Monday, November 10, 2008

Jangan Menyusahkan Mak Bapak dan Orang Lain..

Lari ikut kekasih ke Indonesia, berkahwin di sana....Berkahwin dengan warga Pakistan kononnya kaya raya, dapat anak - bercerai dan berebut hak jagaan anak....Lupakan pelajaran, lari ikut kekasih warga Australia, tiada khabar berita....Di tahan di China kerana membawa dadah - dipenjarakan seumur hidup di sana....dan mungkin banyak lagi yang kita belum ketahui.

Beberapa contoh di atas bukanlah perkara baru, saban tahun ada saja kes/isu yang timbul..yang 'dilakonkan' oleh heroin-heroin Malaysia yang akhirnya menyusahkan semua orang. Paling menyedihkan menyusahkan emak ayah (mak bapak). Lain yang disuruh lain yang dibuat, lain yang diasuh lain yang dipraktikkan (apakah yang diajar oleh mak bapak masih kurang?..kurang ajar punya anak).

Turut juga menyusahkan orang lain, berusaha ke sana sini, buat itu dan ini untuk membantu. Soal bersusah payah membantu satu hal, satu hal lagi ialah di mana maruah dan imej sebagai seorang wanita ni..wanita Melayu..wanita Malaysia.

Kepada gadis-gadis di luar sana tu, berfikirlah secara rasional dan tidak membelakangkan orang tua sebelum membuat sesuatu keputusan. Seronok sekejap saja tapi derita tak berkesudahan.

Monday, October 06, 2008

Perihal Susu

Kecoh kebelakangan ni mengenai kandungan susu yang tercemar dengan bahan larangan melamine. Satu China menjadi gempar dan kerisauan mula menular ke seluruh dunia yang ada kaitan dengan produk susu dari tanah besar tersebut. Ibu-ibu di Malaysia tak perlu risau kerana Kerajaan awal-awal lagi telah menghalang produk susu China daripada memasuki Malaysia.

Namun, ramai ibu-ibu/wanita yang tak sedar (sedar tapi tak nak amalkan) bahawa kaedah terbaik dan selamat adalah mengamalkan susu badan kepada anak-anak. Mengapa anak-anak dibiarkan meminum susu tepung dan lebih dasyat lagi susu lembu? Biarlah anak lembu saja yang minum susu ibunya (lembu) kerana anak lembu akan terus membesar sebagai lembu. Anak manusia yang meminum susu lembu bila besarnya kadang-kadang menjadi manusia dan kadang-kadang seperti lembu juga.

Banyak kebaikan susu badan. Selain ia dapat mengekalkan ketegangan dan keanjalan payudara si ibu, ia juga dapat mengelak daripada risiko barah payudara. Percaya atau tidak, fikir-fikirkan. Orang perempuan dulu-dulu (tua-tua) memberi perumpamaan yang cukup mudah iaitu barah payudara terjadi kerana terdapatnya kandungan susu yang telah rosak/basi/tercemar dalam saluran buah dada. Mengapa susu tersebut menjadi basi? Ia terjadi kerana isipadu/kandungan susu dalam badan wanita tidak digunakan (diminum) oleh bayi mereka.

Setiap wanita yang melahirkan anak akan mempunyai susu dan ia diciptakan cukup untuk keperluan anak tersebut untuk membesar dengan sihat. Bayangkan jika seorang wanita itu mempunyai 5 atau 6 orang anak, tetapi tidak disusukan walau seorang pun anaknya. Berapa banyak isipadu susu rosak/basi yang terkumpul? Isipadu susu yang baru akan terhasil apabila anak baru dilahirkan.

Selain itu, pengamalan susu ibu memberi keuntungan kesihatan kepada ibu dan anak selain mengeratkan kasih sayang antara keduanya. Teringat seorang kenalan perempuan pernah berkata (dalam nada tak puas hati) "kenapa lelaki suka sangat tengok bahagian dada (payudara) wanita?". Jawapannya mudah, sejak dari kecil lagi hubungan lelaki (yang membesar dengan susu ibu) sangat rapat dengan payudara wanita. Betul ke? Mungkin ada benarnya.

