misalnya dapat mengukur jarak kelajuan kereta di hadapan ketika ingin memintas/memotong, ketika ingin membelok, menyeberang jalan malah juga dapat mengukur jarak dengan baik ketika ingin meletakkan (parking) kereta di sudut-sudut tertentu. 

Mungkin ada benarnya hasil kajian tersebut. Mungkin juga ada kajian-kajian lain (yang kita tak tahu/tak baca) yang mempunyai hasil yang pelbagai. Mungkin ada golongan wanita yang berkata bahawa mereka juga boleh atau cekap dalam menilai/mengukur jarak bahaya begitu. Ya, aku tak nafikan. Itu hak masing-masing. Jika tidak masakan ramai wanita yang boleh memandu, kan?

Persoalannya antara lelaki dan wanita; siapa lebih berhemah dan bersopan di jalan raya? Siapa lebih bercermat dan bertimbang rasa di jalan raya? Siapa lebih berhati-hati ketika di jalan raya? Termasuklah juga di lebuh raya. Aku tiada jawapan. Jawapannya kenalah tanya diri sendiri masing-masing. Lihatlah sekeliling. 

Ramai orang yang sangat 'berhati-hati' di jalan raya atau lebuh raya tetapi sebenarnya ia mengundang pula bahaya kepada pengguna yang lain. Ini termasuklah juga mereka yang suka 'bercuti-cuti Malaysia' di jalan raya atau lebuh raya, baik lelaki baik wanita. Kita mungkin merasakan kita sudah berhemah, tetapi tidak kepada pengguna yang lain.

Satu kes aku nak kongsi. Kejadian ni aku sendiri yang alami tiga hari lepas. Situasinya sebuah kereta dipandu wanita yang ingin memasuki jalan utama di simpang tiga jalan. Kereta aku di belakang kereta wanita ni. Ketika berhenti di simpang jalan, bahagian depan keretanya sudah terlebih di jalan utama. Menyedari kesilapan tersebut dia terus undur ke belakang. Baguslah dia sedar kesilapan tu. Tapi yang tak sedapnya dia sudah 'tonggek bontotnya' kat aku. Alahai kak, tak sedar ke ada orang di belakang atau tak tengokkah cermin sisi atau cermin pandang belakang tu? Aku keluar dari kereta, tengok tempat yang digesel. Nasib baik tak 'terluka' baru walaupun ada parut-parut luka lama kat situ. Mungkin bila nampak aku macam tak berkisah, dia pun terus jalan dengan lajunya. Haii 'berbudi bahasa' sungguh di jalan raya kan? Mujurlah aku ni bukan jenis baran atau kaki roadbully.

Itulah kisahnya. Bukan nak ambil kesempatan untuk mengatakan bahawa golongan wanita 'hebat' di jalan raya tapi sekadar berkongsi cerita melalui pengalaman dan pemerhatian. Apakah situasi ini membuktikan  kajian tentang mentafsir/mengukur jarak bahaya yang dibuat tu betul, yang menyatakan lelaki punya kelebihan?

Sebelum tu, layan dulu gambar-gambar santai yang dihantar oleh seorang sahabat melalui email tentang 'hebatnya' wanita ketika memandu (semua ni wanita di luar negara, wanita di Malaysia okey).

    




Polis tak Polis...

Yang ni paling best hehehe...macam tu ke pakai topi keledar?


Yang ini pula di Malaysia, di kawasan rumah aku. Tak tahulah ini lelaki punya kerja atau wanita. Tapi kalau beginilah sikap kita..lu pikirlah sendiri.

Moshuchi Kata : Nak ambil lesen kereta kebal pula la hehehe...

Orang Jujur Lebih Sihat


Bagi mendapatkan tubuh yang sihat, pastikan kita mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan, melakukan senaman secara rutin serta tidak bercakap bohong. Menurut suatu penyelidikan dari Amerika Syarikat, orang yang bersikap jujur memiliki tahap kesihatan yang lebih baik daripada sudut mental dan juga fizikal. 

Penyelidikan oleh Anita Kelly, Pakar Psikologi dari Notre Dame menyatakan bahawa apabila kurang berbohong, kita mampu mencapai tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi. Berbohong bukan sahaja boleh menyebabkan stress atau tekanan malah mampu memicu kepada keretakan sesebuah hubungan.

