Tuesday, August 28, 2012

Hadirnya Orang Ketiga Dalam Hidup Aku dan Isteri

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T.

Tanggal 26 Julai 2012 jam 9.01 pagi bertempat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar..datang orang ketiga dalam hidup kami..seorang perempuan. Hadirnya orang ketiga ini amat dinantikan dan tentunya akan membahagiakan lagi hubungan kami suami isteri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa sebarang kompilasi yang boleh memudaratkan isteri dan juga bayi kami.

Dengan berat sewaktu lahir 3.97kg dan panjang 51cm tentunya si comel ini mengujakan kami. Sewaktu pertama kali aku melihatnya pun, ermm bulat dan montel hehehe. Sambil mengucup dahinya aku melaungkan perlahan-lahan kalimat azan di telinga kanan dan iqomat di telinga kiri. Syukur kepada Allah kerana anugerahNya ini cukup sempurna.

Hari ini usianya sudah menjangkau sebulan lebih sikit. Beratnya dah bertambah kepada 4.5kg sambil tinggi/panjangnya turut bertambah 5cm kepada 56cm. Retina matanya juga sudah mula menfokus kepada objek-objek dan sudah tersenyum apabila diajak bermain..sambil tindakbalas seluruh pancainderanya cukup sempurna.

Anak ini sangat comel. Kulitnya putih gebu, mata yang cantik, bibir yang munggil seperti ibunya. Manakala rambutnya yang halus ikal, hidung yang terletak, telinga yang terserlah lebih mirip kepada aku. Rasanya dari segi ketinggian juga dia akan mengikut aku. Tapi nasib baik kulitnya mengikut kulit ibunya, kalau tak..hehehe.

Inilah anugerah tak ternilai buat kami, si comel Ammara Nageena (Ammara = wanita yang kuat imannya serta yang berjuang menegakkan kebenaran/kebaikkan. Nageena = sebutir mutiara/permata). Semoga kami menjadi ibu bapa yang terbaik buatnya dan dapat mendidiknya menjadi insan berguna seperti yang sepatutnya.

Ketika berumur 2 hari. Bulattt...hehehe


Minggu pertama; posisi tidur paling disukainya.


Minggu kedua; senyum-senyum ketika bermain dengan urinya.


Minggu ketiga; nyenyak betul tidur ye.. Pipi montelnya mula menyusut.


Minggu keempat; inilah anak comel kami..Ammara.


Moshuchikata : Syukur...

2 comments:

marmalade said...

alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. sangat comel ammara! (ammara rose nama baby anis dan razaly hihi nanti kena sebut nama penuh la - ammara shukor or ammara razaly supaya tak confuse).

tahniah sekali lagi!!!

Encik Moshuchi said...

syukur semuanya baik2 belaka, kurniaanNya pun sangat comel. geram tengok pipi dia yg montel n gebu2 tu...

Bab nama tu hanya kebetulan..sama nama bukan satu masalah asalkan nama itu bermaksud baik.

terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.