Thursday, April 04, 2013

Mengundi, Seperti Memilih Bakal Isteri Atau Suami

 
Semalam 03 April 2013 sekitar jam 11.30 pagi, akhirnya Perdana Menteri membuat pengumuman yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat terutamanya rakyat yang sudah layak mengundi.
 
Masing-masing sudah tidak sabar untuk 'membuang undi' bagi memilih pihak yang akan mentadbir negara ini untuk jangka masa lima tahun akan datang. Bagi mereka yang pertama kali akan mengundi, tentu semangat itu lebih berkobar-kobar.
 
Ramai orang mengandaikan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini adalah PRU yang paling besar, paling dashyat, paling penting bagi pihak-pihak yang bertanding dan bermacam-macam lagi yang boleh diandaikan sebagai 'Ibu Segala Pilihan Raya'.
 
Di satu pihak mereka berusaha untuk terus kekal memerintah kerana percaya perjuangan mereka untuk kesejahteraan negara ini meliputi setiap aspek kehidupan rakyat telah terbukti serta mempunyai track record yang cemerlang.
 
Manakala di satu pihak lagi, mereka begitu teringin untuk memerintah negara (walaupun sudah memerintah beberapa negeri selepas PRU12 lalu) dengan melakukan sedaya-upaya usaha dan jalan sehinggakan adakalanya mengamalkan dasar dan falsafah Machiavelli.
 
Segalanya terletak di tangan rakyat untuk menilai dan memilih. Memilih bukan untuk tempoh sehari atau sebulan, tetapi untuk tempoh lima tahun. Pastikan pilihan tersebut adalah berbaloi.
 
PRU13 ini adalah PRU yang bakal mengubah landskap keseluruhan aspek dalam negara apabila sesuatu pihak menang dan memerintah. Di satu pihak saya percaya kestabilan dan pembangunan yang penuh tranformasi seperti yang dinikmati empat tahun terakhir ini akan terus berjalan rancak lagi malah tentunya ada lagi transformasi-transformasi yang lebih unggul di depan.
 
Manakala di satu pihak lagi yang kesepakatan mereka masih rapuh dan tidak meyakinkan, akan mengubah banyak perkara atau perkataan yang lebih tepat lagi saya katakan 'akan memusnahkan' banyak elemen-elemen yang telah terpasak dan terkukuh dalam sistem negara ini.
 
Saya masih berpegang kepada pendirian saya bahawa di pihak yang begitu teringin untuk memerintah sejak dahulu lagi bukanlah pihak yang akan bersama-sama berganding bahu membangunkan negara ini, sebaliknya mereka adalah pihak yang berkonsepkan 'permainan lego' iaitu akan memusnahkan atau meleraikan dengan harapan untuk membina sesuatu yang baru. Tapi percayalah, membina sebuah negara bukanlah semudah seperti membina bentuk-bentuk dalam permainan lego.
 
Malaysia sebuah negara unik. Jadi jika ada pihak yang membandingkan negara ini dengan situasi politik seperti di Jepun, Britain, China, Amerika Syarikat dan sebagainya, dengan alasan negara tersebut begitu mudah bertukar-tukar kerajaan, pada saya itu sesuatu yang salah. Malaysia adalah Malaysia dan tidak sama dengan negara lain.
 
Sebagai contoh, walau sesiapa pun yang berkuasa di Jepun, mereka tetap bangsa Jepun yang satu dan sama serupa walau dalam apa aspek kehidupan sekalipun. Di Amerika atau Britain, walau pihak mana atau sesiapa saja yang menjadi ketua kerajaan, dasar-dasar teras negara, matlamat dan polisi mereka tetap sama dan sentiasa mempertahankannya.
 
Sebaliknya mereka juga saling bekerjasama membangunkan negara di samping menjaga baik dasar-dasar tersebut.
 
Tetapi di Malaysia tidak begitu, kita unik dan rumit. Sebagai contoh, di satu pihak sentiasa mempertahankan Perlembagaan Persekutuan manakala di satu pihak lagi sentiasa sedaya-upaya cuba menghapuskan apa-apa jua terma yang tidak enak pada mereka dalam Perlembagaan Persekutuan, sedangkan Perlembagaan Persekutuan itu adalah teras utama dasar pembentukan negara merdeka ini.
 
Banyak perkara-perkara teras dalam Perlembagaan Persekutuan akan dihapuskan, dimansuhkan, dipinda dan sebagainya jika pihak ini memegang tampuk negara. Sebab itu saya tidak bersetuju jika ada pihak yang selalu membandingkan Malaysia dengan negara lain dari segi politik kepartian ini.
 
Pada saya, jenis politik kepartian di Malaysia ada dua; satu pihak membina manakala satu pihak lagi memusnah. Bukan kedua-duanya saling membina. Jadi, yang mana harus dipilih? Pastilah saya memilih yang membina.
 
Ingatkah kita, bagaimana kita ingin memilih bakal isteri atau suami dahulu (bagi yang sudah berkahwin)? Atau bagaimana kita ingin memilih menantu? Pastinya kita mahu yang baik-baik saja untuk kebahagiaan kita, kebahagiaan anak kita. Begitulah juga bila mengundi nanti, buatlah pilihan begitu juga.
 
Saya pilih MALAYSIA.   

 
 
 
MK : buat pilihan yang tepat, gunakan fikiran yang matang dan bukan emosi demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Jom pilih...
 


1 comment:

Anonymous said...

Setuju sgt...mana boleh nak compare2 dgn negara-negara lain...setiap negara polisinya dibentuk mengikut kesesuaian dari segi ekonomi nya, teras penduduknya dan sebagainya...setiap negara adalah unik secara tersendiri....even manusia pun...mana boleh nak sama-samakan...suka ke kalau org compare u dgn org lain...x suka kan...sbb background u x sama....cuma kita boleh ammik apa yg baik n cuba blend dgn kelebihan kita...bukannya nak berubah jdk org lain n hipokrit....of coz kalau aku pilih pasangan, aku akan pilih yg akan beri aura positif kat aku....of coz dia kaan ada kekurangan..sama2la perbaiki n melengkapi n bukannya mengutuk.......complement each other pliz...begitu jgkla dalam sesebuah negara.........aku pilih MALAYSIA....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.