Sumber : Majalah iSIHAT edisi Oktober 2012

Moshuchi Kata : Kalau berbohong dengan diri sendiri, lagilah tak sihat kan...

Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013; Si Baju Hijau


"Si baju hijau, sedang bertugas..." itu adalah sebahagian lirik lagu Si Baju Hijau yang mengisahkan tentang pengorbanan serta kehidupan anggota tentera. Tapi aku bukan nak bercerita mengenai tentera.

Pun bukan juga untuk mengulas lanjut tentang isi kandungan Bajet 2013 yang dibentangkan semalam oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Secara keseluruhannya Bajet 2013 adalah yang terbaik dan menepati setiap sudut keperluan bagi kesejahteraan rakyat dan memakmurkan negara. Sesuailah dengan temanya Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat; Sebuah Janji Ditepati.

Antara yang menarik ialah potongan 20% kepada peminjam-peminjam PTPTN yang menyelesaikan hutang pinjaman pendidikan mereka secara sekaligus manakala potongan 10% bagi yang membuat bayaran secara berkala dengan rekod baik. Begitu juga perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan 1Malaysia; BR1M, PR1MA, KAR1SMA, Klinik 1Malaysia dan banyak lagi yang kesemuanya memberi kelebihan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Ucapan terima kasih kepada PM juga kerana memberi bonus satu setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan tiga kali bayaran. Sekali sudah selesai sebelum Aidilfitri lalu dan ada dua kali lagi pada Disember dan Januari 2013 nanti. Ia sangat bertepatan kerana waktu itu adalah waktu sesi persekolahan dibuka. Tentulah ia meringankan sedikit beban kepada ibubapa bagi mempersiapkan keperluan anak-anak memasuki sekolah. Janganlah ada pihak yang merasakan bonus tersebut terlalu besar bagi penjawat awam kerana ada pihak-pihak lain yang pernah merasai bonus yang berbulan-bulan banyaknya.

Kata taknak ulas lanjut pasal Bajet 2013, tapi panjang juga tulis hehehe. Okey, apa yang aku nak ketengahkan dalam entri ini ialah tentang tema atau warna baju Melayu yang dipakai oleh PM dan TPM. Perkara ini sememangnya menarik perhatian aku. Baju Melayu PM yang berwarna hijau tua itu cukup cantik dan nampak beliau sangat segak. Kemudian terlihat pula kepada TPM, beliau juga nampak segak berbaju Melayu berwarna biru tua.


Timbul persoalan di benak fikiran, apakah ini cuma suatu kebetulan atau ada sesuatu maksud yang ingin disampaikan oleh dua tokoh utama negara ini. Bagi mana-mana pemimpin besar di mana pun, soal penampilan dan pemilihan pakaian bukanlah perkara yang remeh-temeh. Soal jenis, warna, gaya dan lain-lain yang berkaitan sangat dititikberatkan agar menepati dengan keadaan, tema atau majlis. Jadi tentulah bukan sembarangan baju atau warna yang akan dipakai oleh PM, apatah lagi yang berwarna hijau seperti ini.

Sebenarnya warna apa sekalipun tidak salah dipakai, cuma dalam situasi ini aku hanya ingin berfikir di luar kotak saja berdasarkan kepada apa yang aku rasa, yang naluri aku berkata. Warna biru tua adalah warna rasmi bagi Barisan Nasional manakala hijau tua pula warna rasmi bagi parti PAS. Dalam politik, soal warna-warna ini juga boleh menjadikan atau mewujudkan suasana kacau-bilau, pertembungan sentimen, provokasi, kontroversi dan sebagainya hanya kerana warna. Tetapi PM dilihat begitu bersahaja dan nampak selesa berbaju hijau. Bukannya apa, kerana ada sesetengah pihak yang sangat jumud dan tipikal bersoal dengan warna ini terutamanya warna hijau.

