beberapa hari lepas, jepun musnah akibat gempa bumi berukuran 8.9sr serta menghasilkan tsunami gergasi setinggi 10 meter. sayu saja hati bila melihat berita di tv serta gambar-gambar dalam surat khabar. apa boleh buat...
dan di sini (malaysia) juga, berlaku gempa hati yang kadang kuat dan kadang perlahan namun segalanya terkawal dan tenang. sayu saja hati bila mengenangkan. apa boleh buat...
lihat ke dalam diri, insafi diri...
Moshuchi Kata : manusia biasa...
Sunday, March 13, 2011
Earthquake & Heartquake
Perihal Penipu
korang pernah menipu? paling baik antara korang pun pasti pernah menipu..sekali mungkin. aku? ya aku juga pernah menipu. kecil atau besar penipuan tersebut, biarlah menjadi rahsia kita atau orang yang bersangkutan dengan penipuan kita seandainya mereka tahu.
kenapa kita menipu? hanya kita saja yang tahu. jika kita bukan jenis yang suka menipu tapi bila dalam situasi yang serba tak kena yang memungkinkan untuk kita menipu, pasti penipuan itu bukan tercipta dengan mudah, dengan senang-senang. pasti sangat berat di hati untuk melakukannya. tapi kadang-kadang kita terpaksa. kadang-kadang kita terlepas cakap/tindakan.
atau kita tidak sengaja. tapi ada sesetengah orang mengatakan bahawa apabila sudah menipu tidak ada lagi soal tidak sengaja..segala-galanya adalah sengaja. betul juga.
kerana ingin menjaga hati pihak lain atau orang-orang tertentu, kita terpaksa menipu? mungkin. apakah itu yang dikatakan tipu/bohong sunat? ia sebenarnya dibenarkan jika boleh mewujudkan keadaan yang lebih baik daripada keadaan sedia ada. tapi kalau dirasakan akan lebih memburukkan keadaan, usahlah menipu dan berfikirlah sebelum bertindak. jika sudah terlanjur, insafilah dan memohon maaf.
banyak sebab kenapa kita terpaksa menipu. tapi yang pasti (bagi yang bukan kaki penipu) kita langsung tidak berniat untuk menipu. niat yang sebenar-sebenarnya bukanlah untuk menipu. mungkin kita merasakan itulah jalan terbaik untuk sesuatu isu/situasi yang dihadapi. walaupun kadangkala apa yang kita rasakan itu tidak betul sama sekali.
apa yang pasti juga, ramai orang amat membenci penipu. siapa yang tidak marah/geram jika diketahui diri ditipu atau setelah mengetahui sesuatu penipuan. kita boleh membenci, marah, geram atau apa-apa saja tapi berilah sedikit ruang untuk berfikir kenapa individu tersebut menipu? kenapa ia bertindak begitu? yang salah memang salah dan tetap bersalah tapi tak salah kalau kita turut menyelami perasaannya sehingga ia sanggup menipu.
yang terlanjur menipu, insafi diri. yang terasa diri ditipu, lembutkanlah hati. jika hari ini dia menipu mungkin esok lusa kita pula akan terpaksa melaluinya. bolehkah kita? bak kata orang-orang tua "yang manis jangan ditelan semuanya, yang pahit jangan diludah semuanya".
ini semua bagi orang-orang yang bukan kaki penipu, yang kadangkala saja terpaksa menipu (tipu kecil-kecil saja). tapi bukan kepada kaki penipu. kaki penipu ni memang itu kerjanya, berfikir untuk menipu dan menipu saja.
Moshuchi Kata : kita mungkin tak pernah tipu orang lain, tapi kita mungkin pernah menipu diri sendiri...

Lelaki Pemendam Cepat Mati
ada fakta mengatakan bahawa jangka hayat lelaki adalah lebih pendek dari jangka hayat wanita. banyak kajian mengenai nisbah warga emas turut menjelaskan bahawa fakta tersebut adalah benar. kenapa begitu? aku tak ingat sangat (walaupun pernah membaca mengenainya dulu). tapi salah satunya kerana sistem reproduksi. sebagai contoh wanita yang melahirkan ramai anak mempunyai jangka hayat yang panjang. lahirlah ramai anak ye hehe. begitulah...(selain faktor taraf kesihatan yang semakin baik dan bertambah maju).
seterusnya, kenapa pula jangka hayat lelaki lebih pendek? dan apakah faktor-faktor penyebabnya? aku tak ingat lagi...(kadang-kadang aku ni pelupa..apakah itu juga faktor pendek umur?) jangka hayat lelaki pendek mungkin juga kerana faktor bebanan tugas di sepanjang tiga per empat hidup mereka, samada bebanan secara fizikal mahupun mental. banyak faktor lain mungkin...
