Tuesday, March 30, 2010

Mas (Abang) Lombok

Ini lagi satu fenomena sedih (geram gile sebenarnya) yang melanda anak-anak gadis Malaysia. Aduhaii..apalah nak jadi. Kalau yang tak sekolah, duduk di cerok kampung ke boleh la terima kalau mengikut lelaki Indonesia balik ke Lombok sebabnya bodoh. Tapi bagi yang cerdik pandai, bersekolah/berpendidikan malah ada yang janda (gersang sangat ke), ada yang menjadi artis pun boleh juga terjerat. Ini lagi lebih daripada bodoh.

Lepas tu sibuklah orang ramai rakyat Malaysia terutama dari sayap sebuah parti terbesar negara berusaha untuk membawa balik semula si bodoh-bodoh ini ke Malaysia. Banyak wang rakyat telah terbuang semata-mata kerana perkara ini. Elok kalau duit tu disalurkan kepada yang lebih memerlukan seperti bantu orang miskin atau warga tua. Bukan saja menyusahkan orang lain tetapi paling sedih menyusahkan (menconteng arang) ke muka ibubapa.

Aku pernah berbual dengan seorang warga Indonesia (bukan dari Lombok) dan bertanyakan apa yang istimewanya pemuda Lombok. Katanya tiada apa-apa yang lebih malah keadaan di Lombok jauh sangat daif. Tetapi katanya lagi, satu pegangan/adat orang Lombok, jika lelaki/pemudanya keluar merantau, dan apabila pulangnya pula membawa wanita dari tanah orang (tempat yang dikunjungi) untuk dijadikan isteri, maka darjat dan martabat keluarganya adalah tinggi walaupun hidup mereka tersangat susah.

Tetapi soal bagaimana terperangkap dalam 'dakapan' lelaki Lombok; ada yang kata guna ubat guna-guna, bermulut manis, romantik, kacak dan sebagainya itu aku tidak pasti. Pada aku kalau dari segi paras rupa, tidak ada bezanya pun dengan lelaki-lelaki Indonesia yang lain. Entahlah, hanya mereka yang tahu. Ramai lagi lelaki tempatan, mengapa musibah juga yang dicari. Biarlah berhujan batu di negeri sendiri.

Renungkan; lari ikut lelaki Lombok, kahwin dengan warga asing-bercerai dan berebut anak (anak dilarikan bekas suami), kahwin dengan warga asing dan diseksa secara seksual (hubungan seks dirakam/seks luar tabii), terlibat dengan pengedaran dadah di luar negara-ikut teman lelaki, berpacaran/lari mengikut lelaki Bangladesh/Afrika, lelaki warga asing lebih romantik, baik, pandai layan dan lain-lain lagi........apa semuanya ni???? Sedarlahhhh perempuannn...

Sesuailah ; "Kecik-kecik tak mahu kojol, sudah besar kasi orang tonjol" - senikata lagu Pisang Panas, dan "kecik-kecik tak mahu mampus, bila besar menyusahkan orang" - antara skrip dalam filem 3 Abdul.

Moshuchi Kata : Sebagai seorang lelaki tempatan, berasa sedih..sangat sedih.

9 comments:

marmalade said...

abang, jodoh di tangan Tuhan. kahwin dengan lelaki malaysia pun belum tentu bahagia =)

j.e.j.a.r.i. said...

jgn sedih....
i kan ada :)

Hasina Terebuzzu said...

ntah.. aku pon tak paham dgn mereka2 yg tperangkap ni... dh pupus agaknya lelaki mesia ni.. ker.. lelaki mesia ni pilih sgt?? ker..dorg tu gersang sgt?? (mustahil la.. most of them dak sekolah lg).. adeh.. donia akhir zaman

Encik Moshuchi said...

sis yati - ya betul jodoh di tangan Tuhan dan kawin ngan lelaki malaysia blom tentu bahagia..tapi kita ada pilihan kan..
kalau nak kawin dgn warga asing pun, pilihlah betul2..
bukan tidak ada orang kita (lelaki atau perempuan) yg kawin dgn warga asing dan bahagia pun mereka..

jejari - terima kasih :)

hasina - itulah...2 perspektif sebenarnya; yg ikut lelaki Lombok ni biasanya budak2 sekolah/mentah..yg selain lelaki Lombok ni plak biasanya mereka dah dewasa/berpelajaran..

Hasina Terebuzzu said...

pendek kata.. dak2 sekolah skrg ni matang sblm waktunyer.. kesan globalisasi.. huhu

jay jamil said...

Lelaki Malaysia apa kurangya.

Kes buang anak, dera dan sebagainya pun ramai lelaki melayu gaks.Rempit dadah, apa ker bagus?

Yang educated, makan duit bini, kaki pow duit orang perempuan.

At least kawin jugak orang lombok ngan minah-minah tu secara halal.

Ko nak yang mana? Pilihan di tangan anda.

Encik Moshuchi said...

jay j - ya, tak dinafikan lelaki msia mmg ada kekurangan. tapi ada bukti ke yg jadi bapak2 haram (kes buang anak/bayi/janin tu) semua lelaki msia? lelaki asing yg datang msia semua anu dorang dah kena kasi ke sblm dtg sini?

bukan aku yg harus memilih..tapi pompuan kat msia yg harus pandai memilih.

tapi aku nak memilih juga..memilih utk menjadi seorang lelaki msia yg baik.

jay jamil said...

Nak memilih?

Good men are already taken. The bad ones remains available, but no, thanks.

Saya bercakap dari pengalaman :)

Encik Moshuchi said...

yes..good men are already taken..taken also by a good women, at the right time, right place..right moment.

n experience is a good teacher at all..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.