Bagi aku ini mungkin maksud yang ingin disampaikan oleh PM dan TPM. Sudah sampai masanya semua umat Melayu Islam di Malaysia ini bersatu padu berganding bahu bagi bersama-sama membangunkan agama, bangsa dan negara. Membangunkan agama saja tanpa bangsa atau membangunkan bangsa saja dengan meninggalkan agama, kedua-duanya adalah tidak menjadi bagi umat Melayu di Malaysia. Kedua-duanya harus selari dan setelah berpadu kekuatan Melayu maka mudahlah bagi membangunkan negara. PM dilihat begitu open minded. Ini juga memberi maksud yang beliau bersedia atau berlapang tangan untuk seluruh umat Melayu bersatu dan menjadi kuat. 


Gambar PM berbaju hijau bukan baru, malah dalam gambar rasmi beliau yang digunakan di seluruh negara juga beliau mengenakan baju Melayu berwarna hijau, hijau yang sedikit terang. Tapi tetap hijau. Kenapa beliau tidak berbaju Melayu berwarna biru tua? Sedarlah kita, fahamlah kita.

Sudah sampai masanya seluruh umat Melayu Islam di negara ini bersatu dan berpadu menjadi kuat. Sudah lama kita dibuai mimpi yang dicipta oleh musuh-musuh Islam juga oleh kita sendiri yang sedikit demi sedikit telah melemahkan diri kita sendiri. Manakala pihak musuh menanti masa untuk menguasai setelah satu persatu jarum perpecahan disuntik ke dalam diri orang Melayu Islam. Sedarlah, kita hanya tinggal kuasa politik saja yang masih tertinggal, jika ini juga kita hancurkan maka hancurlah Melayu dan Islam di zaman anak cucu cicit kita nanti. PRU13 adalah 'padang peperangan' kita yang terbesar, sedarlah dan jadilah 'tentera' yang terbaik.

Ada reaksi daripada seorang teman berhubung soal baju hijau ni dalam Facebook, katanya "nak orang hijau (PAS) menjadi PM baru ok.." Aku balas "takdak masalah, tapi sebelum jadi PM kena pandai mencari kawan dulu.." Entah dia faham atau tidak, tapi tentunya dia faham maksud aku tu.

Tidak dilupakan, ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari Kementerian Kewangan di atas komitmen dan usaha keras dalam penyediaan Bajet 2013 ini.

Moshuchi Kata : PM juga dilihat suka pakai baju warna pink hehehe


Thursday, September 27, 2012

Nazmi Faiz Dalam Game FIFA13


Malaysia Boleh. Satu lagi pencapaian anak muda Malaysia. Nazmi Faiz bukan sahaja telah mencipta nama sebagai pemain negara pertama bermain dalam liga bolasepak profesional Portugal, malah baru-baru ini beliau telah didigitalkan secara teliti dalam permainan bolasepak maya popular EA Sport FIFA 13. Kini kita boleh berbangga kerana kita semua boleh merasai pengalaman menjadi Nazmi Faiz sendiri bermain untuk FC Beira Mar di Liga Eropah. 

Kepada kaki-kaki game bola yang biasa bermain permainan EA Sport FIFA ini, tentu kita tahu bahawa kita boleh menjadikan seseorang pemain dan pasukannya itu sebagai juara liga, juara dunia malah pemain terbaik melalui  kepakaran kita masing-masing. Jom kita jadikan anak Malaysia sebagai pemain bolasepak terbaik dunia walaupun hanya di dalam maya.


Moshuchi Kata : Berkenan dengan jersi SC Biera-Mar tu...cantik.

Asian Wave 2012, Syabas Shila Hamzah


SEPANG, 26 Sept (Bernama) -- Shila Amzah mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 di Shanghai, China, Khamis lepas.
Tetapi, perkara yang lebih membanggakan seluruh rakyat negara ini ialah apabila pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah ini berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia pada peringkat akhir pertandingan itu dengan mempersembahkan lagu dalam tiga bahasa yang berjudul Gemilang, nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade oleh Bruno Mars dan ''Zheng Fu'' oleh Na Ying. Berita lanjut di http://my.entertainment.yahoo.com/news/shila-amzah-bangga-dapat-tonjol-1malaysia-kepada-dunia.html.
Banyak perkara yang boleh dibanggakan dengan kemenangan Shila Hamzah ni. Beliau berjaya menunjukkan sebuah persembahan yang mantap dengan suara yang juga mantap, penampilan dan imej yang Islamik, penguasaan bahasa asing yang baik serta menzahirkan sikap atau cara orang Malaysia (Melayu) yang sentiasa berbudi bahasa dan merendah diri. Dia membuktikan Malaysia Boleh.
Reaksi daripada juri-juri membuktikan bahawa Shila Hamzah begitu memukau mereka semua sehinggakan ada juri yang merasakan bahawa bulu romanya telah mencacak bila mendengar nyanyian Shila. Bila menyanyikan lagu Mandarin pula, tentunya Shila berjaya menyanyikannya dengan baik hinggakan ada antara juri yang ikut menyanyi bersamanya. Syabas buat Shila.
Syabas juga kepada si cantik manis ini kerana telah 'berhijrah', lebih cantik dan manis dari dahulu. Boleh saksikan video penuh persembahan Shila di sini http://www.youtube.com/watch?v=DFwaeK6CWPg&feature=related

