Wednesday, November 28, 2012

Huru-Hara Di Atas Katil

Baru-baru ni aku dapat satu email dari bos lama aku. Ingatkan ada urusan rasmi pasal kerja ke apa. Buka je email tengok..ehh terkejut aku. Rupanya email pendek dan ringkas dari dia tu cuma tertulis "nak jadi yang macam mana satu" berserta dikepilkan/attachment beberapa gambar dalam sekeping kertas A4. Gambar seperti kat bawah ni.
Tergelak aku sendirian. Takde kerja lain ke orang tua ni hehehe. Mungkin dia saja nak bergurau la tu, maklumlah sekarang ni aku dah ada anak kecil. Apa-apalah bos hahahaha.

Tapi betul juga, bila ada anak kecil keadaan macam ni pasti akan berlaku. Maklumlah sebelum ni hanya berdua saja tidur, bebas tapi sekarang tambah pula seorang lagi dah jadi bertiga. Walaupun cuma anak kecil tapi tentunya banyak kerenahnya kan hehehe.

Mahu tak mahu, sebagai ibu bapa kenalah kita hadapinya buat sementara waktu sehingga anak kecil kita tu kian membesar serta sudah boleh dipindahkan tempat tidurnya. Tapi sekarang ni tak semestinya anak kecil tu perlu tidur sekatil dengan mak ayah sebab sudah banyak katil kanak-kanak atau bayi yang berada di pasaran dan boleh dibeli.

Cuma kadang-kadang sebagai seorang ibu terutamanya, sesekali nak juga tidur bersama anak, memeluk dan membiarkan anak berada dalam dakapan. Malah mengikut pakar psikologi kanak-kanak pun, di waktu anak masih kecil bagus dia sentiasa dalam pelukan ibu bapa untuk dia mendapat segala manfaat dari segi psikologi, biologi dan macam-macam lagi sepanjang tumbesarannya.








Namun semua ini bukanlah suatu masalah bagi suami atau isteri. Semuanya terletak di tangan kita bagaimana untuk menguruskannya dengan baik.

Ada juga orang kata, bila ada anak kecil si isteri sudah tidak pedulikan si suami, betul ke? Tak kisahlah. Kebanyakkan suami tentu tak kisah atau tak ambil hati sangat sebab faham naluri dan perasaan seorang ibu tu melebihi segala-galanya terhadap bayi/anak kecil dia.

Tapi jangan lama-lama, si suami juga adalah 'bayi' hehehe.

Moshuchi Kata : suka gambar terakhir..kesian Papa hehehe..

5 comments:

marmalade said...

yang paling best, "roundhouse kick". tergelak-gelak yati tengok. hahahahaha.

papaYA said...

"Suami juga adalah bayi?" Ngengada :P
Habis tu, isteri pulak bayi sape? hehehe
Anak kau dah start tidur buas ke?
Aku kat rumah mak aku ni, Wan kene tidur atas lantai, aku tidur dengan baby atas katil. hehe. Sian baby aku lagi sorang tu :D

Unknown said...

hahaha. dulu masa mula2 dapat gambar ni, anak aku still kecik so belum buas lagi. sekarang dah setahun ni, so far semua anak aku dah buat, satu pun tak tinggal.

perangai dia satu je, tido mesti kena ada org kat sebelah, dia kena rasa ada skin contact. so bila nak pindahkan kat katil sendiri confirm dia tak nak tido. huhu. sampai sekarang la abahnya jadi baby terbiar.

Azlina Wahab said...

seorang kawan pernah mengingatkan aku,ur husband will always be ur 1st baby... tidak mahu mengakuinya sehingga mempunyai anak... and finally i found that it's really true... and seperti biasa, ibu akan tetap menjadi seorang ibu, takde sapa pon kesah, huhuhu, tp takpe insyaAllah lbh byk pahalanya, hehehe...

Encik Moshuchi said...

Yati..
hahaha..harap tak jadilah macam tu, boleh jatuh katil dibuatnya tu.

Yaya..
setakat ni anak aku tidur molek2 je, maklumlah anak dara hehehe. aku dulu pun tidur kat bawah juga, baby n maknya tidur atas katil..kesian kat kami kan.
Yaya, sebenarnya suami dan isteri itulah bayi, dua orang bayi yang paling comel di atas katil..hehehe

Ara..
betul tu, anak kecik mmg sangat memerlukan skin contact di pringkat awal tumbesaran..
hahaha..lepas ni si Ammara pun mungkin akan ikut aksi2 macam dalam gambar tu hehehe.
tapi walau macam mana susah pun, kena juga pindahkan tempat tidur diorang bila semakin membesar..mgkin mmg agak sukar awal2 ni tapi lama2 okelah tu...

Azlina..
betul kan..hehehe. kita jangan pula jadikan anak kecil sebagai alasan untuk suami isteri tidak seperti dulu di bilik tidur, seperti sebelum ada anak kecil kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.