Wahai wanita, fikir-fikirkanlah.

Perihal ISA

Akta Keselamatan Dalam Negeri / Internal Security Act (ISA)..kenapa orang/sesetengah pihak takut sangat? Berbagai tanggapan boleh didengar melalui berbagai sumber mengenai perihal ISA. Rata-ratanya menolak ISA..anggap ISA kejam, tidak relevan lagi yang hanya sesuai digunapakai semasa zaman memerangi Komunis dahulu dan banyak lagi.

Kita tak perlu takut sebaliknya perlu faham apakah tujuan ISA diwujudkan. Ia bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan rakyat melalui penahanan sementara ke atas individu/kumpulan yang menjadi punca/pencetus ketegangan/mempunyai niat tertentu untuk memberi tekanan kepada Kerajaan dan menggugat keharmonian rakyat. Apabila keadaan telah menjadi reda dan tenang, mereka akan dibebaskan semula.

Kita sebagai rakyat berhak memberikan pendapat dan sebagai rakyat yang cintakan keharmonian serta mempunyai jatidiri, kita boleh menilai dengan rasional dan bijak.

Fikir-fikirkanlah;
1. Jika kita tidak mempunyai niat jahat untuk memporak-perandakan keamanan serta keharmonian negara, mengapa perlu takut akan ISA?
2. ISA tentunya masih relevan kerana percaya atau tidak, 'Komunis' masih lagi banyak berkeliaran sehingga hari ini yang sentiasa mencari ruang untuk menggugat keamanan negara.

Wednesday, September 03, 2008

Aku Kembali

Aku kembali,
(bukan ke Rahmatullah..ampunkan dosa-dosaku Tuhan)
kembali bekerja semula setelah denam purnama bertapa di Bukit Kiara,
kembali semula ke Utara walaupun bukan Perlis Indera Kayangan lagi,
kembali ke tempat tumpah darah aku Alor Setar,
kembali Berkhidmat Untuk Negara.

Hari ni hari pertama di tempat baru, opis baru, kerusi baru, meja baru, komputer baru, suasana baru, orang-orang sekeliling baru dan lain-lain lagi..baru bagi aku, padahal semua tu/diorang tu dah lama pun.

Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah tentunya memberi lebih cabaran, dugaan dan segalanya berbanding dengan Perlis dulu. Apapun 'lain padang lain belalang' kan, yang penting kerja dengan penuh berintegriti.

Friday, August 08, 2008

Minggu-Minggu Terakhir...

Hujung bulan ni (taklah hujung sangat) 22hb Ogos kursus di INTAN ni akan tamat. Macam-macam perasaan yang mengetuk pintu minda dan hati. Perasaan seronok sesungguhnya tetap ada, menari-nari di pentas hati. Tapi di sudut pentas yang sama juga ada perasaan-perasaan yang lain, sekelompok perasaan yang susah nak dimengertikan.

25hb Ogos pula akan lapor diri di HQ, MKN JPM (mungkin kena 'berenang-renang' lagi-seminggu mungkin). Masa tu boleh tahu ke mana hala tuju samada balik ke tempat lama atau berpindah ke HQ. Sesungguhnya aku rindukan Perlis yang kecil tu. Tapi tak kisahlah ke mana pun, apa saja arahan akan aku turuti.

Minggu-minggu terakhir di INTAN ni, berbagai program telah dirancang daripada hooha-hooha keseronokan dunia hinggalah kepada yang menundukkan kepala ingatkan diri kepada Dia. Minggu Sintesis diberi nama (minggu yang mana 'sen' pun dah tak berapa nak ada). Peserta sendiri yang merancang dan mengendalikannya. Mungkin inilah sumbangan terakhir kami semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.