Kalau orang kata Shila penyanyi yang bagus, betul..inilah buktinya.
Moshuchi Kata : Harap Shila tak muncul di pentas-pentas ceramah politik pula ye kehkehkeh...

Monday, September 24, 2012

Hadiah Buat Isteri

 

iPhone 4s, hadiah buat isteri tercinta sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan seorang bayi perempuan kami yang comel, Ammara Nageena. Namun apalah sangat gadjet ini jika dibandingkan dengan kesusahan dan pengorbanan yang ditanggung isteri sepanjang 9 bulan mengandung hingga melahirkan anak kami. Selain ungkapan yang keluar dari hati dan mulut sebagai menghargai isteri, inilah hadiah buatnya.

Selain itu, ia juga adalah hadiah sempena hari ulangtahun pernikahan kami yang ke-2 pada 16 September lalu. 

Ada rakan mengatakan Samsung Galaxy S III lagi cun dan cantik. Tapi aku tetap merasakan iPhone 4s yang lagi cantik dan terbaik. Dari survey yang dibuat ke atas isteri secara tidak langsung juga menunjukkan bahawa dia sukakan iPhone 4s. Sebab tu aku pilih jenama Apple ni. 



Ermmm...fahamlah sekarang kenapa rakan aku tu kata Samsung Galaxy S III lagi cantik. Memang cantik pun hehehe. Tapi apapun, iPhone 4s aku tu tetaplah yang tercantik.

Moshuchi Kata : Aku tetap setia dengan 'Cik Norkiah' yang super lasak tu...

Merdeka Raya 2012

Salam,

Masih lagi entri pasal raya (aiii lambat betul kemaskini..) walaupun Syawal sudah berlalu. Peristiwa ni (11 September 2012 / 24 Syawal 1433) semasa menyambut majlis jamuan hari raya jabatan aku yang bertemakan Merdeka Raya 2012; Syawal Dirai Kemerdekaan Dihayati. Ini kerana selain kita menyambut Aidilfitri, kita juga telah menyambut Hari Kebangsaan ke-55 pada 31 Ogos lalu. Selain itu, kita juga akan menyambut Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun. Jadi bertepatanlah majlis tersebut disekalikan selain menjimatkan masa dan perbelanjaan. Namun yang paling penting ialah semangat kita dalam menjiwai sesuatu hari perayaan samada yang berkaitan dengan agama atau negara bangsa..semangat mesti kuat dan mendalam.


Bersama Bro Hadi. Baju kau buat mata aku bersilau-silau la bro hehehe...

Pada majlis itu juga, aku dan seorang lagi rakan (Ilyana) dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengacara majlis. Kalau nak pelawa diri memang taklah kot, tapi bila dah 'dipetik' pihak atasan, alahai redah ajelah. Orang dah bagi kepercayaan kita jalankanlah tanggungjawab sedaya mampu. Alhamdulillah majlis berjalan lancar (sebab majlis yang tak banyak protokol/santai senang sikit nak handle hehehe).



Bro Hadi dan Cik Hasina...kedua-duanya adalah pemenang bertuah acara Cabutan Bertuah. 

Dah dalam entri bau-bau raya ni, sekali lagi aku nak berayalah..menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua rakan taulan yang mana mengenali andai ada salah silap sebelum ni. Kosong kosong lah eh...dan biarlah kosong kosong tu sampai bila-bila.

Moshuchi Kata : Tak sempat nak makan..tapi terasa kenyang.

