
paling best sebab aku ditemani isteri tercinta. terima kasih sayang sebab sanggup ambil cuti selama dua hari untuk datang bersama-sama. lagipun ini juga kesempatan untuk bercuti, apa salahnya kan. cuma semasa di awana ni tak banyak aktiviti dapat dijalankan sebab masa yang terluang sangat terhad. masa lebih ditumpukan kepada tugas rasmi tersebut. kesian pula rasanya kepada isteri. tapi petang tu sempatlah kami berjalan-jalan di tepi pantai. tak lama, sebab hujan mula turun. lagipun ngeri tengok pantai kat terengganu ni yang curam-curam (tak macam kat rompin hehehe).
setelah selesai tugas di awana, kami bertolak balik. aku bercadang nak ke tasik chini, singgah di jeti belimbing (dalam daerah maran) untuk naik bot menyeberangi sungai pahang seterusnya menyusur ke tasik chini. cadangnya nak bermalam di sana, ada challet. tapi disebabkan hujan yang turun tak henti-henti dan lebat sejak dari kemaman lagi, perancangan tersebut terpaksa dibatalkan. lain kali saja kami pergi. aku nak isteri merasai bagaimana sedapnya biji/bunga teratai segar yang tumbuh meliar di seluruh tasik chini tu, kemudian nak dia merasai bagaimana menangkap ikan-ikan lampam di tasik dengan menggunakan tangan saja. kemudian berjalan-jalan di perkampungan orang asli. takpa lain kali ya.
sebenarnya sebelum balik ke kl, kami akan singgah di raub untuk menghadiri majlis

tengaharinya kami ke majlis kenduri rakan baik aku yang sama-sama bekerja di alor setar ni. dia bekerja di jabatan kebajikan masyarakat. ketika majlis di sebelah perempuan di alor setar, aku tak dapat datang kerana ada tugas lain di luar kawasan. tapi di raub ni aku memang merancang untuk datang, dan kebetulan pula dalam perjalanan pulang dari terengganu. majlis sederhana saja tapi masakannya cukup sedap, setiap lauknya sangat menyelerakan. sebelum balik, sempat juga menunggu dan berjumpa dengan seorang lagi rakan baik aku yang sama-sama satu pejabat di alor setar ni. member kamcing hehehe.
wahhh bukit fraser memang sejuk. hilang segala penat dan letih semasa memandu naik sebelum tu. nyaman saja rasanya. kami check-in di puncak inn. biliknya dibina di lereng-lerang bukit. seram juga hehehe tapi malas nak fikir sangat perkara yang bukan-bukan. biliknya cantik dan luas. isteri ketawakan aku sebab kesejukan hehehe..bagaimana untuk bercuti ke eropah begini hahaha. memanglah, aku terlupa nak bawa baju yang tebal-tebal. tapi sejuk-sejuk pun, isteri kan ada hehehe.
keesokannya selepas sarapan pagi, kami keluar berjalan-jalan sekitar kawasan bukit fraser sambil mengambil beberapa keping gambar, kemudian ke kedai cenderahati membeli apa yang patut/menarik. di sini tak banyak aktiviti boleh dibuat tidak seperti di cameron highlands. di sini tak banyak kebun-kebun sayur, buah-buahan atau bunga-bungaan, pekannya juga tidak besar dan padat. tapi kalau nak meredah hutan/jungle tracking memang banyak di sini. mungkin lain kali la pula. di sini lebih kepada percutian tanah tinggi yang santai dan rileks-rileks saja.
buat isteri, terima kasih sayang. masa yang diluangkan amat dihargai. masa bersama adalah segala-galanya, waktu yang sungguh mengembirakan dan membahagiakan. penat, letih atau pening hilang begitu saja. jom rancangkan ke mana pulak selepas ni hehehe.
Moshuchi Kata : ollehh..ollehh..okehh?
5 comments:
gambar-gambar ni korang amik sendiri ke? huhuh. takde sape tolong tangkapkan? :(
sebenarnye yati lagi suka fraser's hill dari cameron highlands atau genting sebab cameron dgn genting tuh dah commercialised sangat. kat fraser's hill dulu, yati sewa basikal dan hiking. turun bukit memang best, skali nak naik... perghhhhh! kitaorang tolak basikal je. hahahahaha.
hehe gambar semua ambik sendiri..set kamera. paling best gambar sedang berjalan tu, kamera atas tong sampah hahaha...kecuali yang kat menara jam tu je minta tolong orang ambikkan.
betul, kat sini aman dan tenang je tak macam kat cameron atau genting. lepas ni teringin nak meredah hutan ke kawasan air terjun...kagum tengok 'orang putih' yg dah tua-tua tapi meredah hutan/jungle tracking berkumpulan...
hahahaah abang memang pandai berlakon ah! sambil berjalan tuh - sungguh meyakinkan. hahahaha
cukup la sekali aku naik fraser hill tu. pening kepala ikut jalan yg mcm ular kena palu
memang pun hadi, aku hari tu pun berpusing-pusing kepala dah...
tapi bila tengok ada geng2 yg naik basikal bukit 'panjat' fraser hill tu cam best la plak hehehe...laluan turun best la kan hehehe..
Post a Comment