Wednesday, November 19, 2008

Umpama Buah..Contohilah

Jangan suka meninggi diri
Jadilah seperti jagung, Jangan seperti gajus. Jagung membungkus bijinya yang banyak,
Sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu-satunya.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang. Kalau berbuah hanya sekali, lalu mati.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong . Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Beda dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi didalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam pergaulan
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan. Tandan petai membagi makanan sama rata ke biji2 petai-nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili.. Semakin tua,semakin pedas.

Bicara Ayam + Lembu + Kambing

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah takda nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari diaorang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil saja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Kambing : Kau ni nampak je lawa, hensem, bulu berwarna-warni, ekor cantik, ada 'keris' di kaki, kepala ada balung yang cantik..tapi sayang kau tetap berkaki ayam hehehe.
Ayam : Ciss!! Mengata orang. Kau tu pula, janggut panjang macam ustaz tapi sayang 'telur dan p****' kat luar. Apa daaa!!!

Wednesday, November 12, 2008

Mereka Yang Hebat

Ditujukan khas kepada rakan-rakan seperjuangan yang berjaya mengikuti dengan jayanya Kursus Diploma Pengurusan Awam, INTAN Sesi 1/2008. Tahniah.

Mereka Yang Hebat

Mereka bermacam-macam
pelbagai minat, pelat dan adat
hitam, putih, kuning, merah dan coklat
bulat, bujur, manis, masam dan kelat
pertemuan pertama berjabat-jabat
tanda masing-masing orang hebat

Mereka bersama-sama
dalam tempoh meneguk ilmu di dada
buat itu dan ini setiap masa
ada yang aktif menyinga macam raksasa
ada yang tenang senyum bersahaja
ada yang pasif biasa-biasa

Mereka punya tanggungjawab yang besar
tanggungjawab yang kadangkala tidak tertanggung
tanggungjawab yang kadangkala tidak terjawab
namun mereka dilatih dan dididik
untuk bijak bertanggung
untuk bijak berjawab

Mereka adalah harapan
harapan untuk sebuah impian
bakal mewaris bakal pelapis
pada sebuah pentadbiran yang bersih
kadangkala tiris
Mereka, tetap mereka yang hebat.

INTAN Bukit Kiara
15 Julai 2008

Monday, November 10, 2008

Orang Melayu Bukan Dominan, Bukan Majoriti Tapi...

...adalah penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia), bangsa yang membina tamadun sejak beratus-ratus tahun dahulu sebelum datangnya Portugis, Belanda dan Inggeris. Bangsa yang mempunyai sistem pentadbiran, pemerintahan, undang-undang, pertahanan, diplomatik dan kehidupan yang teratur serta terkenal di Nusantara.

Hari ini ramai yang terkeliru mengenai status orang Melayu termasuk sesetengah ahli politik. Konsepnya mesti betul, sesiapa yang menyatakan bahawa orang Melayu adalah dominan atau majoriti adalah salah. Orang Melayu lebih daripada itu, orang Melayu adalah segala-galanya..orang Melayu adalah 'Lord' (tuan tanah) bagi Tanah Melayu, tidak boleh sesiapa atau bangsa apapun mempertikaikan perkara ini.

Jadi, jika ada individu atau kumpulan yang ingin mempersoalkan mengenai status orang Melayu, hak-hak keistimewaan orang Melayu atau apa saja yang berkaitan dengan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, lupakan hasrat itu dan jangan cuba mengeruhkan suasana aman damai dalam negara.

Semua rakyat Malaysia pelbagai kaum termasuk ahli politik perlu tahu dan faham sejarah pembentukan negara. Orang Melayu telah sekian lama bertolak ansur dan berlemah lembut - semangat yang perlu dihormati dan dihargai oleh kaum/bangsa lain.

Frank Swettenham pernah berkata " Orang Melayu sangat bersopan santun dan lemah-lembut tetapi boleh juga memenggal kepala - hebat di darat dan laut"...(lebih kurang begitu).

Jangan Menyusahkan Mak Bapak dan Orang Lain..

Lari ikut kekasih ke Indonesia, berkahwin di sana....Berkahwin dengan warga Pakistan kononnya kaya raya, dapat anak - bercerai dan berebut hak jagaan anak....Lupakan pelajaran, lari ikut kekasih warga Australia, tiada khabar berita....Di tahan di China kerana membawa dadah - dipenjarakan seumur hidup di sana....dan mungkin banyak lagi yang kita belum ketahui.

Beberapa contoh di atas bukanlah perkara baru, saban tahun ada saja kes/isu yang timbul..yang 'dilakonkan' oleh heroin-heroin Malaysia yang akhirnya menyusahkan semua orang. Paling menyedihkan menyusahkan emak ayah (mak bapak). Lain yang disuruh lain yang dibuat, lain yang diasuh lain yang dipraktikkan (apakah yang diajar oleh mak bapak masih kurang?..kurang ajar punya anak).

Turut juga menyusahkan orang lain, berusaha ke sana sini, buat itu dan ini untuk membantu. Soal bersusah payah membantu satu hal, satu hal lagi ialah di mana maruah dan imej sebagai seorang wanita ni..wanita Melayu..wanita Malaysia.

Kepada gadis-gadis di luar sana tu, berfikirlah secara rasional dan tidak membelakangkan orang tua sebelum membuat sesuatu keputusan. Seronok sekejap saja tapi derita tak berkesudahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.