Tuesday, September 11, 2012

Di Mana Anda Pada 11 September 2001?

Ketika kejadian yang dianggap maha dahsyat (bagi sesetengah orang/pihak) ini berlaku 11 tahun lalu, aku sedang bersantai-santaian dengan teman-teman di hostel, aras 1 blok E Kolej Kediaman Kelima (Dayasari) Universiti Malaya. Selepas berita tersebut tersebar, melompat kami semua untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku. Pantas rakan sebilik aku 'on' TV dalam bilik kami (hehe ada TV dalam bilik hostel). Setiap saluran menayangkan berita yang sama siap dengan visualnya sekali. Memang terlopong dan terdiam kami ramai-ramai waktu itu. Terdengar juga bunyi jeritan-jeritan (ada juga bunyi seperti sorakan) kedengaran dari aras-aras lain. Tidak berapa lama selepas itu, keadaan di hostel kembali seperti biasa, tidak ada riuh-rendah lagi. Sebelum masing-masing meninggalkan bilik aku, terdengar berbagai pendapat yang keluar dari mulut mereka..

"Aku tak terkejut, eloklah diorang terima padahnya".
"Hebat..macam filem-filem yang diorang buat sendiri".
"Ermm...betul ke ni orang Islam yang buat?"
"Semua tektik diorang ni, tengoklah apa perancangan diorang lepas ni..habislah Islam"

Memang pun, kejadian itu telah menimbulkan pelbagai reaksi di seluruh dunia, apatah lagi pelbagai persepsi turut mula tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Peratusan paling tinggi tentulah kesalahan dan tanggungjawab tersebut terhumban ke atas bahu Islam. Ekoran kejadian tersebut, Amerika mendapat tiket percuma untuk memusnahkan Afghanistan (kemudiannya Iraq..termasuk situasi tegang di seluruh tanah Arab kini).

Malah sehingga kini banyak kajian dan siasatan berkenaan hancurnya dua tiang Amerika itu menunjukkan dua perspektif atau jawapan yang berbeza. Tiada satu jawapan yang super total. Mungkin pengganas Islam yang bertanggungjawab, tetapi tidak mustahil juga Amerika sendiri sanggup memusnahkan sedikit 'rumahnya' bagi membolehkan mereka 'menguasai tanah-tanah' baru. Aku sendiri tiada jawapan, tetapi melalui pembacaan dan kajian kita boleh memahami sedikit-sebanyak hubungkait dan pertalian ekoran kejadian ini. Apa pandangan anda semua?

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak terlalu membuatkan kami 'gila' waktu itu. Reaksi kami masih biasa-biasa saja di hostel. Berbanding dengan kejadian Dewan Tunku Canselor (DTC) terbakar pada tahun yang sama juga kalau aku tak silap, kami melompat terus ke DTC untuk melihat kejadian yang sebenar serta membantu bersama-sama Pasukan Bomba bagi menyelamatkan dewan agung universiti kami. Kami menjadi ramai datang dari berbagai kolej yang ada dalam universiti. Kemusnahan dewan DTC (bahagian dalaman saja) memang membuatkan kami sedih dan sayu. Ada juga yang menangis seperti kehilangan ibu tercinta. Betapa sayangnya kami kepada universiti. Kejadian ini betul-betul menyentuh hati sanubari kami (aku).

Satu lagi kejadian yang menyentuh hati sanubari aku, juga ketika di universiti dalam tahun 2003. Waktu itu kami sedang menikmati makan tengahari di dewan makan sambil setiap TV yang terpasang di dewan makan menyiarkan suatu perhimpunan besar. Apabila kejadian tersebut belaku, kami masing-masing terdiam dan menumpukan sepenuh perhatian. Akhirnya terbayang perasaan sedih dan sayu, juga perasaan kehilangan terpancar di setiap wajah kami. Hati sanubari kami (aku) tersentuh lagi bilamana Perdana Menteri yang disegani menangis seperti budak kecil di atas pentas sambil 'mengundurkan diri'.

Tetapi kejadian 11 September 2001, kami hanya biasa-biasa saja. Di mana anda ketika tarikh dan waktu itu? Perasaan anda bagaimana?

