Ya, agak lama aku tidak 'menyentuh' blog ni. Sejak sebelum Hari Raya..sejak entri terakhir, lama tuh. Raya pun dah lepas, September pun dah berganti Oktober. Alasan? Tiada alasan melainkan tak berkesempatan nak duduk dan fokus untuk menulis di blog. Sampai macam tu ke? Ermm..aku la. Korang entahlah macam mana kan. Tapi aku ni, mak aiii keja hakiki ni bertimbunan..dari sebelum raya sampailah dah lepas raya ni pun. Tapi takpe, ni dah mula menulis ni..harap akan kembali balik la momentem menulis tu hehe. Hidup kena menulis wooo..selain membaca. Cauu...
Wednesday, October 07, 2009
Setelah Sekian Lama...
Wednesday, September 16, 2009
Salam Lebaran

Kepada semua rakan dan kenalan atau sesiapa saja..sekiranya ada salah dan silap, terkasar perbuatan dan bahasa atau apa saja dari diri ini samada sedar atau tidak, mohon dimaafkan. Tidak ada perbuatan yang sangat mulia melainkan memohon maaf serta menerima kemaafan. Sesunggunya manusia itu tidak sempurna.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Monday, September 14, 2009
Tunggu Dan Lihat
Bila kaki melangkah masuk ke ruang legar/lobi Suria KLCC, kagum melihat sebuah rumah tradisional Melayu tersergam indah. Hati juga berbangga apabila karya kartunis besar negara, Dato' Lat diabadikan sebagai latar untuk promosi sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Ia menggambarkan suasana sibuk membuat persiapan di sebuah rumah menjelang hari raya. Apa pun hanya itu sahaja yang ada. Begitu juga ketika kaki sempat ke Mid Valley, ruang legarnya juga berkonsepkan yang sama namun jauh lebih suram berbanding di KLCC. Tetapi karya Dato' Lat tidak digunapakai seperti di KLCC. Pasti anda semua akan perasan jika berkunjung ke sana.Kita tunggu dan lihat sajalah, apakah pula yang akan berlaku apabila menjelangnya musim perayaan Hari Krismas atau Tahun Baru Cina nanti. Tunggu dan lihat sajalah nanti, selepas itu kita kembali berkomen.
Biar saya tolong makcik kacau dodol ya...hehehe
KebesaranNya
Aku teringat suatu kisah yang diceritakan oleh Ustaz semasa di sekolah rendah dahulu. Kisah tentang Rasulallah dan para sahabat dalam satu perjalanan yang jauh dan memenatkan. Mengharungi padang pasir yang maha luas serta panas terik memaksa para sahabat meminta Rasulallah memohon perlindungan dan kekuatan daripada Allah S.W.T. Permohonan baginda diperkenankan. Sekumpulan awan tebal yang menghalang terik matahari mengiringi mereka di sepanjang perjalanan. Begitulah lebih kurang kisahnya.
Beberapa hari lalu ketika aku dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, melalui lebuh raya Utara-Selatan, melalui Daerah Pendang, di kiri kanan lebuh raya terbentang sawah padi yang maha luas dan langit cerah membiru tanpa sekepul awan pun. Namun mata aku menangkap suatu pemandangan; sekumpulan awan putih tebal seolah-olah berlegar-legar di suatu tempat sahaja. Di bawahnya kelihatan sepulau kampung (atau mungkin sebuah rumah) di tengah-tengah sawah. Lama aku perhatikan, awan itu tidak bergerak-gerak. Teringat kembali kepada cerita Ustaz dulu.
Sesungguhnya Allah Maha Besar.Tuesday, September 08, 2009
Uhhh..Sedapnya Udang Besar
Semalam, telah berlangsung majlis berbuka puasa ofis aku. Kira acara tahunan la ni. Alaa..opis korang pun tentu buat macam ni kan? Kalau tak pernah buat tu, ermmm ada masalah la tu hehe. Majlis ni mulanya nak buat pada 17hb. tapi tarikhnya sentiasa berubah-ubah. Hampir seminggu dok cari tarikh yang sesuai. Ada yang tak boleh datang sebab suami kerja malam la, ada yang nak pergi sana la sini la, hal itu la hal ini la..banyak songeh. Sehari sebelum tu, CC masuk bilik aku dok tanya pasal tarikh yang sesuai. "Kita buat petang esok" kata aku. "Panggil PT Kew mai jumpa saya" kata aku lagi. CC terkebil-kebil sambil berlalu pergi. Aku pula berjalan masuk bilik boss. "On" kata boss. Sempoi. PT Kew ditugaskan untuk tetapkan restoren yang sesuai dan juga senarai menu. "Jangan lupa sambal udang ya" pesan aku di akhir perbincangan. Petangnya pula, memo siap disain dan diedarkan.
Ermm takdak masalah pun akhirnya. Semua boleh datang dengan keluarga masing-masing. Macam hari raya pula. Meriah. Kalau nak tunggu nak cari tarikh yang sesuai yang semua kelapangan, sampai ke sudah la majlis tu tak jalan. Sebelum berbuka tu, diadakan sedikit tazkirah oleh ustaz yang dijemput. Lebih kurang 20 minit selepas tu, berbukalah kami. Alhamdulillah syukur rezeki Tuhan. Majlis diadakan di Restoren Sala Klasik, Alor Setar. Restoren ni terkenal dengan masakan Siam. Sambal udang yang besar-besar dan pedas tu tidak dilupakan. Dah habis majlis, aku bawa balik nasi dan sambal udang tu sikit buat bersahur nanti. Huhuhu tapi tak sedar, bangun pun lambat 6.10 pagi. Waktu sahur dah habis. Takdak rezeki untuk round kedua makan sambal udang tu. Apapun alhamdulillah atas rezekiNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGHARGAAN
Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.

