Tuesday, July 17, 2012

Nak Jadi Anak Alor Setar Juga

Pada 10hb. lepas aku dan isteri ke Hospital Putrajaya untuk membuat pemeriksaan kerana bimbang ekoran pergerakkan bayi dalam kandungan lemah atau tidak aktif seperti biasa. Bila di hospital dan diperiksa itu ini, isteri ditahan di wad.

Menurut hasil pemeriksaan di labour room (sebelum dipindahkan ke wad), bayi kurang aktif atau fetus low movement. Hasil pemeriksaan juga menyatakan bukaan laluan sudah terbuka 1cm. Mereka bimbang jika bayi dalam kandungan ada masalah seperti lemas/kurang oksigen dan lain-lain kemungkinan. Selain itu, dikatakan bayi kami juga agak besar iaitu berat sekitar 3.3kg.

Isteri diberitahu akan di'indius' keesokannya. Ibu-ibu tentu tahu dan faham bagaimana rasanya indius, iaitu amat menyakitkan yang bertujuan 'memaksa' berlakunya proses kelahiran. Isteri mula berbelah bahagi, keputusan harus dibuat. Buntu. Tentunya kami tak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada bayi kami. Tapi bagaimana dengan ibu pula? Sedangkan isteri tidak mengalami sebarang rasa sakit nak bersalin pun lagi.

Kami berdua buntu jugalah, maklumlah ini pengalaman pertama. Selain di'indius', kemungkinan untuk dibedah juga ada potensinya kerana isteri telah diarahkan berpuasa serta darah turut diambil. Kalau boleh taknaklah bedah kan, biarlah proses kelahiran secara normal.

Alhamdulillah, keesokannya keadaan bayi dalam kandungan juga semakin baik, kembali normal/aktif. Disusuli pula rounding oleh doktor pakar sebelah paginya. Menurut doktor pakar, tak perlu nak 'paksa' beranak awal sebab semuanya dah kembali normal. Beliau 'berang' jugalah dengan doktor dan misi-misi sebab bekerja tak detail katanya..sepatutnya kenalah tahu/selidik kenapa bayi lemah, kaji keadaan ibu (bersoal siasat kepada ibu) dan sebagainya.

Menurut analisis doktor pakar tersebut..nama pun pakar kan, dia kata bayi sedikit lemah sebab ibu stress (yelah masih kerja, belum ambil cuti), bila ibu rehat cukup anak pun stabil. Jadi tak perlu nak 'memberanakkan' orang lebih awal, kerana belum masanya pun lagi walaupun bayi di dalam dah matang. Due pun masih lama pada 21 Julai 2012 selain 'bukaan' belum pun ada (terbuka).

Lega rasanya bila dah tahu macam tu. Kalau tak diorang kira nak 'grodek' jelah kan. Yang nak menggrodek tu pula alahai muda-muda belia lagi. Memang patut pun dapat syarahan percuma dari doktor pakar tersebut.

Esok isteri dah boleh keluar wad. Aku cadang nak bawa balik Alor Setar terus je. Nampaknya anak ni nak jadi anak Alor Setar jugalah ye. Tak kisahlah janji anak Malaysia bumi bertuah.

Moshuchi Kata : jangan main-main, buat kerja haruslah ikhlas dan penuh beretika.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.