Moshuchi Kata : Amerika dan Israel tidak jauh beribu-ribu batu, hanya berada di selatan tanahair saja...

Thursday, September 06, 2012

Aidilfitri, Dahulu Berdua Sekarang Bertiga

Masih belum lewat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan/sahabat. Kepada sesiapa yang mengenali aku, aku ingin memohon ampun dan maaf andai selama ini ada perkara-perkara yang hadir daripada diri aku yang tidak mengembirakan kalian semua. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang mudah tersilap. Maafkanlah aku. Jangan disimpan dalam hati sehingga membengkak menjadi dendam. Maafkanlah..sesungguhnya maaf itu ubat segala penyakit hati.

Juga dari isteriku, dia juga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan taulan (rakan-rakannya juga rakan-rakanku) yang mengenalinya jika ada kekhilafan yang tidak disedari atau kesilapan-kesilapan lalu. Mohon dimaafkan. Maafkan kami berdua. Sesungguhnya kami juga telah memaafkan malah melupakan segala perkara yang tidak mengembirakan kita semua.

Kita seharusnya hidup dalam suasana yang penuh harmoni dan gembira tanpa menyelitkan bersama kita perasaan-perasaan yang tidak enak; dendam, busuk hati, dengki khianat, cemburu dan sebagainya. Semoga kita semua sentiasa gembira dan bahagia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.


Aidilfitri 2011; Bila berdua sangat indah...


Aidilfitri 2012; Sekarang sudah bertiga. Rupanya bila bertiga lagi lebih indah. (Apatah lagi kalau berempat, berlima...kan?)

Moshuchi Kata : Alhamdulillah...

Tuesday, August 28, 2012

Kenduri Kesyukuran & Majlis Cukur Rambut Ammara

Tali pusat Ammara gugur genap dia berusia tujuh hari. Kata orang tua-tua atau mengikut pandangan Islam juga, hari ketujuh jika gugur tali pusat amatlah baik untuk dibuat kenduri kesyukuran seperti beraqiqah untuk anak tersebut serta turut mencukur rambutnya.

Namun setelah dibincang dan berbincang bersama, kami akhirnya bersetuju untuk mengadakan majlis kesyukuran serta mencukur rambut pada hari Raya ketiga. Ini kerana pada hari ketujuh umur Ammara tersebut, kita semua masih berpuasa. Jadi kuranglah sesuai untuk membuat majlis pada siang hari (tak boleh makan-makan)..jika dibuat pada sebelah malamnya pula, nanti dikhuatiri mengganggu waktu berterawih dan beribadat orang.

Jadi kenduri/majlis kesyukuran ni pun diadakan pada hari Raya ketiga. Kesyukuran kerana mendapat ahli keluarga baru, juga kesyukuran kerana kebun getah abah (bapa mertua) sudah boleh mengeluarkan hasil..disamping juga untuk mencukur jambul/rambut Ammara. Untuk beraqiqah kami bersetuju untuk mengadakannya pada hari Raya Haji nanti untuk mereka bertiga; Ammara dan dua orang kakak sepupunya.



Pada hari tersebut, majlis diserikan oleh alunan tasbih dan marhabban oleh kaum bapa (ahli qariah masjid termasuk alim ulama kampung). Sambil itu rambut Ammara telah digunting sedikit oleh setiap ahli marhabban sebagai tanda/syarat, memberi keberkatan kepada bayi kami. Mulut/bibir Ammara juga telah 'dibelah' dengan campuran madu serta doa-doa turut dibacakan kepadanya, dihembus dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Semoga anak kami mendapat berkat dari majlis tersebut.

Semasa menggendongkan Ammara pada ketika alunan marhabban nyaring kedengaran, aku bimbang juga kalau-kalau anak kecil aku ni menangis. Namun dia cukup baik, tidur dalam keadaan baik, diam dan tidak meragam sehingga majlis selesai. Budak baik hehehe.









Pada majlis ini, rambut Ammara hanya digunting sedikit sebagai syarat. Untuk membotakkannya (mencukur) akan dibuat pada hari lain (5 hari kemudian) kerana Tok Bidan yang bertanggungjawab untuk tugas tersebut balik beraya di rumah anaknya di Johor. Tak mengapalah.





