Monday, March 29, 2010

Yang Sempat Layan








Bulan Mac ni banyak juga filem yang best-best ditayangkan, tapi cuma ini je yang sempat aku layan. Nak dapatkan tiket untuk Alice In Wonderland pun beratur berpusing-pusing barisannya. Tapi dapat juga layan filem yang dijangka meletop tu. Nak juga layan filem Up To The Air lakonan George Clooney tu tapi belum berkesempatan lagi. Begitu juga filem terbaru lakonan Mel Gibson tu..apa ntah tajuknya. Tengoklah hujung minggu ni kalau sempat tengok filem-filem di atas.

Semasa zaman kanak-kanak dulu, sempat juga aku layan cerita kartun Alice ni..best la waktu kan, budak-budak hehe..walaupun kadang-kadang kena juga ejek sebab kartun tu cam kartun budak perempuan punya. Maklumlah masa tu budak lelaki dok layan kartun Kickers. Filem Alice okey lah, boleh layan cuma rasa macam pendek je, kalau lama lagi garapan ceritanya/pengalamannya di Wonderland, lagi best. Tapi yg menjadi daya penarik paling kuat adalah Johnny Depp.

Sebelum tu layan dulu Under The Mountain (selepas tiket Alice hari tu booliauu). Best juga cerita dari New Zealand ni mengisahkan tentang kehidupan suatu makhluk yang mendiami perut-perut gunung berapi di seluruh New Zealand sebelum mereka bangkit untuk menguasai dunia. Boleh tahan dan tak membosankan. Ermmm..New Zealand sememangnya sangat cantik (mula berangan nak sambung stadi ke sana hehehe).

Sebuah lagi filem yang sempat aku layan ialah V3 Samseng Jalanan. Memang kenalah dengan tajuknya..mengisahkan kehidupan samseng yang hanya tahu berlumba haram saja. Tertarik untuk layan filem ni sebab hampir 30% penggambarannya dilakukan di Alor Setar..dan aku pernah singgah melihat kerja-kerja pembikinannya.

Moshuchi Kata : Bila agaknya nak berlakon filem? kehkehkeh...

3 comments:

marmalade said...

abang mi kalau berlakon boleh jadi tukang kebun je (tapi sebenarnya prodigy muzik!) hahahahaha.

Resm A. said...

aku suka alis di alam kayangan itu...

aku tengah susun citer bulan april plak...nak tengok How To Train Your Dragon...Clash Of The Titans...and harus la sapot filem melayu kan...mebi gi tengok Evolusi Drift itu...

Encik Moshuchi said...

sis yati - hahahaha.."kalau sy tak boleh jadi hang tuah, bagilah sy jadi hang jebat"..."hang cangkul pun cangkul lahhh" hehehe...
yeahh berkebun mmg bagus...mmg suka berkebun pun hehee..

akmal - ya aku pun rasa cam nak tengok evolusi kl drift tu..just to be fair, rasanya takde jauh beza dgn fast to furious tokyo drift kan...mental kita je semua tu. *tapi kalau filem2 genre lain/berat..mmg kita agak ketandusan..*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.