apakah faktor memendam rasa juga boleh menjadi punca lelaki pendek umur? bukan memendam rasa sekejap-sekejap saja tapi memendam rasa sejak sekian lama, sejak dari zaman kanak-kanak, remaja, dewasa malah sehingga ke tua mungkin boleh menjadi penyebab. munkin juga kan?
mereka lebih selesa memilih memendam rasa dan jarang-jarang bertindak (berterus-terang) dengan tegas untuk mempertahankan hak atau pendapat atau apa saja. jika berterus-terang pun mereka akan cuba meluahkan sebaik dan selembut mungkin. tapi selalunya memendam jugalah jalan terakhirnya.
mereka mungkin berjiwa halus dan sensitif, apa sahaja yang dipendamkan dibiarkan lenyap dengan sendirinya dalam hati. itulah penyelesaiannya bagi mereka walaupun ada kalanya mereka sengsara. apa yang dipendam biasanya tidak dijadikan dendam tapi sebagai pengajaran dan semangat kepada mereka. pada mereka biar kalah tak mengapa asalkan tiada peperangan, biar tak menang tak mengapa asalkan keadaan kembali tenang. memendam adalah ubat (atau mungkin racun) penenang bagi mereka.
cuma mungkin secara tidak sedar ia sebenarnya menjadi barah yang memusnahkan 'hati' secara senyap tanpa disedari yang akhirnya boleh memendekkan jangka hayat seseorang lelaki. entah, aku tak tahu. mungkin betul mungkin salah. bukan mudah untuk memahami orang begini kerana kadangkala mereka juga tidak memahami diri mereka sendiri. apatah lagi orang lain.
lelaki pemendam mempunyai jangka hayat yang pendek? mungkin betul, siapa yang tahu. tapi kembali kepada hukum Tuhan, soal mati tidak kira siapa lelaki atau perempuan, tua atau muda kecil atau pun besar. bak kata orang-orang tua "mangga yang gugur ada juga yang putiknya".
Moshuchi Kata : Kaji lelaki...

Tuesday, March 08, 2011
Mac..Beberapa Hari Lepas...

dah pun bulan tiga (mac) ye..kejap je. aku pun dah agak lama tak update menatang alah ni. ada cerita tapi tak sempat nak menulis, terus hilang dibawa angin macam tu je.
hujung minggu lepas aku ke kuala lumpur, giliran aku pulak pergi berjumpa isteri. sebelum ni isteri dah balik ke alor setar berjumpa si suami. macam tu la bila hidup berjauhan ni..takpelah buat sementara waktu kan. hidup mesti ada perancangan dan sehingga apa yang kita rancangkan belum tercapai, kita kenalah bersabar. hidup dan sabar adalah dua perkara yang tak boleh jauh. kehidupan adalah kesabaran dan begitu juga sebaliknya.
mulanya ada perancangan bersama hadi untuk ke cameron highlands bersama teman-teman lain, tapi disebabkan kekangan masa mereka, perancangan terbatal. tapi malam tu sempat juga melepak bersama hadi dan fariq di chawan, bangsar sambil pekena keropok lekor. agak lama tak berjumpa mereka. bersembang macam-macam.
cuti hujung minggu dihabiskan sepenuhnya bersama isteri tersayang. itulah yang terbaik kan. aku ambil cuti pada hari ahad (ahad kerja di kedah) untuk bersama dengan isteri. seperti biasa menonton wayang adalah salah satu aktiviti kemestian. bulan mac ni agak banyak filem baru yang ditayangkan. tapi kami sempat menonton dua filem sahaja. cukuplah untuk minggu ni.
filem pertama kami tengok 127 hours di mid valley. cerita yang berkisar tentang kisah benar sememangnya best. cerita ni mengisahkan aron lee ralston seorang pendaki/penggemar aktiviti lasak terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri selepas tangan dia tersepit di celah batu semasa melakukan aktivitinya di celahan-celahan rekahan bumi/kanyon selama 127 jam. dan akhirnya mengambil keputusan dengan mematahkan tulang tangan serta memotong tangannya sendiri. moralnya; ketabahan, kesabaran dan semangat untuk hidup/survival yang tinggi patut dicontohi. selain itu juga, jika hendak ke mana-mana untuk melakukan sesuatu mestilah memaklumkan kepada orang-orang tersayang. kalau terjadi apa-apa senang orang nak cari/bantu hehehe.