Walaupun kenduri kecil-kecilan saja tapi jemputan rasanya 500 lebih orang ada la kot. Ini semua bapa mertua aku yang bertanggungjawab hehehe. Kiranya satu khemah jugalah kena didirikan. Iyelah saudara-mara saja pun dah banyak. Apapun aku bersyukur semuanya berjalan lancar.



Untuk majlis ni, aku sempatlah mencari dan membeli sehelai baju baru..baju raya lah kiranya untuk Ammara. Baju berwarna ungu tu walaupun bersaiz paling kecil namun sedikit besar untuk Ammara..tapi bila dah disarungkan nampak cantik dan padan pula. Si isteri sangat suka dan berpuas hati dengan pilihan aku tu hehehe..takpelah, lepas ni bila Ammara dah besar sikit cantiklah bila pakai baju tu.

Moshuchi Kata : Syukur alhamdulillah..segalanya dipermudahkan.

Ammara Dengan Papa & Mama


Anak ini mungkin akan setinggi Papanya, dan yang pasti...
dia akan secantik Mamanya.



Moshuchi Kata : Episod baru sebagai seorang lelaki sudah bermula...

Hadirnya Orang Ketiga Dalam Hidup Aku dan Isteri

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T.

Tanggal 26 Julai 2012 jam 9.01 pagi bertempat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar..datang orang ketiga dalam hidup kami..seorang perempuan. Hadirnya orang ketiga ini amat dinantikan dan tentunya akan membahagiakan lagi hubungan kami suami isteri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa sebarang kompilasi yang boleh memudaratkan isteri dan juga bayi kami.

Dengan berat sewaktu lahir 3.97kg dan panjang 51cm tentunya si comel ini mengujakan kami. Sewaktu pertama kali aku melihatnya pun, ermm bulat dan montel hehehe. Sambil mengucup dahinya aku melaungkan perlahan-lahan kalimat azan di telinga kanan dan iqomat di telinga kiri. Syukur kepada Allah kerana anugerahNya ini cukup sempurna.

Hari ini usianya sudah menjangkau sebulan lebih sikit. Beratnya dah bertambah kepada 4.5kg sambil tinggi/panjangnya turut bertambah 5cm kepada 56cm. Retina matanya juga sudah mula menfokus kepada objek-objek dan sudah tersenyum apabila diajak bermain..sambil tindakbalas seluruh pancainderanya cukup sempurna.

Anak ini sangat comel. Kulitnya putih gebu, mata yang cantik, bibir yang munggil seperti ibunya. Manakala rambutnya yang halus ikal, hidung yang terletak, telinga yang terserlah lebih mirip kepada aku. Rasanya dari segi ketinggian juga dia akan mengikut aku. Tapi nasib baik kulitnya mengikut kulit ibunya, kalau tak..hehehe.

Inilah anugerah tak ternilai buat kami, si comel Ammara Nageena (Ammara = wanita yang kuat imannya serta yang berjuang menegakkan kebenaran/kebaikkan. Nageena = sebutir mutiara/permata). Semoga kami menjadi ibu bapa yang terbaik buatnya dan dapat mendidiknya menjadi insan berguna seperti yang sepatutnya.

Ketika berumur 2 hari. Bulattt...hehehe


Minggu pertama; posisi tidur paling disukainya.


Minggu kedua; senyum-senyum ketika bermain dengan urinya.


Minggu ketiga; nyenyak betul tidur ye.. Pipi montelnya mula menyusut.


Minggu keempat; inilah anak comel kami..Ammara.


Moshuchikata : Syukur...

Cerita Berbaki Ogos 2012

Salam sejahtera. Salam Aidilfitri.

Ogos yang berbaki 3 hari ni aku akan cuba update beberapa cerita yang tertinggal sepanjang penghujung Julai sehingga Aidilfitri baru-baru ni. Ya, memang agak lama juga tak menulis.

Semuanya kerana memberi tumpuan yang lebih kepada persiapan menyambut kelahiran anak sulung. Alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar dan selamat.

Ada juga kenalan blog yang mahu cerita-cerita terbaru terutamanya tentang anak gadis sulung aku tu. Ya aku akan ceritakan nanti mana yang termampu. Berita gembira harus dikongsi berama kan?

Moshuchi Kata : Maaf Zahir dan Batin..

