Wednesday, January 09, 2013

Lagu PILIHAN Aku Untuk Menjuarai AJL27

Spider - Tapi Bagaimana

Inilah lagu pilihan aku untuk menjuarai Anugerah Juara Lagu 27 baru-baru ini, tetapi apakan daya ketika diperingkat separuh akhir lagi lagu ni dah terkandas, dipintas oleh lagu-lagu..ermmm yang pada aku lagu generasi kini yang banyak bercakap dari berlagu, semua itu kurang enak bagi telinga aku yang masih setia dan gilakan lagu-lagu Rock Kapak dan juga Rock perlahan (slow rock hahaha).

Apapun, juara pada malam tu lagu Terukir Di Bintang nukilan Yuna dan dinyanyikan oleh Aizat pada aku 'tiada bantahan' lah kerana lagu itu juga sangat menarik, klasik, puitis dan menenangkan telinga berbanding kebanyakkan lagu yang bertanding. 

Penampilan Aizat yang juga mengejutkan ramai penonton turut memberi impak dengan penampilan imej yang nampak matang, persembahan yang bersahaja, santai sesuai dengan melodi lagu tersebut. Tak perlu berlebih-lebihan.



Tahniah untuk Yuna dan Aizat. Namun, Tapi Bagaimana tetap menang di hati aku.

mk : tak penat ke 'bercakap'..??? 

1 comment:

Resm A. said...

aku tak tengok pon AJL...sebab malam tu aku keluar lepak dengan akak and adik aku yang jarang jarang dapat jumpa...nanti tengok kat youtube ajer ler...
tapi pepehalpun...dengar ajer lagu terukir di bintang mesti aku terbayang Rome Venice Milan...hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.