keesokkannya di the curve pula kami tonton filem the mechanic lakonan jason statham. cerita ni takde apa yang menarik sangat kecuali adengan lasak/letupan/pertarungan yang ditonjolkan. biasalah kalau statham adalah pelakonnya. mengisahkan seorang pembunuh upahan yang melakukan kerjanya tanpa meninggalkan kesan/jejak yang akhirnya tersalah bunuh iaitu membunuh orang yang dipercayainya/mempercayainya. moralnya aku pun tak pasti, layan je. cuma kadang-kadang terpikir, kalaulah di malaysia ada orang macam ni bagus juga, 'musuh-musuh negara' boleh la 'lenyap' satu persatu hehehe..otak jahat.
cuma tak sabar nanti nak tengok the rango si johny depp/sesumpah hijau..macam best je preview filem ni hehehe. tak lupa juga hikayat merong mahawangsa..ntah macam mana hasilnya, nak juga tengok si merong yang tak 'berapa nak merongnya' tu kan.
di the curve ketika melalui lorong street market tu, terdengarlah suara ketawa berdekah-dekah lelaki dan wanita. berborak rancak kemudian berdekah-dekah semula. tak lain tak bukan saja nak tarik perhatian orang yang lalu lalang. mungkin menanti perlawanan manchester united dan liverpool dan dengan bangganya sambil meneguk air kencing syaitan berbuih-buih gelas dan mulut. anak-anak muda melayu tu..haihh apa nak jadi.
kemudian kami bergerak ke laucky garden untuk pekena sup sayur kegemaran isteri di syed bistro/mamak syed. sup sayur dia memang sedap. aku makan nasi goreng kampung sambil tengok longlainya manchester united di anfield sehingga separuh masa pertama. lepas tu kami balik.
moshuchi kata : pegi MPH juga hehehe..rindu bau buku
Wednesday, February 09, 2011
Kerja Keras...
beberapa waktu ni aku tak berkesempatan langsung untuk duduk bersantai kejap depan pc sambil-sambil layan fb atau pun cuba menulis entri baru dalam blog. kalau di depan pc di ofis pun semuanya 100% hanya kepada soal/hal kerja. bagusnya aku hahaha...
bayangkan aku terlalu tumpukan/menguruskan hal-hal kerja sampai aku jatuh sakit..demam-demam dibuatnya dan merasakan di atas kepala seperti ada seketul batu besar tak jatuh-jatuh atau tak pecah-pecah ishh ishh ishhh. namun aku gagahkan juga. ada ketika tu sehari semalam aku tak tidur langsung.
baru-baru ni 5hb. februari genap 4 tahun aku dalam perkhidmatan awam sebagai pegawai 'tinggi' kerajaan. ermm 4 tahun sudah, kejap je rasanya..namun berpuluh-puluh tahun lagi menanti di depan itupun kalau panjang umur. mungkin masa tu nanti bukan seketul je batu di kepala tapi berketul-ketul dan mungkin juga waktu tu rambut pun dah jarang-jarang serta keputihan hahahaha.
namun segalanya sedikit terubat bila isteri tercinta ada di sisi sebab dia dapat bercuti panjang beberapa hari sempena hari wilayah bersambung pula cuti tahun baru cina. seronok hehehe. tapi terasa kesian juga kat dia sebab aku sibuk..pagi-pagi keluar kerja dan malam-malam baru balik. pernah aku balik ke rumah ketika dia sudah pun tidur. tapi masa yang terluang kami gunakan sepenuhnya sebaik mungkin. terima kasih kerana dia memahami kerja aku.
terkilan juga sebab sepatutnya kami pergi bercuti, telah dirancangkan pun. namun semuanya terpaksa ditunda gara-gara kesibukan dan juga aku yang tak berapa sihat. apa boleh buat kan, takpelah. nanti bila keadaan dah tak mendesak, kami pasti akan pergi juga. aku nak berehat dan nak tenangkan fizikal dan mental seketika. takpe aku akan tunggu waktu itu.
aku tulis entri ni bukan bermakna aku dah tak sibuk dan banyak waktu senggang. ni pun aku 'curi-curi' waktu sibuk berkenaan. kata orang work hard and work smart, sibuk macam mana pun perlu pandai uruskan masa. entahlah, tapi yang pasti aku sekarang memang work hard..dan work smart? mungkin, kalau tak kerja aku semua tak jalanlah.
arrhh aku letih, lain masa tulis lagi.
moshuchi kata : ..sabar..
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGHARGAAN
Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.