Friday, July 20, 2012

Esok Isteri Bersalin

Minggu lepas aku dah pun hantar isteri balik kampung (kampung isteri) di Jitra. Pastu aku balik Putrajaya semula (kerja..walaupun berat juga hati). Harap-harap dalam tempoh seminggu tu takde apa-apa yang berlaku. Kalau boleh biarlah aku ada bersama semasa isteri nak bersalin. Alhamdulillah semuanya okey sehingga hari ni..Jumaat. Ini bermakna esok adalah due isteri.

Lepas solat Jumaat kejap lagi ni, aku akan terus balik Kedah. Mudah-mudahan anak ini akan lahir seperti tarikh dijangkakan..21 Julai 2012 bersamaan 01 Ramadhan 1433. Sepanjang seminggu ni pun, aku selalu suruh isteri selalu pujuk si kecil supaya "tunggu papa" hehehe. InsyaAllah semoga semuanya baik-baik saja.

Moshuchi Kata : InsyaAllah...

Tuesday, July 17, 2012

Nak Jadi Anak Alor Setar Juga

Pada 10hb. lepas aku dan isteri ke Hospital Putrajaya untuk membuat pemeriksaan kerana bimbang ekoran pergerakkan bayi dalam kandungan lemah atau tidak aktif seperti biasa. Bila di hospital dan diperiksa itu ini, isteri ditahan di wad.

Menurut hasil pemeriksaan di labour room (sebelum dipindahkan ke wad), bayi kurang aktif atau fetus low movement. Hasil pemeriksaan juga menyatakan bukaan laluan sudah terbuka 1cm. Mereka bimbang jika bayi dalam kandungan ada masalah seperti lemas/kurang oksigen dan lain-lain kemungkinan. Selain itu, dikatakan bayi kami juga agak besar iaitu berat sekitar 3.3kg.

Isteri diberitahu akan di'indius' keesokannya. Ibu-ibu tentu tahu dan faham bagaimana rasanya indius, iaitu amat menyakitkan yang bertujuan 'memaksa' berlakunya proses kelahiran. Isteri mula berbelah bahagi, keputusan harus dibuat. Buntu. Tentunya kami tak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada bayi kami. Tapi bagaimana dengan ibu pula? Sedangkan isteri tidak mengalami sebarang rasa sakit nak bersalin pun lagi.

Kami berdua buntu jugalah, maklumlah ini pengalaman pertama. Selain di'indius', kemungkinan untuk dibedah juga ada potensinya kerana isteri telah diarahkan berpuasa serta darah turut diambil. Kalau boleh taknaklah bedah kan, biarlah proses kelahiran secara normal.

Alhamdulillah, keesokannya keadaan bayi dalam kandungan juga semakin baik, kembali normal/aktif. Disusuli pula rounding oleh doktor pakar sebelah paginya. Menurut doktor pakar, tak perlu nak 'paksa' beranak awal sebab semuanya dah kembali normal. Beliau 'berang' jugalah dengan doktor dan misi-misi sebab bekerja tak detail katanya..sepatutnya kenalah tahu/selidik kenapa bayi lemah, kaji keadaan ibu (bersoal siasat kepada ibu) dan sebagainya.

Menurut analisis doktor pakar tersebut..nama pun pakar kan, dia kata bayi sedikit lemah sebab ibu stress (yelah masih kerja, belum ambil cuti), bila ibu rehat cukup anak pun stabil. Jadi tak perlu nak 'memberanakkan' orang lebih awal, kerana belum masanya pun lagi walaupun bayi di dalam dah matang. Due pun masih lama pada 21 Julai 2012 selain 'bukaan' belum pun ada (terbuka).

Lega rasanya bila dah tahu macam tu. Kalau tak diorang kira nak 'grodek' jelah kan. Yang nak menggrodek tu pula alahai muda-muda belia lagi. Memang patut pun dapat syarahan percuma dari doktor pakar tersebut.

Esok isteri dah boleh keluar wad. Aku cadang nak bawa balik Alor Setar terus je. Nampaknya anak ni nak jadi anak Alor Setar jugalah ye. Tak kisahlah janji anak Malaysia bumi bertuah.

Moshuchi Kata : jangan main-main, buat kerja haruslah ikhlas dan penuh beretika.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.