Monday, January 25, 2010

Bergambar vs Tidak Bergambar

1. Ini sebuah entri keboringan. Ntah apa-apa.

2. Ini perihal blog. Lebih lanjut lagi perihal entri. Ada orang suka meletakkan gambar di setiap entri yang mana gambar tersebut ada kaitan secara langsung dengan isi perut entri dan gambar tadi adalah hak sendiri. Jika tidak pun, gambar-gambar yang berkait dengan entri akan diperolehi dari sumber-sumber yang lain sebagai sisipan hiasan. Manakala ada pula yang entrinya hanya penceritaan (tulisan) semata-mata tanpa adanya sisipan gambar-gambar sebagai hiasan. Itu hak masing-masing. Terpulang.

3. Aku pernah disapa oleh seorang teman yang menyatakan bahawa blog aku dalam setiap entrinya mesti ada gambar, kebanyakkannya ada gambar. Ya betul, boleh dikatakan 95% entri dalam blog aku ada sisipan gambar berkaitan sebagai hiasan. Aku memang suka begitu. Pada aku, jika entri tiada gambar umpama makan nasi tiada ulam dan sambal belacan, umpama bunga tidak berbau, umpama burung tidak bersayap, umpama berseluar tidak berbaju dan macam-macam lagilah. Lagipun pada aku, jika ada gambar nampak lebih meriah.

4. Tapi ada juga yang tidak berminat begitu. Blognya hanya dipenuhi dengan tulisan dan tulisan di segenap ruang. Itu pilihannya, haknya. Mungkin dia tidak suka makan ulam-ulaman atau sambal belacan hehehe. Tak ada salahnya. Jika kita membaca sebuah buku ilmiah atau novel pun kebanyakkannya tidak bergambar, hanya tulisan helaian demi helaian. Tapi kita tetap boleh membaca dan menghabiskan isi ilmu di dalamnya juga.

5. Aku memang suka 'ulam-ulaman dan sambal belacan'. Kebanyakkan rakan-rakan blog yang lain nampaknya pun begitu. Ya, blog pun kelihatannya lebih meriah dan ceria begitu. Bagi yang tak berapa suka letak gambar, tak ada salahnya. Cuma bila membaca rasa 'mendatar'. Jika entri tu isi perutnya panjang lebar, akan mengundang rasa bosan sedikit di situ. Sikit sajalah. Membaca sambil menikmati imej yang berkaitan, itu lebih menarik.

Moshuchi Kata : Entri ni sendiri pun takde gambar hiasan hehehehe...bosan

6 comments:

Resm A. said...

setuju dengan pendapat inchek shuko...tapi kadang2 bila kita tulis entry, tiada gambar yang seiringan dengan intipati particular entri itu...contohnya seperti entri inchek shuko ini tiada bergambar...tapi tidak menghalang orang lain daripada membacanya...
sekian, terima kasih..hehehe

marmalade said...

kalau semua gambar pun tak best. hahahahahahhahahahha! mungkin kerana saya seorang yang suka pada "words".

Al Hadi said...

A picture is worth a thousand words.

Kadangkala perkataan x dpt memberi penghayatan penuh. Biarlah gambar yg menceritakan segalanya.

Encik Moshuchi said...

akmal - hehehe ala2 formal la plak komen hang ni..terima kasih kembali.
yang sedang2 saja...

marmalade - ya, pilihan masing2 kan..word or picture. best bila baca ensiklopedia bergambar, ada kedua-duanya.

alhadi - sangat setuju dgn pendapat anda. sebab itu 'sebuah lukisan boleh memberikan seribu makna'...seniman kata la.

frankie said...

patut aku tertido baca halfway td..tade gamba rupenye entry ni..heheh

Resm A. said...

cik mala
saya mengerti komen cik mala
hahahahaah
kekeringan idea adalah antara punca gambar menjadi pengganti...
hahahah

bak kata inchek hadi
picture worth a thousand words

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.